Tujuan

Kelas membuat roti yang diadakan di PEDi Kg Ranau bertujuan untuk berkongsi kemahiran bersama komuniti terutamanya golongan wanita yang ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Selain itu, aktiviti ini dapat membantu para peserta untuk mengetahu cara yang mudah menghasilkan roti tausa piang dan donut viral.

Aktiviti

Para peserta diberikan penerangan terlebih dahulu mengenai resipi roti dan kek. Seterusnya, para peserta telah diberikan resipi dan teknik untuk membuat kuih sambil mereka diarahkan untuk membuat roti secara praktikal dengan bantuan tenaga pengajar Miss Lina. Sepanjang kelas ini dijalankan, tenaga pengajar juga telah berkongsi tentang cara-cara untuk menjadi usahawan roti dan kek dengan permulaan perniagaan secara kecil-kecilan.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kursus ini bertujuan untuk membantu para peserta khususnya daripada golongan B40 iaitu seramai 15 orang peserta yang telah menghadiri kursus jangka pendek ini. Kandungan utama kursus ini adalah kewartawanan telefon pintar (MOJO) yang dijana menggunakan perisian Filmora Wondershare dan juga penyuntingan gambar menggunakan Adobe Photoshop. Program ini juga telah dirasmikan oleh Tuan Majawab Bin Masantun, PPM N7 Tandek.

Aktiviti

Program ini diadakan di PEDi Tandek dengan seramai 15 orang peserta. Para peserta terdiri daripada golongan belia dan pelajar sekolah menengah yang telah mengambil peluang untuk mempelajari 2 subjek utama dalam kursus jangka pendek ini. Encik Sobri Aeman juga merupakan tenaga pengajar yang turut membantu para pelajar dalam penyuntingan gambar dengan menggunakan adobe photoshop. Para pelajar juga telah diberikan tugasan untuk membuat satu video secara berkumpulan dan menyunting gambar mengikut kreativiti masing-masing. Sepanjang kursus itu berlangsung, tenaga pengajar dan petugas PEDi sentiasa memastikan para peserta dapat memahami apa yang disampaikan dalam kursus kemahiran ini.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Tutorial membuat resume ini bertujuan untuk membantu para ahli PEDi Kg Ranau yang terdiri daripada pelajar spm dan belia telah mengambil bahagian dalam tutorial resume ini. Selain itu, peserta yang mengikuti latihan ini juga turut dapat mengetahui bagaimana cara untuk membuat resume yang betul dan lengkap untuk memudahkan mereka dalam memohon pekerjaan di masa akan datang.

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan sesi penerangan mengenai canva yang mudah untuk digunakan bagi menghasilkan resume yang ringkas. Seterusnya, para peserta dapat menyiapkan resume mereka dan petugas juga menerangkan tentang kepentingan cover letter yang perlu ada pada resume mereka. Sepanjang tutorial ini berlangsung, petugas telah membantu para peserta untuk memastikan setiap komponen penting ada dalam resume mereka.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Bertujuan untuk memberi ilmu keusahawanan berkaitan dengan asas pengurusan kewangan. Pendedahan secara awal kepada golongan muda akan asas pengurusan kewangan ini dengan topik yang bermanfaat iaitu Kunci Kira-Kira didalam pengurusan kewangan perniagaan ( Aset,Liabiliti dan Ekuiti). Menjadikan PEDi Kg Ranau Sebagai Learning Center kepada usahawan muda yang ingin mempelajari atau menceburi bidang keusahawanan. 

Aktiviti

Kelas dijalankan secara atas talian yang dikendalikan oleh Puan Husna dan juga Encik Fazli Nizam sebagai moderator. Sesi  penerangan secara terperinci yang dibuat oleh Puan Husna secara teori dan memperkenalkan secara asas berkenaan cara membuat kunci kira-kira didalam perniagaan.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas membuat roti yang diadakan di PEDi Kg Ranau bertujuan untuk berkongsi kemahiran bersama komuniti terutamanya golongan wanita yang ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Selain itu, aktiviti ini dapat membantu para peserta untuk mengetahui cara membuat roti yang mudah dan cepat bagi mereka yang baru menceburi bidang ini.

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan sesi pengenalan diri daripada tenaga pengajar iaitu Miss Lina. Seterusnya, beliau juga telah berkongsi resipi yang akan digunakan untuk menghasilkan roti yang berkualiti. Para peserta juga berpeluang untuk menghasilkan sendiri roti dengan tunjuk ajar daripada miss lina. Sepanjang kelas ini berlangsung, para peserta memberikan tumpuan kepada tenaga pengajar untuk memahami dengan lebih jelas mengenai cara-cara membuat roti.

Gambar Disini