Tujuan

Kelas ICT asas pengenalan komputer bertujuan untuk memperkenalkan tentang komputer kepada peserta yang merupakan pelajar sekolah rendah. Selain itu, kelas ini dapat mendedahkan mengenai kepentingan penggunaan komputer pada masa kini khususnya bagi pelajar sekolah. Di samping itu, kelas ini boleh meningkatkan lagi kemahiran ICT para pelajar dengan mengetahui dengan lebih jelas tentang penggunaan komputer.

Aktiviti

Para peserta diberikan penerangan mengenai asas pengenalan komputer secara terperinci serta pengenalan kepada komponen yang ada dalam komputer. Aktiviti ini juga dapat membantu para pelajar yang tidak mempunyai asas berkenaan komputer.

Gambar Disini

Pengukuhan Pendidikan STEM dalam kalangan murid-murid sekolah. Aktiviti ini menggunakan laman web Engineering.com sebagai aktiviti secara atas talian dan bertujuan melahirkan murid yang berkebolehan mereka cipta, berfikiran secara logik, menggunakan teknologi, menyelesaikan masalah dan mencipta idea atau sesuatu yang baharu melalui pembelajaran bersepadu merangkumi STEM yang mengaplikasikan konteks dunia sebenar.

Aktiviti

Petugas NADI memberi penerangan kepada pelajar maksud STEM iaitu singkatan kepada bidang Science (S), Technology (T), Engineering (E), Mathemathics (M). Petugas menerangkan aktiviti STEM yang akan dibuat itu sebuah permainan minda yang memerlukan pelajar untuk berfikir bagaimana untuk membina jambatan yang kukuh agar dapat dilalui oleh watak dalam permainan tersebut. Petugas juga menunjukan demo kepada pelajar cara-cara untuk bermain permainan tersebut. Diharapkan aktiviti seperti ini dapat mengembangkan upaya berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar.

Gambar Disini

Kelas ini bertujuan untuk mengajar peserta untuk meningkatkan cara-cara penulisan yang baik. kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang teknik membuat penulisan seperti surat, resume atau cara-cara membuat copywriting. Kelas ini akan memberikan pendedahan cara-cara meningkatkan teknik penulisan dan isi-isi penting yang perlu ada dalam penulisan menggunakan MS Word.

Aktiviti

Petugas NADI menerangkan teknik penulisan yang baik kepada peserta. Petugas NADI juga menjelaskan kepentingan mempelajari teknik penulisan semasa berada dalam alam pekerjaan dan petugas membantu peserta mengenal pasti kemahiran-kemahiran yang ada pada peserta yang boleh diselitkan dalam dokumen. Diharapkan kelas ini dapat membantu peserta untuk membina penulisan  sendiri untuk kegunaan di masa akan datang.

Gambar Disini

Aktiviti

Latihan Keusahawanan ini diadakan secara bersemuka dengan seorang usahawan yang hadir untuk mengikuti latihan keusahawanan ini. Petugas memulakan sesi penerangan asas untuk membuat Facebook Page dan membincangkan bagaimana untuk memulakan perniagaan dengan menggunakan akaun Facebook Page atau secara dalam talian.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas Soft Skill membuat resume bertujuan untuk memberikan kemahiran untuk  pelajar universiti dalam menempuhi fasa mencari kerja di masa hadapan. Pelajar juga dapat mengetahui cara-cara membuat resume yang dapat meyakinkan majikan agar layak untuk ditemuduga kelak.

Aktiviti

Petugas memberikan penerangan secara teori mengenai maksud resume, kebaikan dan kelebihan resume kepada pelajar. Petugas mengajar pelajar cara membuat resume yang efektif dan sesuai dengan format untuk memohon kerja kepada syarikat. Petugas juga membantu pelajar untuk mencari kemahiran, kualifisaki dan pengalaman bekerja yang boleh digunakan dalam resume. Selain itu, para pelajar di ajar untuk menggunakan bahasa dan teknik tulisan dalam membuat resume.

Gambar Disini