Tujuan

Kelas keusahawanan yang diadakan ini bertujuan untuk membantu para usahawan yang baru dalam bidang bakeri agar dapat meningkatkan kemahiran dalam dunia perniagaan. Selain itu, aktiviti ini juga dapat memberikan manfaat kepada komuniti setempat dengan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh PEDi. Di samping itu, PEDi juga boleh dijadikan sebagai one stop center dengan adanya kemudahan ruang pembelajaran yang telah disediakan untuk komuniti yang aktif dalam mengikuti kelas seperti keusahawan dan ICT.

Aktiviti

Para peserta yang hadir diberikan penerangan tentang resipi yang akan digunakan dalam menghasilkan kek. Seterusnya, peserta juga telah diarahkan untuk menghasilkan kek mengikut kreativiti tersendiri dengan dekorasi kek yang menarik. Di samping itu, mereka juga dapat berkongsi resipi bersama tenaga pengajar yang membimbing semasa kelas berlangsung.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini dijalankan untuk memberi pendedahan pendidikan secara online kepada pelajar ahli PEDi Kg Ranau. Kuiz online maths ini juga sangat membantu meningkatkan ilmu kemahiran para pelajar didalam bidang perkiraan (ilmu matematik) dengan lebih mencabar dan efektif secara online. Oleh itu, program e-learning ini memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu ICT kepada para pelajar pada masa kini.

Aktiviti

Pelajar diberikan penerangan tentang e-learning maths terlebih dahulu oleh petugas PEDi. Seterusnya, mereka akan menjawab soalan kuiz online matematik menggunakan laman web iaitu https://wordwall.net/en-gb/community/math-quiz. Oleh itu, banyak manfaat yang boleh didapati oleh para pelajar yang sering berkunjung di PEDi Kg Ranau.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk memberikan kemahiran dalam bidang bakeri dan kek selaras dengan keperluan para peserta yang ingin menjadi usahawan baharu dalam dunia perniagaan. Selain itu, kelas ini dapat melatih peserta sehingga mahir dalam menghasilkan pelbagai jenis kek yang boleh dikomesialkan. Oleh itu, PEDi juga boleh dijadikan one stop center dengan adanya kemudahan seperti ruangan untuk membuat kelas ataupun aktiviti serta perkhidmatan ICT.

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan sesi penerangan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan kek tersebut. Seterusnya, tenaga pengajar juga turut membimbing para peserta semasa kelas berlangsung di PEDi Kg Ranau. Kemudian, para peserta diarahkan untuk membuat kek dengan menggunakan bahan yang telah disediakan mengikut kreativiti masing-masing. Di samping itu, mereka juga boleh mendapatkan resipi yang dikongsi oleh tenaga pengajar. Hasil buatan kek mereka juga dipamerkan untuk sesi bergambar dan penilaian daripada petugas dan pengajar.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Cik Syahidatun menggunakan perkhidmatan komputer dan internet bagi tujuan menyiapkan tugasan kerja yang menggunakan internet bagi mengakses laman web. Selain itu, komuniti boleh menggunakan pelbagai jenis perkhidmatan yang ada di PEDi Kg Ranau seperti menjadikan PEDi sebagai one-stop center. Oleh hal yang demikian, aktiviti ini dapat memudahkan urusan komuniti untuk mendapatkan perkhidmatan ICT untuk membuat tugasan mereka.

Aktiviti

Cik Syahidatun membuat tugasan untuk memasukkan data dengan menggunakan laman web e-kasih secara atas talian. Di samping itu, petugas akan memastikan penggunaan komputer dan internet dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan dengan cepat dan mudah.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk menambah kemahiran para peserta dalam membuat kek sambil menarik minat mereka untuk terus aktif bersama PEDi dengan mengikuti pelbagai aktiviti yang diadakan. Selain itu, PEDi juga boleh dijadikan one stop center dengan adanya kemudahan seperti ruangan untuk membuat kelas ataupun aktiviti serta perkhidmatan ICT. 

Aktiviti

Para peserta diberikan penerangan mengenai resipi pembuatan kek yang mudah difahami. Tenaga pengajar juga turut membimbing para peserta semasa kelas berlangsung di PEDi Kg Ranau. Seterusnya, para peserta diarahkan untuk membuat kek dengan menggunakan bahan yang telah disediakan. Di samping itu, mereka juga boleh mendapatkan resipi yang dikongsi oleh tenaga pengajar.

Gambar Disini