Tujuan

Program latihan asas pengurusan kewangan untuk IKS ini dijalankan oleh Pihak Msd Innovation bagi membantu para usahawan untuk mendapatkan bimbingan dalam pengurusan kewangan dalam bidang keusahawanan. Terdapat beberapa topik yang dibincangkan dalam sesi latihan ini iaitu, komponen dalam pengurusan kewangan, apa itu perakaunan, jenis-jenis akaun serta pengurusan kewangan perniagaan. Latihan ini juga dapat memberi tunjuk ajar kepada usahawan tempatan bagi mengetahui risiko dalam perniagaan yang terbahagi kepada rugi dan untung. Tambahan pula, sesi latihan ini dikendalikan oleh Puan Juliana yang merupakan tenaga pengajar dalam asas pengurusan kewangan untuk IKS.

Aktiviti

Sesi latihan ini diadakan secara atas talian dimana semua PEDi terlibat untuk mengikuti program ini. Sebelum kelas bermula, Puan Husna turut memperkenalkan objektif latihan yang ingin disampaikan iaitu, asas pengurusan kewangan perniagaan bagi IKS. Selain daripada itu, sesi soal jawab juga diadakan bagi memastikan para usahawan lebih memahami topik yang disampaikan oleh Puan Juliana.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini dijalankan untuk memberi kemahiran pembelajaran secara atas talian. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk menguji minda para pelajar, melatih kesabaran dan tahap fokus mereka dalam menyelesaikan tugasan. Di samping itu, aktiviti sebegini dapat menyampaikan kepentingan ilmu internet pada masa kini dan dapat meningkatkan pengetahuan pelajar terhadap pembelajaran suku kata.

Aktiviti

Aktiviti ini dijalankan dengan menggunakan laman web https://thewordsearch.com/ dan memerlukan para pelajar untuk mengakses laman web tersebut. Seterusnya, para pelajar diberikan satu tema untuk memulakan pencarian suku kata yang diperlukan. Aktiviti ini dapat menarik minat para pelajar untuk terus terlibat aktif dalam aktiviti yang diadakan di PEDi Kg Ranau. Oleh itu, perkhidmatan komputer dan internet yang terdapat di PEDi juga dapat digunakan dengan betul oleh komuniti setempat.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Tujuan Aktiviti ini dijalankan bagi memberikan pendedahan pendidikan secara online kepada pelajar yang merupakan ahli PEDi Kg Ranau. Selain itu, kuiz online matematik ini juga sangat membantu dalam meningkatkan ilmu kemahiran para pelajar didalam bidang perkiraan (ilmu matemtik) dengan lebih mencabar dan efektif secara online. Program e-learning ini memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu ICT kepada para pelajar pada masa kini.

Aktiviti

Pelajar diberikan penerangan tentang e-learning matematik terlebih dahulu oleh petugas PEDi. Seterusnya, mereka akan menjawab soalan kuiz online matematik dengan menggunakan laman web https://wordwall.net/en-gb/community/math-quiz. Oleh itu, banyak manfaat yang boleh didapati oleh para pelajar yang sering berkunjung di PEDi Kg Ranau.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam menyunting poster dengan mengguankan aplikasi canva secara percuma. Selain itu, peserta juga dapat mempelajari asas penggunaan aplikasi ini bagi menghasilkan poster yang menarik. Oleh itu, para pelajar juga boleh memanfaatkan kelas ICT yang diadakan di PEDi Kg Ranau untuk kegunaan di masa hadapan.

Aktiviti

Kelas ini diadakan di PEDi Kg Ranau dengan sesi penerangan kepada peserta iaitu cara yang lebih mudah untuk menyunting poster mereka. Seterusnya, petugas juga turut memberikan contoh template yang boleh digunakan oleh peserta secara percuma. Aktiviti ini dapat memberikan pengetahuan asas kepada pelajar dalam menyunting poster dan imej dengan menggunakan aplikasi canva. Secara keseluruhannya, pelajar dapat manfaat dalam mengikuti kelas ini dengan bimbingan petugas dalam menghasilkan satu poster yang menarik.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ICT Ms Word ini bertujuan untuk membantu para pelajar mengenali tentang komponen yang terdapat dalam ms word. Selain itu, para pelajar juga boleh mempelajari bagaimana untuk menggunakan ms word bagi menyelesaikan tugasan mereka. Banyak manfaat yang dapat diperolehi daripada kelas ini seperti para pelajar akan mengetahui fungsi setiap komponen ms word di mana ia sangat penting bagi mereka khususnya dalam pembelajaran yang melibatkan ICT.

Aktiviti

Para pelajar diberikan penerangan mengenai setiap komponen serta fungsi yang terdapat dalam ms word. Petugas juga turut membimbing para pelajar dalam menggunakan ms word agar mereka dapat memahami dengan lebih lanjut bagaimana menggunakan ms word dengan betul. Tambahan pula, para pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka dengan adanya kelas ini dan diharap dapat membantu para pelajar khususnya di peringkat sekolah rendah.

Gambar Disini