Tarikh : 1 Ogos 2023 Masa : 10.00Am - 12.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Kelas ICT asas pengenalan komputer ini bertujuan untuk memberi pengenalan komputer kepada peserta. Sekaligus, mendedahkan kepada peserta tentang kepentingan penggunaan komputer pada masa kini. Memberi kelas kemahiran kepada peserta kerana kemahiran ICT ini sangat berkait rapat di dalam bidang pembelajaran yang bakal dihadapi.
Aktiviti
Peserta diberikan asas pengenalan komputer secara terperinci serta pengenalan kepada komponen-komponen yang terdapat didalam komputer.
Tarikh : 18 Julai 2023 Masa : 02.00Pm - 4.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini diadakan di PEDi Kg Ranau yang bertujuan untuk memberikan pendedahan asas kepada para pelajar mengenai kemahiran manipulatif dimana seseorang belajar untuk mengendalikan objek dengan baik dan kemahiran psikomotor yang mampu berkembang melalui proses penyiasatan dalam sains. Selain itu, pelajar juga dapat mengisi masa lapang mereka dengan mengikuti aktiviti yang dijalankan di PEDi serta dapat meningkatkan kemahiran ICT dan Kemahiran manipulatif untuk kegunaan di masa akan datang. Oleh itu, perkhidmatan yang terdapat di PEDi dapat digunakan oleh komuniti setempat.
Aktiviti
Petugas terlebih dahulu memberikan penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan kepada para pelajar. Seterusnya, pelajar akan diberikan satu tugasan untuk menghasilkan objek dengan menggunakan peralatan yang telah disediakan. Sepanjang aktiviti ini berlangsung, petugas telah membantu para pelajar untuk mengendalikan peralatan seperti gunting dan gam untuk menghasilkan satu objek mengikuti kreativiti tersendiri dengan hasil coretan warna yang menarik.
Tarikh : 15 Julai 2023 Masa : 02.00Pm - 4.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Aktiviti advokasi KDB (e-mobile waste) bertujuan untuk mengalakkan orang ramai melupuskan secara selamat dan mengitar semula peranti mudah alih (smartphone) yang telah tamat tempoh hayatnya atau tidak digunakan ataupun yang tidak diperlukan lagi bagi memupuk 3R (Reduce, Reuse, dan Recycling). Selain daripada itu, advokasi ini juga dapat memberikan pengetahuan secara umum kepada para peserta khususnya pelajar sekolah. Oleh itu, kempen e-mobile waste ini penting bagi mewujudkan kesedaran dalam diri masing-masing mengenai tanggungjawab dalam melupuskan peranti mudah alih secara betul dan selamat.
Aktiviti
Dengan adanya aktiviti sebegini, para pelajar dapat mengetahui tentang e-mobile waste dan kotak pengumpulan e-sisa mudah alih. Seterusnya, para pelajar boleh melupuskan peranti mudah alih seperti telefon bimbit, telefon pintar dan tablet disebuah kotak melupuskan telefon pintar atau table disetiap lokasi pengumpulan e-sisa mudah alih. Tambahan pula, e-sisa mudah alih ini mengadaptasikan konsep kitaran ekonomi yang membolehkan sisa yang terhasil di negera kita dikitar semula menjadi bahan yang boleh digunakan semula dalam ekonomi tersebut.
Tarikh : 17 Julai 2023 Masa : 02.00Pm - 4.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberikan kemahiran pembelajaran secara atas talian. Selain itu, aktiviti ini juga dapat menguji minda para peserta, melatih kesabaran dan ketabahan dalam menyelesaikan tugasan seperti mencari perkataan yang tersembunyi. Di samping itu, aktiviti ini boleh menyampaikan kepentingan ilmu internet pada masa kini dan dapat memantapkan pengetahuan pelajar terhadap pelajaran atas talian.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan dengan menggunakan laman web https://thewordsearch.com/ dan memerlukan para pelajar untuk mengakses laman web tersebut. Seterusnya, para pelajar diberikan satu tema untuk memulakan pencarian perkataan tersembunyi yang diperlukan. Aktiviti ini dapat menarik minat para pelajar untuk terus terlibat aktif dalam aktiviti yang diadakan di PEDi Kg Ranau. Oleh itu, pekhidmatan komputer dan internet yang terdapat di PEDi juga dapat digunakan dengan betul oleh komuniti setempat.
Tarikh : 15 Julai 2023 Masa : 09.00Am - 11.00Am Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini dijalankan untuk memberi penekanan kepada pentingnya pengurusan masa dan bagaimana untuk menguruskan masa dengan lebih berkesan kepada para pelajar. Selain itu, para pelajar juga dapat mengatur aktiviti harian mereka dengan lebih baik untuk memastikan masa mereka digunakan dengan betul. Tambahan pula, para pelajar terlebih dahulu perlu mengetahui cara untuk melihat jam dengan betul.
Aktiviti
Aktiviti dimulakan dengan pengenalan jam yang perlu dikuasai oleh para pelajar. Seterusnya, para pelajar diarahkan untuk mengatur jadual harian mereka dengan menggunakan laman web https://wordwall.net/ms-my/community/pengurusan-masa. Aktiviti ini dapat menarik minat pelajar untuk terus aktif bersama PEDi dalam melakukan pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh PEDi. Banyak manfaat yang dapat diperolehi oleh pelajar seperti boleh menguruskan masa dengan lebih baik.