Tarikh : 12 April 2023 Masa : 9.00Am - 12.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 12 Peserta |
Tujuan
Kelas masakan viral yang diadakan di PEDi Kg Ranau bertujuan untuk berkongsi kemahiran bersama komuniti terutamanya golongan wanita yang ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Selain itu, aktiviti ini dapat membantu para peserta untuk mengetahui cara untuk membuat kuih tradisional yang semakin viral pada masa kini.
Aktiviti
Para peserta diberikan penerangan mengenai resepi kuih tradisional secara terperinci mengenai kelas tersebut. Seterusnya, para peserta juga diberikan resepi dan teknik untuk membuat kuih masakan viral. Tenaga pengajar juga terus memberikan latihan secara praktikal kepada para peserta dengan menyediakan bahan-bahan masakan.
Tarikh : 11 April 2023 Masa : 2.00Pm - 4.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 8 Peserta |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk menambah kemahiran para peserta dalam membuat kek sambil menarik minat mereka untuk terus aktif bersama PEDi dengan mengikuti pelbagai aktiviti yang diadakan. Selain itu, PEDi juga boleh dijadikan one stop center dengan adanya kemudahan seperti ruangan untuk membuat kelas ataupun aktiviti serta perkhidmatan ICT.
Aktiviti
Para peserta diberikan penerangan mengenai resepi pembuatan kek yang mudah difahami. Tenaga pengajar juga turut membimbing peserta semasa kelas berlangsung di PEDi Kg Ranau. Selain itu, para peserta diarahkan untuk membuat kek dengan menggunakan bahan yang telah pun disediakan. Tambahan pula, mereka juga boleh mendapatkan resepi yang dikongsi oleh tenaga pengajar.
Tarikh : 06 April 2023 Masa : 2.00Pm - 4.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 9 Peserta |
Tujuan
Aktiviti advokasi klik dengan bijak iaitu terlebih kongsi bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada komuniti khususnya pelajar sekolah. Melalui aktiviti ini, pelajar dapat mengetahui tentang lebih terperinci maksud terlebih kongsi dan kenapa berlakunya dalam kalangan pengguna alam siber, risiko yang akan berlaku sekiranya pengguna terlebih kongsi.
Aktiviti
Petugas terlebih dahulu memberikan penerangan kepada para pelajar tentang terlebih kongsi dan apa yang tidak perlu dikongsi oleh pengguna internet. Selain itu, para pelajar juga telah menonton video KDB (terlebih kongsi) agar lebih memahami tentang risiko terlebih kongsi dan contoh yang sering dilakukan oleh pengguna internet. Di samping itu, para pelajar juga telah mengikuti kuiz kdb terlebih kongsi diman untuk menguji tahap kefahaman mereka.
Tarikh : 10 April 2023 Masa : 2.00Pm - 4.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 4 Peserta |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini dijalankan untuk memberi pendedahan pendidikan secara online kepada para pelajar sekolah rendah. Selain itu, e-learning dapat meningkatkan ilmu kemahiran dan penguasaan dalam penggunaan peribahasa dan pendidikan muzik dikalangan para pelajar sekolah rendah. Di samping itu, tujuan kuiz online ini diadakan bagi menggalakan para pelajar yang merupakan ahli PEDi Kg Ranau untuk terus aktif menggunakan perkhidmatan komputer dan internet serta mengisi masa terluang dengan perkara yang mendatangkan manfaat.
Aktiviti
Para pelajar diberikan penerangan tentang e-learning peribahasa dan juga pendidikan muzik terlebih dahulu. Seterusnya, petugas akan memberikan laman web yang akan digunakan untuk pembelajaran secara atas talian. Secara keseluruhannya, aktiviti sebegini amat baik kepada pelajar kerana dapat mendedahkan mereka dengan sistem pembelajaran secara atas talian yang menyeronokkan dan boleh menarik minat mereka untuk lebih fokus kepada subjek-subjek pembelajaran yang lebih mencabar minda pada masa kini.
Tarikh : 05 April 2023 Masa : 2.00Pm - 4.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 9 Peserta |
Tujuan
Kelas ICT Microsoft Word Level 1 bersama pelajar sekolah rendah ini dijalankan bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran mengenai Microsoft Office Word 2021. Selain itu, objektif kelas ini juga dapat memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini khususnya bagi pelajar yang menggunakan komputer untuk menyiapkan tugasan kertas kerja.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan sesi penerangan mengenai komponen Microsoft Word serta fungsi yang terdapat di dalam Ms Word 2021. Selain itu, petugas menyediakan nota latihan dan mengajar peserta akan setiap fungsi komponen-komponen yang terdapat dalam Ms Word 2021. Secara keseluruhannya, para peserta dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka dengan adanya kelas seperti ini. Sepanjang kelas ini berlangsung, para pelajar dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang Ms Word 2021 yang membantu para pelajar khususnya di peringkat sekolah rendah dalam penggunaan ICT.