Tujuan

E-Learning ICT membuka akuan gmail ini bertujuan untuk membantu para pelajar melayari internet dengan menggunakan emel sendiri. Emel sendiri merupakan satu bentuk elektronik yang digunakan untuk menghantar, menyimpan dan menerima mesej melalui sistem komunikasi elektronik. Selain itu, para pelajar juga dapat mengetahui fungsi emel dan kepentingan penggunaan emel pada masa kini.

Aktiviti

Aktiviti ini dijalankan di PEDi Kg Ranau dengan menggunakan peranti yang dikhaskan untuk para pelajar yang ingin menggunakannya. Seterusnya, petugas juga telah memberikan tunjuk ajar bagaimana cara untuk mendaftar akaun emel buat pertam kalinya. Para pelajar juga dapat memanfaatkan ilmu yang diberikan untuk digunakan pada masa akan datang. Oleh itu, para pelajar juga boleh menghasilkan emel sendiri untuk kegunaan mereka menyimpan dan mengantar maklumat.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Latihan keusahawanan ini bertujuan untuk memberi kemahiran keusahawanan tempatan yang ingin memulakan perniagaan di platform tiktok shop. Selain itu, ia juga dapat memberi latihan asas keusahawanan agar mahir dalam pemasaran digital iaitu atas talian. Seterusnya, dapat membimbing para usahawan PEDi Kg Ranau dalam meluaskan perniagaan dan meningkatkan jualan melalui pelbagai jenis platform digital yang boleh digunakan seperti tiktok shop yang kini menjadi pilihan para peniaga dan pelanggan.

Aktiviti

Rakan digital PEDi tingkalanon telah membantu para usahawan yang ingin belajar untuk membuat tiktok shop affiliate dengan memberikan penerangan yang jelas mengenai cara untuk mendaftar akaun tiktok usahawan itu. Selain itu, tiktok shop affiliate yang digunakan oleh usahawan ini juga dapat membantu untuk mempromosikan lagi jualan mereka dan lebih memudahkan mereka untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Program Advokasi Klik dengan bijak bersama Kluster PEDi Kota Marudu yang telah mendapat jemputan dari pihak sekolah SMK Tandek bertujuan untuk memberi taklimat berkenaan dengan Advokasi Klik dengan Bijak. Seramai 262 orang peserta yang merangkumi pelajar tingkatan 3 dan tingakatan 4 diiringi oleh 4 orang guru pengiring. Antara taklimat yang disampaikan oleh petugas PEDi ialah Buli Siber, Grooming Siber, Terlebih Kongsi, Maklumat Palsu dan Etika Internet. Selain itu, Aktiviti ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang kepentingan beretika dalam menggunakan internet. Dengan adanya pendedahan awal ini pelajar sentiasa berwaspada menggunakan kemudahan teknologi terkini terutamanya internet.

Aktiviti

Para petugas memberikan taklimat berkenaan dengan Advokasi Klik dengan Bijak bersama dengan para pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3 dan 4. Sepanjang sesi taklimat, para pelajar akan diberi soalan berkaitan dengan topik yang telah disampaikan oleh petugas PEDi. Program Advokasi Klik dengan Bijak ini sangat penting bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang penggunaan internet dalam kehidupan harian mereka.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Program Stem IoT ini telah diadakan di PEDi Kg Ranau untuk menarik minat para pelajar sekolah rendah. Aktiviti ini dapat memberikan pendedahan awal kepada para pelajar mengenai sains dan teknologi yang perlu dikuasai oleh mereka. Oleh itu, aktiviti stem iaitu menghasilkan objek mengikut bentuk segi ini dapat membantu para pelajar bagi mencipta satu objek yang kukuh dengan menggunakan kertas sahaja.

Aktiviti

Petugas memulakan sesi penerangan mengenai jenis bentuk yang kukuh untuk menampung beban dengan hanya menggunakan kertas sahaja. Seterusnya, para pelajar boleh mula untuk menghasilkan beberapa jenis bentuk dengan menggunakan kertas yang telah disediakan Sepanjang aktiviti itu berlangsung, petugas akan memastikan para pelajar dapat mengikuti tentang aktiviti yang dijalankan dan turut membantu mereka bagi menyiapkan tugasan yang diberi.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Pelajar sekolah rendah telah menggunakan perkhidmatan perisian komputer seperti Ms Word dan Google untuk menyelesaikan tugasan mereka. Selain itu, mereka juga menjadikan PEDi sebagai untuk menyiapkan tugasan sekolah kerana kemudahan ICT yang terdapat di PEDi sangat membantu para pelajar sekolah seperti mendapatkan maklumat tambahan. Aktiviti ini juga dapat mencapai objektif penubuhan PEDi yang memberi fokus kepada perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

Aktiviti

Para pelajar menggunakan perkhidmatan komputer untuk mencari maklumat tentang tugasan sekolah yang diberikan oleh guru mereka. Seterusnya, mereka juga merupakan ahli PEDi Kg Ranau yang sentiasa menggunakan perkhidmatan ICT dan mengikuti kelas yang diadakan di PEDi Kg Ranau.

Gambar Disini