Tarikh : 03 Jun 2023 Masa : 2.30Pm - 4.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 5 Peserta |
Tujuan
Aktiviti ini dapat memberikan kesedaran betapa pentingnya ICT dan komputer pada masa kini. Selain itu, perkhidmatan komputer dan interernet yang terdapat di PEDi juga dapat meningkatkan pengetahuan ICT para pelajar dan memperolehi maklumat dengan mudah. Banyak manfaat dan kebaikan sekiranya digunakan secara betul terutamanya medium platform media sosial atau laman-laman web seperti Youtube dan Google.
Aktiviti
Para pelajar sering berkunjung ke PEDi Kg Ranau untuk menggunakan perkhidmatan ICT bagi melayari laman web youtube. Seterusnya, mereka juga boleh mencari maklumat mengenai kerja sekolah dan tugasan lain. Di samping itu, petugas sentiasa memberikan bimbingan sebagai pengguna digital yang betul dan sentiasa berwaspada.
Tarikh : 19 Mei 2023 Masa : 2.30Pm - 4.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 6 Peserta |
Tujuan
Kelas advokasi ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi penerangan mengenai ketagihan bermain permainan 'online' terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Selain itu, bermain permainan 'online' juga mempunyai kebaikan dan keburukannya jika tidak dapat dikawal dengan baik semasa bermain permainan tersebut.
Aktiviti
Pelajar diberikan penerangan mengenai permainan dalam talian sambil menonton youtube KDB 'Permainan dalam talian'. Seterusnya, para pelajar diarahkan untuk mengenal pasti kebaikan dan keburukan permainan 'online' untuk dibincangkan bersama petugas. Disamping itu, para pelajar diajar mengenai pengurusan masa yang betul dalam kehidupan seharian agar tidak membazirkan masa dengan bermain permaian komputer.
Tarikh : 16 Mei 2023 Masa : 2.00Pm - 4.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 3 Peserta |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini diadakan bagi memberi pendedahan pendidikan secara atas talian kepada pelajar sekolah rendah yang merupakan ahli aktif PEDi Kg Ranau. Kuiz online matematik ini juga sangat membantu dalam meningkatkan ilmu kemahiran para pelajar dalam bidang pengiraan (ilmu matematik) dengan lebih mencabar dan efektif secara atas talian. Oleh itu, program e-learning ini memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu ICT kepada para pelajar pada masa kini.
Aktiviti
Pelajar terlebih dahulu diberikan penerangan tentang e-learning matematik oleh petugas PEDi. Seterusnya mereka akan menjawab soalan kuiz online matematik menggunakan laman web https://wordwall.net/ms/community/matematik/quiz. Tambahan pula, banyak manfaat yang boleh didapati oleh para pelajar yang sering berkunjung di PEDi Kg Ranau.
Tarikh : 17 Mei 2023 Masa : 9.00Am - 3.00Pm Lokasi : Tapak Tamu Dewan Kota Marudu Peserta : 22 Peserta |
Tujuan
Program sambutan pesta kaamatan yang diadakan di daerah kota marudu dapat memberikan peluang kepada PEDi untuk mempromosikan lagi kepada komuniti setempat mengenai Pusat Ekonomi Digital. Selain itu, PEDi juga dapat memperkenalkan kepada komuniti setempat tentang fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi serta untuk membina hubungan baik di antara komuniti setempat dengan petugas PEDi. Tambahan pula, tujuan program ini dijalankan juga boleh meningkatkan bilangan keahilan baru PEDi dan menjadikan PEDi sebagai pusat tumpuan ICT.
Aktiviti
Petugas telah membuka booth pameran sempena sambutan pesta kaamatan untuk mempromosikan lagi Pusat Ekonomi Digital kepada komuniti setempat. Seterusnya, pelbagai booth pameran juga turut ada untuk memeriahkan sambutan pesta kaamatan seperti usahwan PEDi juga turut mengambil bahagian dalam sesi pameran bagi mempromosikan lagi produk perniagaan mereka. Disamping itu, petugas juga mengambil peluang untuk menjelaskan tentang pengenalan PEDi kepada komuniti dan menarik minat komuniti bagi menjadi ahli aktif PEDi.
Tarikh : 15 Mei 2023 Masa : 2.30Pm - 4.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 5 Peserta |
Tujuan
Kelas ICT asas pengenalan komputer ini bertujuan untuk memberi pengenalan komputer kepada para peserta yang merupakan pelajar sekolah rendah. Sekaligus, memperkenalkan kepada mereka tentang kepentingan penggunaan komputer pada masa kini. Asas pengenalan komputer kepada pelajar dapat membantu mereka untuk mencari maklumat tambahan mengenai tugasan sekolah dengan cepat dan mudah. Selain itu, penggunaan komputer ini juga dapat menghilangkan tekanan kerana dengan adanya komputer kita boleh mendengar lagu dan melayari internet dengan mudah.
Aktiviti
Para peserta diberikan penerangan tentang perkakasan komputer secara teori dan praktikal. Seterusnya, para peserta diajar untuk menerokai perisian yang terdapat dalam komputer. Disamping itu, peserta juga diajar cara-cara menggunakan komputer sepanjang kelas itu berlangsung.