Tarikh : 07 Ogos 2023 Masa : 2.30Pm - 4.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk menarik perhatian para ahli PEDi untuk melakukan aktiviti yang dapat menjana minda dan menarik minat mereka untuk menggunakan komputer dan internet. Selain itu, mereka juga dapat menguasai penggunaan komputer dengan mengikuti aktiviti mewarna secara digital.
Aktiviti
Aktiviti ini menggunakan laman web https://www.coloringpages-forkids.com/index.php. Petugas terlebih dahulu memberikan penerangan kepada para pelajar tentang cara-cara menggunakan laman web ini. Seterusnya, para pelajar diberikan masa untuk mewarna secara digital berdasarkan lukisan yang telah disediakan. Melalui aktiviti ini, para pelajar dapat mengisi masa lapang mereka dan meningkatkan kemahiran penggunaan komputer untuk kegunaan pada masa kini.
Tarikh : 05 Ogos 2023 Masa : 10.00Am - 12.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 10 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini diadakan di PEDi Kg Ranau yang bertujuan untuk memastikan para pelajar sekolah kekal aktif dalam melakukan pelbagai aktiviti yang mendatangkan banyak manfaat kepada mereka. Selain itu, program sebegini juga dapat membantu para pelajar untuk meningkatkan keyakinan mereka dalam berkomunikasi antara satu sama lain dan tahap kecerdasan mereka juga dapat dikekalkan. Oleh itu, para pelajar boleh mengikuti pelbagai jenis aktiviti yang diadakan di PEDi Kg Ranau agar kekal aktif bersama komuniti.
Aktiviti
Program ini diadakan dengan kerjasama wellness hub tandek yang membantuk untuk memberikan penerangan tentang kepentingan kesihatan dalam diri para pelajar sekolah rendah. Seterusnya, para pelajar juga telah diberikan satu aktiviti yang bertajuk "body outline" dimana para pelajar perlu mewarna bahagian anggota badan pada kertas yang telah diberikan. Setiap bentuk warna itu akan mewakili emosi para pelajar. Petugas juga turut membantu para pelajar dalam aktiviti yang dijalankan di PEDi Kg Ranau.
Tarikh : 04 Ogos 2023 Masa : 2.00Pm - 3.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan kepada peserta berkenaan dengan perisian komputer iaitu Antivirus apps. Memberi pendedahan betapa pentingnya menjaga komputer dengan baik dan fungsi komputer pada masa kini. Memberi penerangan tentang cara mendapatkan perisian antivirus dengan mudah dan selamat melalui laman web google kepada peserta. Memberi pendedahan tentang kemahiran ICT dan teknologi yang mudah dan membantu untuk mendapatkan pelbagai maklumat.
Aktiviti
Para pelajar diberikan tunjuk ajar tentang perkakasan komputer secara teori dan praktikal oleh petugas. Seterusnya, para pelajar juga diajar untuk menerokai perisian yang terdapat dalam komputer untuk memudahkan mereka lebih memahami mengenai penjagaan komputer yang betul. Di samping itu, para pelajar diberikan pengenalan sedikit mengenai virus yang boleh mengakibatkan komputer dalam keadaan berbahaya dan bagaimana untuk mengelakkan komputer daripada terkena virus.
Tarikh : 04 Ogos 2023 Masa : 3.00Pm - 4.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Bertujuan untuk memberi kemahiran tentang perisian Microsoft Office yang terkini iaitu MS 2021. Memberi pendedahan betapa pentingnya Microsoft Office kepada peserta untuk kerja-kerja pejabat atau tugasan pelajar kolej/universiti yang melibatkan kerja menaip, membuat dokumen-dokumen kerja atau tugasan , membuat rumusan pengiraan dan penyimpanan data dan sebagainya.
Aktiviti
Peserta diberikan penerangan secara terperinci mengenai perisian Microsoft Office 2021.
Tarikh : 1 Ogos 2023 Masa : 2.00Pm - 4.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk memberi asas pengetahuan tentang penjagaan komputer dengan betul. Memberi pendedahan kepada pelajar betapa pentingnya komputer pada masa kini. Bertujuan memberi ilmu pengetahuan berkenaan cara-cara baikpulih komputer.
Aktiviti
Peserta diberikan penerangan secara terperinci tentang cara penjagaan komputer yang betul. Dimulai dengan pembelajaran secara teori dan kemudian secara tutorial. Petugas memberikan satu tugasan kepada peserta bagaimana untuk menjaga komputer dengan betul.