Tujuan

Kursus pembuatan minyak wangi jenama sendiri ini diadakan di PEDi Kg Ranau bertujuan untuk membantu para usahawan yang ingin menjana pendapatan dalam perniagaan minyak wangi. Selain itu, kursus ini juga dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang perniagaan minyak wangi iaitu Puan Nadia Azis usahawan perfume dan kosmetik sabah. Oleh itu, banyak ilmu pengetahuan yang dikongsikan kepada para peserta yang mengikuti kursus ini.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan sesi pengenalan daripada Puan Nadia Azis tentang perniagaan minyak wangi buatan jenama sendiri. Seterusnya, para peserta juga diberikan penjelasan mengenai kandungan yang perlu ada dalam pembuatan minyak wangi dan cara untuk menghasilkan serta memasarkan produk tersebut. Di samping itu, Puan Nadia juga turut berkongsi ilmu keusahawanan yang dapat membantu para peserta dalam bidang perniagaan untuk meningkatkan pendapatan sampingan mereka yang baru memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas keusahawanan iaitu kelas membuat logo produk ini bertujuan untuk memberi latihan dan kemahiran kepada usahawan yang mempunyai perniagaan sendiri untuk mempelajari bagaimana menghasilkan sebuah logo yang menarik bagi kegunaan produk dan perkhidmatan mereka. Tambahan pula, kewujudan teknologi yang digunakan dapat memberi manfaat terhadap pekerjaan mereka serta dapat menimba ilmu tentang penggunaan ICT.

Aktiviti

Kelas suntingan imej & logo stiker ini dilakukan secara teori dan praktikal iaitu dengan menggunakan perisian canva daripada petugas PEDi Kg Ranau. Kelas ini dijalankan bagi membantu usahawan mencipta logo atau poster mengenai produk mereka dengan penggunaan aplikasi canva. Hal ini demikian, logo yang mereka hasilkan akan diletakkan di produk mereka untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran. Oleh itu, usahawan telah mengambil peluang untuk mengikuti latihan keusahawanan ini agar kemahiran dalam suntingan imej & logo stiker produk dapat ditingkatkan lagi.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk menambah kemahiran para peserta dalam membuat kek sambil menarik minat untuk terus aktif bersama PEDi dengan mengikuti pelbagai aktiviti yang diadakan. Selain daripada itu, PEDi juga boleh dijadikan one stop center dengan adanya kemudahan seperti ruangan untuk membuat kelas ataupun aktiviti serta perkhidmatan ICT. Dengan adanya kemudahan seperti ini ianya dapat membantu para peserta untuk meningkatkan kemahiran sekaligus dapat mencari pendapatan sampingan dengan membuat kek.

Aktiviti

Para peserta diberikan penerangan mengenai resipi pembuatan kek yang mudah difahami. Tenaga pengajar juga turut membimbing para peserta semasa kelas berlangsung di PEDi Kg Ranau. Disamping itu, mereka juga boleh mendapatkan resipi yang dikongsi oleh tenaga pengajar serta terdapat sesi perkongsian bersama Puan Kristany mengenai perjalanan beliau menjadi seorang usahawan yang berjaya dengan hanya menjadi guru kelas masakan.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Latihan ini dijalankan untuk membantu para peserta yang terdiri daripada pelajar lepasan spm, stpm, ijazah dan semua komuniti yang telah mengambil bahagian dalam latihan resume writing ini. Selain itu, sesi latihan ini dibimbing oleh Encik Fazli yang merupakan tenaga pengajar daripada MSD sdn.bhd. Tambahan pula, latihan ini diadakan secara percuma untuk ahli PEDi yang telah berdaftar dan menggunakan aplikasi zoom meeting.

Aktiviti

Sesi ini dikendalikan oleh Encik Fazli dengan menggunakan aplikasi zoom meeting. Encik Fazli memberikan penerangan tentang resume writing dan topik yang akan dipelajar oleh para peserta. Selain itu, Encik Fazli juga turut menjelaskan tentang kepentingan cover letter yang perlu ada pada resume serta komponen-komponen yang penting untuk resume seseorang. Para peserta juga dapat mengambil peluang untuk menyertai sesi latihan ini untuk menyiapkan resume mereka agar dapat digunakan untuk mencari peluang pekerjaan.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Advokasi KDB keselamatan jalan raya ini bertujuan untuk memastikan keselamatan dan pematuhan undang-undang asas jalan raya oleh komuniti. Selain itu, aktiviti ini dapat memberikan pendedahan awal kepada para pelajar mengenai keselamatan jalan raya yang perlu diambil tahu untuk mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya. Oleh itu, advokasi kdb ini merupakan satu inisiatif untuk memupuk kesedaran dikalangan pengguna jalan raya.

Aktiviti

Melalui aktiviti ini, para pelajar dapat mengetahui tentang keselamatan jalan raya serta mendidik pengguna jalan raya mengamalkan sikap pemanduan berhemah, patuh pada peraturan dan undang-undang. Disamping itu, aktiviti kuiz juga turut diadakan untuk membantu para pelajar lebih memahami tentang advokasi kdb yang disampaikan oleh petugas.

Gambar Disini