Tujuan

Kelas ICT Ms Power Point bersama adik Iqbal yang merupakan pelajar lepasan SPM dijalankan bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran berkaitan ms power point. Selain itu, kelas ini boleh membantu adik Iqbal untuk menguasai penggunaan ms power point yang digunakan untuk membua kerja-kerja pembentangan. Oleh itu, kelas ini juga bertujuan bagi memberi latihan yang lebih praktikal kepada pelajar agar lebih memahami cara penggunaan Ms Power Point.

Aktiviti

Petugas terlebih dahulu memberikan penerangan kepada adik Iqbal mengenai setiap komponen yang ada dalam ms power point. Selain itu, petugas juga menyediakan slide pembentang untuk memudahkan pelajar lebih memahami setiap fungsi komponen-komponen yang perlu digunakan dalam ms power point. Secara keseluruhannya, kelas ini dapat meningkatkan lagi kemahiran ICT adik Iqbal tentang penggunaan komputer.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ICT Ms Word 2021 ini bertujuan untuk membantu para pelajar mengenali tentang komponen yang terdapat dalam ms word. Selain itu, pelajar juga boleh mempelajari bagaimana cara untuk menggunakan ms word bagi menyelesaikan tugasan mereka. Pelajar juga memperolehi banyak manfaat dengan mengikuti kelas ICT yang diadakan di PEDi Kg Ranau.

Aktiviti

Adik Iqbal yang merupakan ahli PEDi Kg Ranau mengikuti kelas ict ms word telah diberikan penerangan mengenai setiap komponen serta fungsi yang terdapat dalam ms word. Seterusnya, petugas juga sentiasa membimbing para pelajar dalam menggunakan ms word dengan betul. Tambahan pula, adik Iqbal dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka dengan adanya kelas ini dan diharap dapat membantu mereka di masa akan datang.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Tujuan latihan keusahawanan ini dijalankan untuk memberi kemahiran keusahawanan tempatan yang sudah memulakan perniagaan di platform tiktok shop. Selain itu, dapat memberikan lagi latihan asas yang diperlukan oleh usawahan PEDi Kg Ranau. Oleh itu, para usahawan boleh mengikuti kelas keusahawanan yang diadakan di PEDi Kg Ranau untuk meningkatkan lagi pengetahuan tentang tiktok shop yang semakin terkenal dikalangan usahawan.

Aktiviti

Cik Norain seorang usahawan yang aktif di PEDi Kg Ranau sering mengikuti latihan keusahawanan yang dijalankan. Beliau turut mengambil peluang untuk mempelajari tiktok shop dengan bantuan bimbingan daripada petugas PEDi. Disamping itu, beliau juga dapat mempromosikan lagi perniagaan atau perkhidmatan yang dijalankan kepada komuniti setempat.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ICT ini dapat memberikan ilmu pengetahuan yang baru kepada ahli PEDi Kg Ranau tentang pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini. Selain itu, aktiviti ini boleh membantu peserta untuk menggunakan teknologi maklumat dan berkomunikasi secara betul dan selamat untuk kebaikan masing-masing.

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan sesi penerangan mengenai asas teknologi yang digunakan untuk menyampaikan maklumat dan komunikasi kepada pelajar. Kemudian pelajar diarahkan untuk mengenal pasti teknologi maklumat yang sentiasa digunakan pada masa kini. Petugas turut memastikan peserta dapat memahami mengenai asas teknologi maklumat dan membantu untuk berkomunikasi dengan lebih baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini dijalankan bagi memberikan pendedahan pendidikan secara online kepada pelajar yang merupakan ahli PEDi Kg Ranau. Selain itu, kuiz online matematik ini juga sangat membantu dalam meningkatkan ilmu kemahiran para pelajar didalam bidang pengiraan dengan lebih mencabar dan efektif secara online. Program e-learning ini memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu ICT kepada para pelajar pada masa kini.

Aktiviti

Pelajar diberikan penerangan tentang e-learning matematik terlebih dahulu oleh petugas PEDi. Seterusnya, pelajar akan menjawab soalan kuiz online matematik dengan menggunakan laman web https://wordwall.net/en-gb/community/math-quiz. Oleh itu, banyak manfaat yang boleh didapati daripada e-learning yang diadakan di PEDi Kg Ranau.

Gambar Disini