Tarikh : 08 Julai 2023 Masa : 3.00Pm - 5.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Latihan keusahawanan laman web linktree ini dijalankan untuk membantu usahawan yang berminat untuk membuat laman web sendiri bagi berkongsi bersama pelanggan tentang produk perniagaan yang ingin dipasarkan. Linktree ini juga dapat digunakan di platform sosial seperti tiktok, instagram, facebook dan twitter. Selain itu, penggunaan laman web linktree ini juga boleh memudahkan para pelanggan mendapat laman web khas bagi produk usahawan itu sendiri dan mudah untuk berkomunikasi bersama pelanggan.
Aktiviti
En Yusup diberikan penerangan mengenai laman web linktree secara teori dan juga praktikal. Petugas juga memberi penjelasan secara terperinci cara untuk membuat linktree didalam platform tiktok.
Tarikh : 08 Julai 2023 Masa : 2.00Pm - 3.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Latihan keusahawanan ini bertujuan untuk memberi kemahiran keusahawanan tempatan yang ingin memulakan perniagaan di platform tiktok shop. Selain itu, dapat memberi latihan asas keusahawanan agar para usahawan mahir dalam bidang pemasaran digital iaitu atas talian. Di samping itu, kelas ini juga boleh membimbing para usahawan PEDi Kg Ranau dalam meluaskan perniagaan dan meningkatkan lagi jualan melalui platform digital seperti tiktok shop yang kini menjadi pilihan para peniaga dan pelanggan.
Aktiviti
Usahawan telah dibantu oleh petugas untuk membuat tiktok shop affiliate dengan penerangan mengenai cara untuk mendaftar dengan menggunakan akaun tiktok usahawan itu. Seterusnya, tiktok shop affiliate yang digunakan juga dapat membantu usahawan untuk mempromosikan lagi jualan mereka dan lebih memudahkan mereka untuk terus berkomunikasi dengan pelanggan.
Tarikh : 05 Julai 2023 Masa : 2.00Pm - 4.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 7 Orang |
Tujuan
Kelas ICT Microsoft Paint ini dijalankan untuk memberi kemahiran melukis kepada para pelajar dengan menggunakan komputer. Kelas ini juga bertujuan untuk mengasah bakat para pelajar dalam bidang lukisan secara digital melalui komputer selain daripada menjadikannya sebagai satu pengalaman ilmu baru dan mengisi masa lapang mereka.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan memberi penerangan tentang fungsi-fungsi peralatan yang ada didalam Microsoft Paint kepada para pelajar. Seterusnya, para pelajar diminta untuk menghasilkan satu lukisan dengan menggunakan semua komponen yang terdapat dalam Microsoft Paint mengikuti kreativiti masing-masing. Para pelajar yang mengikuti aktiviti ini dapat menguasai penggunaan komputer dengan meningkatkan lagi kemahiran ICT mereka.
Tarikh : 07 Julai 2023 Masa : 9.00Am - 11.00Am Lokasi : StreamYard (Atas Talian) Peserta : 7 Orang |
Tujuan
Kelas keusahawanan iaitu suntingan imej produk bertujuan untuk memberi penambahbaikan dalam penjagaan yang dijalankan oleh para usahawan. Latihan keusahawanan ini juga dapat membantu usahawan untuk mencipta stiker labeling bagi produk mereka dalam meningkatkan kualiti pembungkusan produk. Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital dalam kalangan para usahawan mikro perusahaan kecil dan sederhana.
Aktiviti
Kelas ini dijalankan secara atas talian dengan menggunakan streamyard dan dimulaikan dengan sesi pengenalan latihan keusahawanan suntingan imej produk daripada petugas PEDi. Selain itu, penghasilan stiker label pelanggan dapat mengetahui maklumat perniagaan terutamanya bagi perniagaan produk makanan dan minuman serta suntingan imej produk yang dihasilkan akan digunakan untuk proses pemasaran produk mereka agar dapat menarik perhatian para pelanggan.
Tarikh : 04 Julai 2023 Masa : 2.00Pm - 4.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Aktiviti e-learning kemahiran membaca ini dijalankan bagi membantu para pelajar untuk meningkatkan kemahiran membaca dan meningkatkan lagi keyakinan mereka. Selain daripada itu, para pelajar juga dapat mengenal pasti sebutan suku kata bagi setiap perkataan yang diberikan. Di samping itu, aktiviti ini dapat menambahkan lagi pengetahuan para pelajar mengenai suku kata yang perlu dikuasai oleh mereka selain mempelajarinya disekolah.
Aktiviti
Para pelajar mengambil peluang untuk menyertai e-learning (kemahiran membaca) di PEDi Kg Ranau. Petugas juga menggunakan modul intensif membaca untuk melatih pelajar dalam meningkatkan kemahiran membaca. Seterusnya, pelajar juga telah diberikan kuiz mengenai suku kata untuk memastikan mereka dapat menguasai apa yang dipelajari di PEDi Kg Ranau.