Tujuan

Tujuan belajar STEM melalui engineering games di engineering.com yang melibatkan sistem dinamik adalah untuk menggalakkan pemahaman mendalam tentang konsep sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik secara interaktif. Aktiviti ini membantu pelajar mengaplikasikan teori dalam situasi praktikal, mengasah kemahiran penyelesaian masalah dan pemikiran kritis. Selain itu, ia juga membina minat terhadap bidang kejuruteraan dan menginspirasi pelajar untuk meneroka kerjaya dalam bidang STEM di masa hadapan.

Aktiviti

Petugas akan memfokuskan kepada pembelajaran STEM melalui permainan Dynamic System di laman web engineering.com, di mana pelajar akan diperkenalkan kepada konsep asas dinamik dan sistem mekanikal. Petugas NADI akan menerangkan prinsip-prinsip seperti gerakan, daya, dan keseimbangan yang terdapat dalam permainan tersebut. Pelajar kemudian akan diberi peluang untuk bermain dan bereksperimen dengan sistem dinamik, menguji bagaimana perubahan parameter tertentu mempengaruhi hasilnya. 

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas logo stiker ini diadakan di NADI Kg Ranau bersama usahawan baru yang ingin mencipta logo tersendiri. Selain itu, latihan keusahawanan merupakan satu usaha untuk membantu para peserta menjana pendapatan menerusi platform digital dimana mereka akan mempelajari teknik-teknik asas perniagaan secara online. Banyak manfaat yang dapat dipelajari daripada kelas keusahawanan PEDi.

Aktiviti

Aktiviti membuat logo/stiker ini dilakukan secara teori dan praktikal iaitu dengan menggunakan perisian microsoft word dan canva daripada petugas NADI Kg Ranau. Peserta juga akan diajar secara asas bagaimana hendak mencipta sebuah stiker dalam bidang usahawan.Stiker berkait rapat dengan jenama tersendiri yang memboleh perniagaan mereka dikenali di pasaran. Sepanjang kelas berlangsung, petugas akan memastikan peserta dapat menyiapkan stiker/logo dengan kreativiti tersendiri.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ini membantu para pelajar SK Langkon dalam memahami konsep dasar kecerdasan buatan (AI), termasuk jenis-jenisnya, bagaimana AI berfungsi, dan bagaimana ia dapat diterapkan dalam konteks pembelajaran. Aplikasi ChatGPT dan Canva diajar sepanjang kelas ini. Contohnya, penggunaan AI dalam analisis data dan pengambilan keputusan boleh membantu meningkatkan keberkesanan operasi pembelajaran. Selain itu, aktiviti ini dapat menyampaikan pemahaman yang mendalam mengenai pentingnya kesedaran dalam menggunakan internet secara beretika dan efektif.

Aktiviti

Aktiviti dijalankan dengan menggunakan Aplikasi ChatGPT dan canva. Petugas kluster NADI Kota Marudu telah dibahagi duam kumpulan untuk memberi penerangan cara-cara menggunakan aplikasi ini. Sesi praktikal turut dibuat supaya para peserta dapat memahami asas teknologi kecerdasan buatan (AI) dan bagaimana ia boleh digunakan dalam konteks pembelajaran. Ini termasuk konsep-konsep seperti pembelajaran mesin, pengaturcaraan dan teknik pengoptimuman.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam membuat poster (bendera) atau dengan menggunakan aplikasi canva secara percuma. Selain itu, peserta juga dapat mempelajari asas penggunaan aplikasi ini bagi menghasilkan poster dan membuat sajak menggunakan canva  yang menarik dengan mengikuti kreativiti tersendiri. 

Aktiviti

Kelas ini dimulakan dengan sesi penerangan kepada peserta iaitu cara yang lebih mudah untuk menyunting poster  kemerdekaan mereka. Selain itu, petugas juga turut memberikan contoh template yang boleh digunakan oleh peserta secara percuma. Aktiviti ini juga dapat memberikan pengetahuan asas kepada peserta dalam menyunting poster kemerdekaan dengan menggunakan aplikasi canva. 

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Latihan keusahawanan ini bertujuan untuk memberi latihan dan kemahiran kepada usahawan yang mempunyai perniagaan sendiri. Kelas keusahawanan labeling produk ini juga bertujuan untuk mengajar usahawan cara-cara membuat stiker atau logo perniagaan untuk kegunaan produk mereka.Selain itu,Petugas memberi taklimat dan mengajar usahawan untuk menghasilkan logo perniagaan dengan menggunakan canva. Di samping itu, para komuniti dapat mengaplikasikan kemahiran yang mereka pelajari dalam menghasilkan sebuah grafik atau imej yang menarik bagi hasil kerja mereka dengan lebih kreatif.

Aktiviti

Kelas ini dijalankan di NADI Kg Ranau dan dimulaikan dengan sesi pengenalan latihan keusahawanan stiker/logo labeling produk menggunakan canva daripada petugas NADI. Selain itu, penghasilan stiker ini juga merupakan platform maklumat tentang produk tersebut. Dengan adanya, stiker/logo label pelanggan dapat mengetahui maklumat perniagaan terutamanya bagi perniagaan produk makanan dan minuman. Selain Itu, Ianya dapat meningkatkan kualiti produk usahawan.

Gambar Disini