Tujuan

Aktiviti pertandingan kuiz Kemerdekaan secara dalam talian yang dianjurkan oleh Perpustakaan Negara dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar dan sebagai satu didikan kepada generasi baharu agar menghargai pengorbanan dan perjuangan generasi dahulu serta berusaha mempertahankan tanah air dari cengkaman penjajah. Pertandingan ini dianjurkan secara dalam talian (Terbuka) kepada komuniti setempat. Ahli NADI Kg Ranau tidak ketinggalan menyertai pertandingan ini. 

Aktiviti

Para peserta diberikan penerangan tentang pertandingan ini. Peserta akan memasukkan email dan nombor telefon dalam menyertai pertandingan kuiz kemerdekaan ini. Sepanjang aktiviti ini, para peserta sangat komited menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan Kemerdekaan. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan pendidikan bahasa english kepada ahli NADI. Program e-learning bahasa English ini sangat membantu meningkatkan ilmu kemahiran para pelajar didalam penggunaan bahasa English yang mana merupakan bahasa yang harus dipelajari pada masa kini terutama di kalangan pelajar sekolah rendah. Program e-learning ini juga memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu ICT kepada para pelajar pada masa kini. Disamping itu, tujuan program ini diadakan adalah agar para pelajar NADI Kg Ranau memanfaatkan keahlian mereka dengan baik dan berguna. Program ini juga bertujuan untuk mendekatkan ahli NADI Kg Ranau. 

 Aktiviti

Para pelajar diberi penerangan tentang e-learning bahasa English terlebih dahulu oleh petugas NADI. Kemudian mereka akan belajar menggunakan laman web tersebut iaitu http://www.funenglishgames.com dan menerokai dengan lebih terperinci permainan bahasa inggeris yang ada terdapat didalam laman web tersebut. Secara keseluruhannya, program sebegini amat baik kepada pelajar kerana dapat mendedahkan mereka dengan sistem pembelajaran secara online yang amat menyeronokkan dan boleh menarik minat mereka untuk lebih fokus kepada subjek-subjek pembelajaran yang lebih mencabar minda pada masa kini. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk mengembangkan daya fikiran dan kecerdasan otak pelajar dalam penyelesaian masalah dan meningkatkan kreativiti pelajar untuk meyelesaikan masalah seperti permainan puzzle. Petugas menggunakan Puzzle khas untuk diberikan kepada pelajar. 

Aktiviti

Petugas memberi arahan kepada pelajar untuk menyelesaikan puzzle yang telah diberikan. Sepanjang aktiviti ini dilaksanakan, para pelajar sangat komited dan fokus untuk menyelesaikan puzzle tersebut. Selain itu, aktiviti ini dapat menjadikan NADI Kg Ranau sebagai one stop center pelajar untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan. 

Gambar Disini


 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ICT ini diteruskan dengan pembelajaran mengenai Microsoft Office Excel. Pembelajaran kali ini bertujuan untuk memberi pengenalan asas microsoft office excel dengan menerokai komponen-komponen di dalam Microsoft excel. Pelajar juga akan dapat mengetahui lebih mendalam mengenai setiap fungi-fungsi di dalam Microsoft excel. Disamping itu juga, kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar sekolah rendah tentang asas pengiraan dengan menggunakan Microsoft excel sekaligus membantu dan membimbing mereka untuk membuat kerja-kerja harian /pejabat atau tugasan pada masa akan datang.

 Aktiviti

Para peserta terlebih dahulu di beri pengenalan mengenai asas Microsoft Office Excel secara teori. Mereka perlu memahami dan mengetahui setiap komponen-komponen di dalam Microsoft excel sebelum membuat kerja dengan menggunakan Microsoft excel. Disamping itu juga, para peserta di dedahkan mengenai asas pengiraan dengan menggunakan formula atau rumus di dalam Microsoft excel. Selepas mempelajari secara teori mengenai asas Microsoft excel, mereka telah belajar cara  untuk membuat jadual pengiraan dengan mengaplikasikan cara-cara mengira dengan menggunakan formula atau rumus di dalam Microsoft excel secara automatik tanpa mengira sendiri.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini dilakukan bertujuan Penekanan ilmu penyelesaian masalah dengan menggunakan aplikasi engineering.com dalam pendidikan hari ini dilihat penting dalam usaha memupuk minat dan menggalakkan pelajar-pelajar menerokai bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik secara lebih menyeluruh. Memupuk budaya yang menghargai STEM pada peringkat awal usia adalah penting untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan STEM dalam masyarakat. Selain itu, kelas ini bertujuan untuk melahirkan pelajar dengan literasi yang tinggi terhadap STEM yang mana ditentukan melalui keupayaan untuk mengenal pasti dan mengintegrasikan konsep sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik untuk memahami masalah yang kompleks dan membuat inovasi untuk menyelesaikan masalah

Aktiviti

Petugas terlebih dahulu memberikan penerangan mengenai skop atau definisi STEM secara umum kepada pelajar kemudian para pelajar perlu mempelajari beberapa projek mini inovasi STEM yang terdapat pada laman youtube. Seterusnya, mereka perlu menyelesaikan games dalam aplikasi stem engineering.com dengan mengunakan daya pemikiran dan fokus. Setiap pelajar menunjukkan komitmen yang baik dalam menjayakan projek STEM. Sepanjang kelas berlansung pelajar sangat memberi perhatian dan teliti dalam melakukan tugasan mereka. 

Gambar Disini