Tujuan

Kelas tart telur dan cheese ini dijalankan di PEDi Kg Tandek dengan seramai 10 orang peserta. Aktiviti ini juga bertujuan untuk meningkatan kemahiran para peserta yang berminat dalam bidang bakeri dan pastri. Selain itu, para usahawan juga boleh mengambil peluang dalam mencuba bidang baru untuk menambah pendapatan sampingan serta meluaskan perniagaan mereka. Oleh itu, aktiviti ini boleh memberikan manfaat kepada para usahawan yang juga merupkan ahli PEDi.

Aktiviti

Para peserta yang mengikuti kelas tart telur dan cheese yang diadakan di PEDi Kg Tandek diberikan penerangan secara terperinci mengenai kelas tersebut. Seterusnya, para peserta juga diberikan resipi dan teknik untuk membuat tart telur. Tenaga pengajar juga terus memberikan latihan secara praktikal kepada para peserta dengan menyediakan bahan-bahan untuk membuat tart telur. Sepanjang kelas itu, para peserta diberikan peluang untuk membuat tart telur masing-masing dengan berpandukan resipi yang telah diberikan.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas asas penjagaan komputer ini bertujuan untuk memberi asas menjaga komputer dengan cara yang betul kepada para pelajar sekolah rendah. Selain itu, kelas ini boleh memperkenalkan lagi kepada mereka tentang kepentingan penggunaan komputer pada masa kini. Oleh itu, tujuan kelas ini juga dapat membantu dan membimbing mereka dengan lebih terperinci tentang penggunaan komputer dan komponen-komponen yang terdapat dalam komputer.

Aktiviti

Para pelajar diberikan tunjuk ajar tentang perkakasan komputer secara teori dan praktikal oleh petugas. Seterusnya, para pelajar juga diajar untuk menerokai perisian yang terdapat dalam komputer untuk memudahkan mereka lebih memahami mengenai penjagaan komputer yang betul. Di samping itu, para pelajar diberikan pengenalan sedikit mengenai virus yang boleh mengakibatkan komputer dalam keadaan berbahaya dan bagaimana untuk mengelakkan komputer daripada terkena virus.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ICT asas pengenalan komputer ini bertujuan untuk memberi asas kemahiran komputer kepada komuniti setempat. Sekaligus, untuk memperkenalkan kepada mereka tentang kepentingan penggunaan komputer pada masa kini. Selain itu, pengenalan komputer khususnya kepada belia juga dapat membantu untuk memudahkan urusan harian mereka. Di samping itu, ahli Pedi Kg Ranau juga boleh menggunakan komputer dan internet untuk memperolehi maklumat tambahan.

Aktiviti

Kelas ini dimulakan dengan sesi penerangan asas komputer oleh petugas. Para peserta juga diajar satu demi satu tentang perkakasan komputer secara teori dan praktikal. Seterusnya, para peserta juga diarahkan untuk menerokai perisian yang terdapat dalam komputer dan cara-cara menggunakan komputer. Oleh itu, ahli pedi kg ranau boleh menggunakan komputer dan internet pada bila-bila masa dengan adanya pengetahuan asas tentang pengenalan komputer dan internet.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini dapat memberi kesedaran betapa pentingnya ICT dan komputer pada masa kini. Selain itu, para pelajar juga dapat memperolehi maklumat dengan mudah dan cepat dengan menggunakan perkhidmatan yang ada di PEDi Kg Ranau. Banyak manfaat dan kebaikan sekiranya digunakan secara betul terutamanya medium platform media sosial atau laman-laman web seperti Youtube dan Google.

Aktiviti

Para pelajar sering berkunjung ke PEDi Kg Ranau untuk menggunakan perkhidmatan ICT bagi melayari laman web youtube. Seterusnya, mereka juga boleh mencari maklumat mengenai kerja sekolah dan tugasan lain. Disamping itu, petugas sentiasa memberi bimbingan sebagai pengguna digital yang betul dan sentiasa berwaspada.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas keusahawanan ini diadakan di PEDi Kg Ranau untuk membantu usahawan yang ingin meningkatkan jumlah pasaran dengan menggunakan shopee sava value. Selain itu, petugas dan rakan digital juga membantu memberikan penerangan mengenai save value dimana ia dapat membantu para usahawan lebih memahami asas e-dagang. Kelas ini juga bertujuan untuk memberikan keyakinan kepada usahawan untuk membina kedai online dengan menggunakan aplikasi shopee.

Aktiviti

Kelas ini dimulakan dengan petugas memberikan tunjuk ajar bagaimana cara untuk membuka akaun kedai shopee secara asas. Seterusnya, petugas memberikan penjelasan mengenai dropship yang menggunakan aplikasi save value setelah membuka akaun kedai online shopee. Di samping itu, kelas ini dapat memberikan peluang kepada para peserta yang ingin memulakan perniagaan mereka secara atas talian.

Gambar Disini