Tujuan

Kelas ICT ms word ini bertujuan untuk membantu peserta membuat jadual aktiviti harian dengan menggunakan ms word. Seterusnya, para peserta juga dapat belajar membina jadual mengikut kreativiti masing-masing dan memudahkan mereka untuk menggunakan ms word pada masa kini.

Aktiviti

Para peserta diberikan penerangan mengenai setiap komponen serta fungsi yang terdapat dalam ms word. Petugas juga membantu peserta dalam membuat tugasan jadual aktiviti harian mereka. Secara keseluruhannya, para peserta dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka dengan adanya kelas ini dan diharap dapat membantu para pelajar khususnya di peringkat sekolah rendah.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Advokasi yang diadakan di PEDi Kg Ranau disertai oleh pelajar sekolah rendah yang merupakan ahli aktif pusat ekonomi digital kg ranau. Selain itu, aktiviti ini bertujuan untuk memberi kesedaran awam berkenaan penipuan online (scammer) dan cara untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa penipuan.

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan sesi penerangan daripada petugas PEDi dengan menggunakan slide klik dengan bijak agar para pelajar mudah untuk memahami. Seterusnya, sesi tayangan video juga diadakan untuk memastikan para pelajar dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang penipuan online (scammer). Tambahan pula, petugas juga telah mengadakan aktiviti kuiz klik dengan bijak (scammer) untuk menguji tahap pemahaman para pelajar.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Ahli PEDi Kg Ranau yang merupakan pelajar sekolah menengah sering menggunakan perkhidmatan perisian komputer dan internet untuk menyelesaikan tugasan mereka. Selain itu, mereka juga menjadikan PEDi sebagai tempat untuk menyiapkan tugasan sekolah kerana kemudahan ICT yang terdapat di PEDi sangat membantu para pelajar seperti mendapatkan maklumat tambahan. Aktiviti ini juga dapat mencapai objektif penubuhan PEDi yang memberi fokus kepada perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

Aktiviti

Adik Haziq yang merupakan pelajar SPM menggunakan perkhidmatan komputer untuk mencari maklumat tentang tugasan sekolah yang diberikan oleh guru mereka. Seterusnya, mereka juga merupakan ahli PEDi Kg Ranau yang sentiasa aktif dalam menggunakan perkhidmatan ICT dan mengikuti kelas yang diadakan di PEDi Kg Ranau.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas masakan viral siri 2 yang diadakan di PEDi Kg Ranau bertujuan untuk berkongsi kemahiran bersama komuniti terutamanya golongan wanita yang baru menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan. Selain itu, aktiviti ini dapat membantu para peserta untuk mengetahui cara untuk membuat kuih-kuih tradisional yang semakin viral pada masa kini.

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan sesi penerangan mengenai resepi kuih tradisional secara terperinci mengenai kelas tersebut. Seterusnya, para peserta juga diberikan resepi dan teknik untuk membuat kuih masakan viral. Di samping itu, tenaga pengajar juga terus memberikan latihan secara praktikal kepada para peserta dengan menyediakan bahan-bahan masakan. Sedikit perkongsian daripada Puan Kristany tentang perjalanan beliau menjadi seorang usahwan yang berjaya dengan hanya menjadi guru kelas masakan.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk mengisi masa lapang para ahli PEDi Kg Ranau terutamanya golongan pelajar sekolah rendah. Aktiviti ini juga bertujuan menarik minat para pelajar bagi mengikuti aktiviti yang diadakan di PEDi. Selain itu, dapat mengasah bakat dan meningkatkan kemahiran mewarna dalam kalangan pelajar. Di samping itu, ibu bapa juga amat menggalakkan anak mereka untuk mengikuti aktiviti seperti mewarna dan kuiz KDB yang dianjurkan oleh PEDi Kg Ranau bagi mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang berfaedah.

Aktiviti

Petugas telah menyediakan kertas lukisan untuk diwarnakan oleh para pelajar. Seterusnya, para pelajar diberikan masa 1 jam untuk menyiapkan tugasan mewarna mengikut kreativiti masing-masing. Sepanjang aktiviti dijalankan, petugas juga telah memastikan para pelajar dapat manfaat daripada aktiviti ini seperti, mereka dapat mengenal warna dengan lebih jelas dan kreatif dalam memilih warna yang sesuai.

Gambar Disini