Tarikh : 08 Disember 2022 Masa : 9.00Am - 11.00Am Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Kelas ICT kelebihan dan kekurangan komputer ini diadakan untuk membantu meningkatkan pengetahuan ICT dalam kalangan pelajar sekolah rendah Tahap 2. Selain itu, para pelajar juga dapat mempelajari tentang penggunaan komputer serta mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kelebihan dan kekurangan komputer dalam kalangan pelajar. Oleh itu, komputer adalah sumber yang penting untuk memudahkan tugasan para pelajar dalam pembelajaran mereka.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan di PEDi Kg Ranau dengan para pelajar sekolah rendah Tahap 2. Seterusnya, petugas juga telah memberikan penerangan kepada para pelajar mengenai kelebihan dan kekurangan komputer yang perlu mereka ketahui. Di samping itu, petugas juga mengadakan sesi perkongsian idea mengenai topik yang dipelajari oleh pelajar.
Tarikh : 03 Disember 2022 Masa : 9.00Am - 12.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Bengkel rancangan perniagaan ini dijalankan di PEDi Kg Ranau yang telah dikendalikan oleh usahawan PEDi iaitu En. Ardhani yang merupakan pengasas Zhas Studio. Bengkel ini juga bertujuan untuk membantu para usahawan yang ingin mempertingkatkan kefahaman mereka tentang perniagaan yang sedang diceburi. Selain itu, usahawan juga boleh mempelajari mengenai cara penyediaan rancangan perniagaan dengan cara yang betul. Oleh itu, En Ardhani bersama usahawan yang lain saling membantu untuk melihat potensi perjalanan perniagaan yang sedang dijalankan bagi meningkatkan hasil yang baik.
Aktiviti
Aktiviti ini diadakan di PEDi Kg Ranau dan petugas juga telah membantu untuk menyediakan kemudahan seperti komputer dan penggunaan internet yang membolehkan bengkel ini berlangsung. Seterusnya, En Ardhani menerangkan tentang rancangan perniagaan yang perlu diketahui oleh setiap usahawan untuk meningkatkan lagi perniagaan mereka.
Tarikh : 23 November 2022 Masa : 2.00Pm- 4.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 7 Orang |
Tujuan
Meraih sambutan hari kanak-kanak sedunia 2022. Mendekatkan PEDi Kg Ranau dengan ahli PEDi (Pelajar Sekolah) dengan aktiviti PEDi.Bertujuan memberi pendedahan dengan penggunaan ICT dan kesedaran kepentingan komputer pada masa kini kepada masyarakat luar bandar. Serta menguji kreativiti pelajar dan aktiviti pembelajaran yang lebih menarik dan seronok secara digital dan praktikal bersama PEDi Kg Ranau.
Aktiviti
Para pelajar didedahkan dengan aktiviti menarik dengan menggunakan medium youtube ( Fun Learning Activity with youtube) iaitu menghasilkan sebuah kraftangan DIY menggunakan kertas.
Tarikh : 14 November 2022 Masa : 10.00Am- 11.30Am Lokasi : Aplikasi Zoom Meeting Peserta : Terbuka |
Tujuan
PEDi Kg Ranau telah mengikuti jemputan untuk Program Klik Dengan Bijak yang bertajuk Peranan Inisiatif Klik Dengan Bijak (KDB) Dalam Memperkasa Komuniti Terhubung yang disampaikan oleh Moderator Pn. Saidatul Ashikin daripada MCMC dan melibatkan dua ahli panel antaranya Pn Hashimah daripada pihak MCMC, Dr Mohd Roslan Rosnon dan Profesor Sarjit Singh dari Universiti Putra Malaysia.
Aktiviti
Program ini berlangsung secara atas talian melalui pautan zoom meeting. Antara topik yang dibincangkan oleh para panel adalah, isu yang berkaitan dengan kesedaran, kecekapan, celik huruf dan keselamatan dalam talian. Selain itu, Panel juga ada mengulas mengenai peranan, impak dan keberkesanan KDB kepada komuniti. Akhir sekali, sesi soal jawab juga diadakan untuk memberi peluang kepada komuniti bertanyakan tentang program kdb mengenai peranan inisiatif dalam memperkasa komuniti terhubung serta penambahbaikan pada masa akan datang.
Tarikh : 20 November 2022 Masa : 4.00Pm- 5.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Mendekatkan PEDi Kg Ranau dengan ahli PEDi dengan asas kemudahan yang ada seperti Komputer untuk melakukan kerja-kerja menaip di MS Word 2021. Bertujuan memberi pendedahan dengan penggunaan ICT dan kesedaran kepentingan komputer pada masa kini kepada masyarakat luar bandar.
Aktiviti
Ahli PEDi Kg Ranau menggunakan kemudahan komputer yang disediakan kepada komuniti setempat. Encik Dato Anwar menggunakan Microsoft Office word 2021 bagi tujuan menaip memo aktiviti. Petugas sentiasa memberi bimbingan.