Tarikh : 11 November 2022 Masa : 2.30Pm - 4.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti e-learning bahasa melayu tahun 6 dan tahun 4 ini dijalankan untuk membantu meningkatkan ilmu kemahiran dan penguasaan penggunaan imbuhan dalam bahasa melayu dikalangan para pelajar sekolah rendah. Di samping itu, tujuan kuiz online ini diadakan bagi menggalakan para pelajar yang merupakan ahli PEDi Kg Ranau untuk terus aktif menggunakan perkhidmatan komputer dan internet serta mengisi masa terluang mereka dengan perkara yang mendatang manfaat.
Aktiviti
Para pelajar diberikan penerangan tentang e-learning bahasa melayu terlebih dahulu oleh petugas PEDi Kg Ranau. Seterusnya, para pelajar akan menggunakan laman web https://wordwall.net/ms-my/community/tahun-6/bahasa-melayu untuk menjawab kuiz online bahasa melayu mengikut kategori msaing-masing. Secara keseluruhannya, aktiviti sebegini amat baik kepada pelajar kerana dapat mendedahkan mereka dengan sistem pembelajaran secara online yang amat menyeronokkan dan boleh menarik minat mereka untuk lebih fokus kepada subjek-subjek pembelajaran yang lebih mencabar minda pada masa kini.
Tarikh : 07 November 2022 Masa : 2.30Pm - 3.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Kelas keusahawanan iaitu stiker labeling produk bertujuan untuk meningkatkan penambahbaikan dalam perniagaan yang dijalankan oleh para usahawan. Latihan keusahawanan ini juga dapat membantu usahawan untuk mencipta stiker labeling bagi produk mereka untuk meningkatkan kualiti pembungkusan produk. Oleh itu, kelas ini juga dapat menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital dalam kalangan para usahawan mikro perusahaan kecil dan sederhana.
Aktiviti
Kelas ini dijalankan di PEDi Kg Ranau dengan menggunakan microsoft Word. Petugas memberikan penerangan tentang cara untuk menghasilkan labeling stiker dengan hanya menggunakan Microsoft Word. Penghasilan stiker ini merupakan platform maklumat tentang produk tersebut. Dengan adanya stiker label, pelanggan dapat mengetahui tentang maklumat produk seperti produk makanan dan minuman yang menunjukkan bahan ramuan dalam proses penghasilan produk tersebut. Petugas juga memastikan, para usahawan dapat menghasilkan stiker labeling untuk setiap produk yang dipasarkan.
Tarikh : 05 November 2022 Masa : 2.00Pm - 4.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Pelajar sekolah rendah telah menggunakan perkhidmatan perisian komputer seperti Ms Word dan Google untuk menyelesaikan tugasan mereka. Selain itu, mereka juga merupakan ahli PEDi Kg Ranau yang sentiasa menggunakan pekhidmatan komputer seperti penggunaan internet. Aktiviti ini juga dapat mencapai objektif penubuhan PEDi yang memberi fokus kepada perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
Aktiviti
Para pelajar menggunakan perkhidmatan komputer untuk mengakses laman web http://dcs.moe.edu.my yang diberikan oleh guru sekolah mereka. Seterusnya, pelajar sekolah rendah juga menggunakan internet untuk mencari maklumat mengenai kerja sekolah. Di samping itu, petugas juga telah membantu dari segi penyediaan komputer dan memberikan sedikit tunjuk ajar tentang penggunaan komputer kepada para pelajar sekolah rendah.
Tarikh : 06 November 2022 Masa : 2.30Pm - 4.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Advokasi klik dengan bijak iaitu e-mobile waste bertujuan untuk menggalakkan orang ramai melupuskan secara selamat dan mengitar semula peranti mudah alih (smartphone) yang telah tamat tempoh hayatnya atau tidak digunakan atau yang tidak diperlukan lagi bagi memupuk 3R (Reduce, Reuse and Recycling). Selain itu, advokasi ini juga dapat memberi pengetahuan secara umum kepada para peserta khususnya pelajar sekolah. Oleh itu, kempen e-mobile waste ini penting bagi mewujudkan kesedaran dalam diri masing-masing tentang tanggungjawab dalam melupuskan peranti mudah alih secara betul dan selamat.
Aktiviti
Melalui aktiviti ini, para pelajar dapat mengetahui tentang e-mobile waste dan kotak pengumpulan e-sisa mudah alih. Para pelajar juga boleh melupuskan peranti mudah alih seperti telefon bimbit, telefon pintar dan tablet di sebuah kotak melupuskan telefon pintar atau tablet disetiap lokasi pengumpulan e-sisa mudah alih. Di samping itu, e-sisa mudah alih ini mengadaptasi konsep kitaran ekonomi yang membolehkan sisa yang terhasil di negara kita dikitar semula menjadi bahan yang boleh digunakan semula dalam ekonomi tersebut.
Tarikh : 20 Oktober 2022 Masa : 9.00Am- 11.30Am Lokasi : Giat Mara Kota Marudu Peserta : 23 Orang |
Tujuan
Program Kelas Asas E-Dagang ini diadakan bersama Giat Mara Kota Marudu dengan jumlah peserta seramai 23 orang. Selain itu, petugas dan rakan digital telah berkerjasama untuk mengadakan program kelas asas e-dagang iaitu shopee save value untuk membantu para peserta lebih memahami mengenai asas e-dagang. Kelas asas e-dagang ini juga bertujuan untuk membantu peserta dengan lebih yakin untuk membina kedai online menggunakan aplikasi shopee.
Aktiviti
Aktiviti ini dibahagikan kepada tiga slot iaitu slot pertama tentang pengenalan kepada Pusat Ekonomi Digital. Bagi Slot kedua, pengenalan kepada e-dagang iaitu, tentang aplikasi shopee yang akan digunakan untuk membuat kedai online secara percuma. Petugas telah memberi tunjuk ajar bagaiamana cara untuk membuka akaun shopee secara asas. Manakala, slot ketiga iaitu pengenalan kepada dropship yang menggunakan aplikasi save value telah diberikan penerangan oleh petugas kepada peserta yang telah membuka akaun kedai online shopee. Tambahan pula, program asas e-dagang ini dapat memberikan peluang kepada para peserta yang ingin memulakan perniagaan mereka secara atas talian. Di samping itu, sesi soal jawab juga diadakan untuk memastikan para peserta lebih memahami tentang shopee save value yang merupakan asas e-dagang. Oleh itu, program ini berakhir dengan sesi bergambar bersama peserta dan petugas PEDi.