Tarikh : 03 April 2023 Masa : 9.30Am - 11.30Am Lokasi : SK Ranau Kota Marudu Peserta : Terbuka |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan bagi memastikan para komuniti terutamanya golongan pelajar sentiasa peka dengan kempen Klik Dengan Bijak. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan bagi menguji minda dan pemahaman kalangan pelajar tentang tanggungjawab sebagai pengguna internet dan peka akan jenis-jenis jenayah siber yang ada pada zaman teknologi kini. Taklimat ini juga adalah untuk memberi kesedaran tentang jenayah siber yang semakin meningkat dan penggunaan internet dalam kalangan para pelajar. Dengan adanya program sebegini, para pelajar dapat dibimbing dengan lebih awal tentang kewujudan jenayah siber dan kesan buruk sekiranya menjadi mangsa serta para pelajar juga lebih berwaspada ketika melayari internet agar maklumat diri tidak diceroboh.
Aktiviti
Para pelajar diberikan taklimat secara terperinci tentang definisi penggunaan internet dan jenayah siber. Kemudian sesi tayangan video tentang jenayah siber juga diadakan untuk memastikan para pelajar lebih memahami. Selepas itu, aktiviti kuiz KDB turut dijalankan untuk mengetahui sejauh mana pemahaman para pelajar akan penggunaan internet dan jenayah siber yang kini semakin berleluasa. Secara keseluruhannya, program taklimat ini amat baik diadakan agar para pengguna internet terutama golongan pelajar lebih berhati-hati dalam melayari dunia alam siber.
Tarikh : 02 April 2023 Masa : 8.00Am - 1.00Pm Lokasi : Medan Marudu Mart Kota Marudu Peserta : Terbuka |
Tujuan
Program ini merupakan kerjasama strategik antara Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Jabatan Pembangunan Perindustrian Dan Penyelidikan Sabah (DIDR) yang bertujuan untuk meningkatkan aktiviti sosio-ekonomi melalui usahawan dan koperasi seterusnya penyatuan sosial dan masyarakat. Selain itu, pembukaan pusat produk IKS Mart ini juga dapat membantu lebih ramai usahawan yang bergerak secara kecil-kecilan dan mempunyai produk untuk dipasarkan di Kedai IKS Mart.
Aktiviti
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi iaitu YB Datuk Ewon Benedick. Sesi penyampaian Mock Cheque Program Bantuan DIDR kepada Koperasi Usahaniaga Kota Marudu Berhad dan Program Bantuan Pembangunan SKM kepada Koperasi Perikanan Jaya Diri Kudat Berhad. Seterusnya, jualan madani koperasi juga telah diadakan dengan potongan harga diskaun sebanyak 15% kepada barang-barang keperluan seperti beras, minyak, gula dan tepung. Disamping itu, produk usahawan tempatan juga ada dipasarkan di Kedai IKS Mart untuk membantu para usahawan dalam menjana pendapatan. Aktiviti saringan kesihatan turut dijalankan bagi memberi peluang kepada para pengunjung untuk membuat pemerikasaan kesihatan secara percuma dengan dikendalikan oleh Wellness Hub Tandek. Oleh itu, para usahawan kini lebih mudah untuk memasarkan produk mereka dengan adanya pusat produk IKS Mart.
Tarikh : 15 Mac 2023 Masa : 9.00Am - 12.00Pm Lokasi : PEDi Kg Tingkalanon Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Kelas gubahan bunga diy ini diadakan di PEDi Kg Tingkalanon dengan tenaga pengajar Puan Tina serta peserta yang terdiri dari golongan belia. Aktiviti ini bertujuan untuk mengetahui cara susunan bunga dengan bahan-bahan dekorasi yang akan digunakan untuk mencantikkan lagi hasil gubahan bunga. Selain itu, kelas ini juga boleh mendatangkan manfaat dari segi perniagaan dengan adanya teknik gubahan bunga yang boleh menjadi permintaan para pelanggan. Oleh itu, para belia mengambil peluang untuk mengikuti kelas gubahan bunga diy ini.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan pengenalan kepada bahan gubahan bunga, jenis pembalutan hand bouquet dan pengenalan kepada pembuatan ribbon bow dengan menggunakan kaedah manual. Seterusnya, tenaga pengajar juga membimbing para peserta dengan menerangkan teknik gubahan bunga yang mudah dan pembuatan sampel bunga kepada para peserta. Selain itu, para peserta juga berpeluang untuk menghasilkan satu gubahan bunga mengikut kreativiti masing-masing. Di samping itu, tenaga pengajar juga banyak berkongsi tips untuk memulakan perniagaan bunga dan cara menetapkan harga gubahan bunga.
Tarikh : 18 Mac 2023 Masa : 2.00Pm - 5.00Pm Lokasi : PEDi Kg Tandek Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam menghasilkan kek dengan dekorasi yang kreatif. Selain itu, peserta juga dapat mempelajari asas pembuatan kek dari tenaga pengajar Ira Cooks Km. Oleh itu, para peserta dapat menambah ilmu dalam mendekorasi kek mengikut kreativiti tersendiri dengan pelbagai hiasan yang boleh dihasilkan.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan sesi penerangan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan kek tersebut. Selain itu, para peserta juga akan dibimbing oleh tenaga pengajar semasa kelas berlangsung. Setelah mendekorasi kek yang telah disediakan, para peserta akan dinilai oleh tenaga pengajar hasil dekorasi mereka yang mengikut kreativiti tersendiri. Hasil buatan kek juga akan dipamerkan untuk sesi bergambar serta resipi yang telah dikongsikan boleh digunakan terus oleh para peserta.
Tarikh : 14 Mac 2023 Masa : 2.00Pm - 4.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Kelas Advokasi semak fakta ini adalah inisiatif keselamatan internet dalam mempromosikan penggunaan secara positif dalam kalangan pelajar sekolah dengan berdasarkan 3 teras iaitu, selamat, waspada dan tanggungjawab. Selain itu, aktiviti ini juga dapat memberikan kesedaran kepada para pelajar tentang fakta yang dikongsi perlulah disemak sebelum berkongsi dengan masyarakat setempat. Oleh itu, para pelajar yang mengikuti kelas ini dapat mengetahui cara untuk menyemak fakta sebelum berkongsi bersama kerana maklumat yang akan dikongsikan sangat penting dan boleh mempengaruhi masyarakat setempat.
Aktiviti
Aktiviti ini diadakan di PEDi Kg Ranau dengan peserta dalam kalangan pelajar sekolah. Petugas memberikan penerangan sedikit tentang cara untuk menilai maklumat dengan cara yang betul dan tepat iaitu dengan mengetahui sumber seterusnya memahami fakta tersebut serta menyelidik dan menilai fakta. Kemudian, para pelajar diarahkan untuk menonton video advokasi klik dengan bijak (semak fakta) dengan menggunakan laman youtube klik dengan bijak untuk memudahkan mereka lebih memahami tentang semak fakta yang perlu diketahui oleh setiap pengguna internet.