Tujuan

Membimbing Usahawan PEDi dalam mengemaskini kedai dalam shopee dan memasarkan di akaun media sosial. Puan Nuriza hadir ke PEDi untuk mendapatkan bantuan daripada petugas berkenaan kedai Shopee beliau dan bertujuan ingin menjana pendapatan daripada platform e-commerce Shopee tersebut sebagai salah satu cara untuk meluaskan perniagaan ke seluruh tempat. Kelas bimbingan ini bertujuan agar para usahawan PEDi yang dibimbing mendapat ilmu dan bantuan secara berterusan daripada PEDi sebagai ELC ( Entrepreneuship Learning Centre) Secara percuma sebagai ahli PEDi. 

Aktiviti

Petugas membantu memberi tunjuk ajar secara terperinci berkenaan cara menambah produk jualan di dalam kedai Shopee dan seterusnya shopee marketing centre. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Program Keusahawanan yang dianjurkan oleh Puan Salmie Salai merupakan ahli Usahawan PEDi Kg Ranau sejak tahun 2018 dalam pembuatan kerepek berasaskan Ubi Kayu. Bertujuan untuk berkongsikan kemahiran keusahawanan tersebut kepada golongan wanita, pengusaha, suri rumah dan lain-lain agar dapat mempelajari kemahiran asas kerepek tersebut yang mana masih kurang diusahakan atau dijual di sekitar Kota marudu. Bertujuan berkongsikan hebahan kebaikan menjadi usahawan bimbingan dibawah PEDi sebagai Usahawan digital dan Menjadikan PEDi Kg Ranau sebagai Entreprenuship Learning Centre.

Aktiviti

Aktiviti dimulai dengan memperkenalkan asas-asas bahan yang diperlukan untuk menghasilkan kerepek dan demo secara praktikal kepada peserta kelas. Para peserta diwajibkan untuk membuat hasil kerepek sendiri sebagai hasil daripada mengikuti kelas tersebut agar betul-betul dapat membuat kerepek sebagai salah satu produk jualan untuk menjana pendapatan sendiri di rumah dan meluaskan perniagaan tersebut ke seluruh tempat. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk menambah kemahiran para peserta dalam membuat kek sambil menarik minat mereka untuk terus aktif bersama PEDi dengan mengikuti pelbagai aktiviti yang diadakan. Selain itu, PEDi juga boleh dijadikan one stop center dengan adanya kemudahan seperti ruangan untuk membuat kelas ataupun aktiviti serta perkhidmatan ICT. Oleh itu, para peserta boleh mendapatkan peluang untuk meningkatkan produk perniagaan mereka dengan menghasilkan kek mengikut kreativiti masing-masing.

Aktiviti

Para peserta diberikan penerangan mengenai resipi pembuatan kek yang mudah difahami. Tenaga pengajar juga turut membimbing para peserta semasa kelas berlangsung di PEDi Kg Tandek. Seterusnya, para peserta diarahkan untuk membuat kek dengan menggunakan bahan yang telah disediakan. Di samping itu, mereka juga boleh mendapatkan resipi yang dikongsi oleh tenaga pengajar.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam menyunting poster dengan menggunakan aplikasi canva secara percuma. Selain itu, peserta juga dapat mempelajari asas penggunaan aplikasi ini bagi menghasilkan poster yang menarik dengan mengikuti kreativiti tersendiri. Oleh itu, mereka juga boleh memanfaatkan kelas ICT yang diadakan di PEDi Kg Ranau untuk kegunaan di masa hadapan.

Aktiviti

Kelas ini diadakan di PEDi Kg Ranau dengan sesi penerangan kepada peserta iaitu cara yang lebih mudah untuk menyunting poster mereka. Seterusnya, petugas juga turut memberikan contoh template yang boleh digunakan oleh peserta secara percuma. Aktiviti ini juga dapat memberikan pengetahuan asas kepada peserta dalam menyunting poster dan imej dengan menggunakan aplikasi canva. Sepanjang aktiviti ini berlangsung, petugas akan memastikan peserta dapat menghasilkan satu poster yang menarik. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Latihan Keusahawanan ini diadakan untuk membimbing para usahawan yang ingin meningkatkan lagi kemahiran perniagaan mereka dengan menggunakan aplikasi shopee affiliate dan teknik copywriting. Selain daripada itu, petugas juga memberikan penerangan tentang teknik copywriting yang perlu dipelajari oleh para peserta selain mengakses shopee affiliate untuk tujuan pemasaran produk mereka. Justeru, latihan keusahawanan ini dapat membantu para peserta dengan lebih yakin untuk membina kedai secara atas talian.

Aktiviti

Para usahawan diberikan sedikit penerangan mengenai cara menggunakan shopee affiliate dan teknik copywriting dengan betul. Seterusnya, usahawan juga  diberikan tugasan untuk membuat shopee affiliate masing-massing dan mencuba teknik copywriting untuk mempromosikan produk mereka. Para usawahan juga dibimbing secara praktikal oleh petugas dan sesi soal jawab juga diadakan untuk memastikan para usahawan lebih memahami objektif latihan keusahwanan ini.

Gambar Disini