Tarikh : 12 Disember 2022 Masa : 2.30Pm - 4.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi peluang kepada ibu bapa bagi mengikuti aktiviti yang diadakan di PEDi Kg Ranau. Selain itu, aktiviti ini juga dapat menarik minat ibu bapa dalam menggunakan komputer dan internet dengan mengambil bahagian dalam program yang dianjurkan seperti pertandingan mewarna secara digital. Di samping itu, ibu bapa juga dapat mempelajari bagaimana menggunakan komputer serta menguasai penggunaan komputer dengan aktiviti mewarna secara digital.
Aktiviti
Aktiviti ini diadakan di PEDi Kg Ranau dengan menggunakan laman web https://www.mombooks.com/dp-online-activity/mandala-colouring/?imprint=1. Petugas terlebih dahulu memberikan penerangan kepada ibu bapa tentang cara-cara menggunakan laman web ini. Seterusnya, para ibu bapa diberikan masa untuk mewarna secara digital berdasarkan lukisan yang telah disediakan. Melalui aktiviti ini, ibu bapa dapat mengisi masa lapang mereka dan meningkatkan kemahiran penggunaan komputer untuk kegunaan pada masa kini.
Tarikh : 12 Disember 2022 Masa : 9.30Am - 10.30Am Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Latihan Keusahawanan ini bertujuan untuk memberi kemahiran keusahawanan tempatan yang ingin memulakan perniagaan di platform tiktok shop. Selain itu, ia juga dapat memberi latihan asas keusahawanan agar mahir dalam pemasaran digital iaitu atas talian. Seterusnya, membimbing para usahawan PEDi Kg Ranau dalam meluaskan perniagaan dan meningkatkan peningkatan jualan melalui pelbagai platform digital seperti tiktok shop yang kini menjadi pilihan para peniaga dan pelanggan.
Aktiviti
Usahawan telah dibantu oleh Rakan Digital untuk membuat tiktok shop affiliate dengan penerangan mengenai cara untuk mendaftar dengan menggunakan akaun tiktok usahawan itu. Selain itu, tiktok shop affiliate yang digunakan oleh usahawan ini juga dapat membantu untuk mempromosikan lagi jualan mereka dan lebih memudahkan mereka untuk berkomunikasi dengan pelanggan.
Tarikh : 10 Disember 2022 Masa : 10.00Am - 12.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Kelas Animasi ini bertujuan untuk memberikan kemahiran membuat animasi dengan menggunakan Ms Power Point kepada para pelajar sekolah dan memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini. Selain itu, kelas ini juga adalah untuk membimbing dan membantu para pelajar untuk menerokai jenis-jenis pergerakan animasi Ms Power Point yang terkini untuk kegunaan tugasan mereka.
Aktiviti
Petugas PEDi Kg Ranau terlebih dahulu memberikan penerangan mengenai fungsi animasi dalam Ms Power Point agar pelajar dapat mengenali dan mengetahui setiap komponen yang terdapat didalam Ms Power Point. Selain daripada itu, pelajar juga diberikan video contoh cara untuk menghasilkan animasi dengan cepat dan memudahkan mereka sepanjang pembelajaran berlangsung. Di samping itu, para pelajar juga dapat mempelajari cara untuk menghasilkan slide pembentangan yang menarik dengan menggunakan komponen animasi yang terdapat dalam Ms Power Point.
Tarikh : 11 Disember 2022 Masa : 2.00Pm - 4.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Kelas Advokasi semak fakta ini adalah inisiatif keselamatan internet dalam mempromosikan penggunaan secara positif dalam kalangan pelajar sekolah dengan berdasarkan 3 teras iaitu, selamat, waspada dan tanggungjawab. Selain itu, aktiviti ini juga dapat memberikan kesedaran kepada para pelajar tentang fakta yang dikongsi perlulah disemak sebelum berkongsi dengan masyarakat setempat. Oleh itu, para pelajar yang mengikuti kelas ini dapat mengetahui cara untuk menyemak fakta sebelum dikongsi bersama kerana maklumat yang akan dikongsikan sangat penting dan boleh mempengaruhi masyarakat setempat.
Aktiviti
Aktiviti ini diadakan di PEDi Kg Ranau dengan peserta dalam kalangan pelajar sekolah. Petugas juga memberikan penerangan kepada peserta tentang cara untuk menilai maklumat dengan cara yang betul dan tepat iaitu dengan mengetahui sumber seterusnya memahami fakta tersebut serta menyelidik dan menilai fakta yang ingin dikongsi. Seterusnya, aktiviti kuiz juga dijalankan untuk menguji tahap kefahaman para pelajar mengenai advokasi kdb semak fakta. Oleh itu, pelajar juga dapat menambah pengetahuan tentang sesuatu maklumat dan kesahihan fakta tersebut.
Tarikh : 09 Disember 2022 Masa : 2.00Pm - 4.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini dijalankan bagi tujuan menguji minda para pelajar dengan satu permainan iaitu puzzle yang mencabar serta menarik perhatian mereka untuk melakukan aktiviti yang menjana minda. Selain itu, aktiviti ini diadakan untuk mengisi masa lapang pelajar dengan perkara yang bermanfaat. Peserta yang mengikuti aktiviti ini merupakan ahli PEDi Kg Ranau.
Aktiviti
Aktiviti ini menggunakan laman web www.jigsawsplanet.com. Seterusnya, petugas juga memberikan penerangan kepada peserta tentang cara-cara menggunakan laman web ini. Aktiviti permainan puzzle ini juga dapat menguji ketangkasan para pelajar dalam menyelesaikan tugasan yang melibatkan komputer.