Tarikh : 03 Julai 2023 Masa : 2.00Pm - 4.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Ahli PEDi Kg Ranau yang merupakan pelajar sekolah menengah sering menggunakan perkhidmatan perisian komputer dan internet untuk menyelesaikan tugasan mereka. Selain daripada itu, mereka juga menjadikan PEDi sebagai tempat untuk menyiapkan tugasan sekolah kerana kemudahan ICT yang terdapat di PEDi sangat membantu para pelajar. Aktiviti ini juga dapat mencapai objektif penubuhan PEDi yang memberi fokus kepada perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
Aktiviti
Para pelajar gemar menggunakan perkhidmatan komputer untuk mencari bahan rujukan tentang tugasan sekolah yang diberikan oleh guru mereka. Seterusnya, mereka juga merupakan ahli PEDi Kg Ranau yang sentiasa aktif dalam menggunakan perkhidmatan ICT dan mengikuti kelas yang diadakan di PEDi Kg Ranau.
Tarikh : 22 Jun 2023 Masa : 11.00Am - 12.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Latihan ini bertujuan untuk membantu para peserta yang terdiri daripada pelajar lepasan spm, stpm, ijazah dan semua komuniti/Ahli PEDi dapat menyertai peluang kemahiran serta ilmu pengetahuan secara percuma untuk menghadapi sesi temuduga di alam pekerjaan. Berperanan membantu para komuniti luar bandar mendapatkan ilmu-ilmu asas didalam kemahiran-kemahiran insahniah. Melatih agar para komuniti/masyarakat luar bandar berpengetahuan luas dan Celik IT. Merapatkan PEDi dengan ahli-ahli PEDi diatas penganjuran aktiviti/latihan atas talian yang bermanfaat dan berkualiti. Bertujuan memenuhi keperluan kemahiran yang amat penting didalam kalangan masyarakat anak-anak muda terutamanya pelajar lepasan SPM/STPM atau Komuniti yang sedang mencari pekerjaan. Kelas atau latihan ini juga menjadikan PEDi sebagai One-stop Center didalam komuniti setempat.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan dengan menggunakan aplikasi zoom meeting secara atas talian. Kelas dibimbing oleh Encik Fazli yang merupakan Tenaga pengajar daripada ILN (Innovative Learning Network) MSD Sdn. Bhd. Para peserta dapat menyertai sesi latihan dengan secara atas talian( melalui rumah sahaja) dan juga secara fizikal iaitu dengan hadir ke PEDi sekiranya capaian internet di rumah tidak memuaskan.
Tarikh : 15 Jun 2023 Masa : 11.00Am - 12.00Pm Lokasi : Aplikasi Zoom Meeting Peserta : Terbuka |
Tujuan
Latihan asas pengurusan sumber manusia bagi IKS ini dijalankan oleh pihak MSD bagi memberikan peluang kepada komuniti setempat untuk menyertai latihan secara percuma bagi ahli PEDi. Selain itu, pihak MSD juga telah membekalkan tenaga pengajar yang berpengalaman untuk membantu para komuniti dalam memahami berkenaan pengurusan sumber manusia bagi IKS. Hal ini demikian, latihan ini diadakan secara atas talian dimana para komuniti boleh berkunjung ke PEDi untuk mengikuti latihan tersebut serta dikendalikan oleh Puan Juliana yang merupakan tenaga pengajar bagi sesi latihan ini.
Aktiviti
Para peserta yang hadir untuk menyertai latihan asas pengurusan sumber manusia bagi IKS diberikan sedikit penerangan mengenai topik-topik yang akan dipelajari. Antara topik yang diberikan ialah, tanggungjawab majikan, proses pengambilan pekerja, kontrak perkhidmatan, pengurusan gaji, dan kewajipan caruman KWSP. Di akhir sesi latihan, soal jawab juga turut diadakan untuk memastikan para peserta lebih memahami tentang latihan yang diikuti dan para peserta juga dapat mengetahui tentang pengurusan sumber manusia yang betul dalam sebuah majikan.
Tarikh : 20 Jun 2023 Masa : 11.00Am - 12.00Pm Lokasi : Aplikasi Zoom Meeting Peserta : Terbuka |
Tujuan
Latihan ini bertujuan untuk membantu para peserta yang terdiri daripada pelajar lepasan spm, stpm, ijazah dan semua komuniti yang telah mengambil bahagian dalam latihan resume writing ini. Selain itu, para peserta yang mengikuti latihan ini juga turut dapat mengetahui bagaimana cara untuk membuat resume yang betul dan lengkap untuk memudahkan mereka dalam memohon perkerjaan. Tambahan pula, latihan dijalankan secara percuma untuk ahli PEDi yang telah berdaftar dan menggunakan aplikasi zoom meeting.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan dengan menggunakan aplikasi zoom meeting secara atas talian. Kelas atau sesi latihan dibimbing oleh Encik Fazli yang merupakan seorang tenaga pengajar daripada ILN ( Innovative Learning Network) MSD Sdn.Bhd. Selain itu, latihan ini dimulakan dengan sesi penerangan daripada pengajar mengenai perkara yang perlu ada dalam resume. Encik Fazli juga turut menjelaskan tentang kepentingan cover letter yang perlu ada pada resume. Di samping itu, petugas juga telah menyediakan tempat untuk peserta yang mengikut laltihan ini.
Tarikh : 15 Jun 2023 Masa : 9.00Am - 11.00Am Lokasi : Dewan Komuniti Kota Marudu Peserta : 20 Orang |
Tujuan
Program kemahiran asas mengait "knitting & crochet" Siri 2/2023 ini diadakan di Dewan Komuniti Kota Marudu yang terdiri daripada golongan wanita sebanyak 20 orang. PEDi Kluster Kota Marudu juga telah menyampaikan taklimat mengenai dengan perniagaan secara atas talian. Seterusnya, para peserta diberikan tunjuk ajar bagaimana cara untuk menggunakan aplikasi shopee bagi menjalankan perniagaan mereka sama ada menjadi dropship atau sebagai penjual barangan sendiri. Taklimat ini sesuai bagi para peserta yang ingin memulakan perniagaan mereka dengan menggunakan aplikasi shopee untuk mempromosikan dan memasarkan barangan jualan/produk mereka secara atas talian. Di samping itu, PEDi Kluster Kota Marudu juga turut memperkenalkan tentang perkhidmatan yang disediakan di PEDi agar mereka boleh menjadikan PEDi sebagai one stop center untuk mendapatkan perkhidmatan internet serta kemahiran dalam bidang ICT dan juga perniagaan atas talian.
Aktiviti
Para peserta yang hadir telah diberikan taklimat berkenaan dengan Kemahiran Kursus Asas mengait "Knitting & Crochet" Siri 2/2023 dan diberikan tunjuk ajar cara-cara mengait dengan betul serta bahan-bahan yang digunakan untuk mengait. Selain daripada itu, Rakan Digital Kg. Tingakalanon telah membuat taklimat mengenai perniagaan atas talian iaitu shopee. Seterusnya, wakil petugas PEDi juga turut menyampaikan sedikit taklimat berkenaan perkhidmatan yang disediakan di PEDi bagi komuniti setempat. Oleh itu, para peserta yang mengikuti program ini juga dapat banyak manfaat dan ilmu baharu dalam bidang perniagaan dan juga kemahiran asas mengait "knitting & crochet".