Tujuan

Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk memberikan kesedaran dan pengetahuan awal mengenai betapa pentingnya melindungi data peribadi. Selain itu, para pelajar juga perlu mengetahui tentang phishing yang selalu berlaku kepada pengguna internet untuk mencuri maklumat peribadi seseorang. Aktiviti ini juga dapat membantu pelajar sentiasa berwaspada tentang kes kecurian maklumat peribadi yang sering berlaku pada masa kini.

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan sesi penerangan daripada petugas tentang apa itu phishing dan seterusnya para pelajar diberikan arahan untuk menjawab kuiz untuk menguji tahap kefahaman mereka. Di samping itu, para pelajar juga mestilah sentiasa mengamalkan langkah berjaga-jaga sebelum melakukan sesuatu perkara.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan untuk membimbing para usahawan yang ingin memulakan perniagaan mereka dengan menggunakan aplikasi shopee bagi meningkatkan lagi pasaran perniagaan mereka. Selain daripada itu, petugas juga memberikan penerangan tentang cara-cara untuk membuka akaun shopee dengan lebih terperinci. Justeru, latihan keusahawanan ini dapat membantu para peserta dengan lebih yakin untuk membina kedai secara atas talian. Oleh itu, para usahawan juga dapat menggunakan aplikasi shopee sebagai platform untuk memasarkan produk yang mereka jual sekaligus dapat merapatkan jurang digital kepada usahawan diluar bandar.

Aktiviti

Para usahawan diberikan sedikit penerangan mengenai cara untuk membuka akaun shopee oleh petugas. Seterusnya, usahawan juga diberikan tugasan untuk membuat melengkapkan maklumat kedai shopee bagi memastikan produk mereka dapat dipasarkan di aplikasi shopee. Di samping itu, sesi soal jawab juga diadakan untuk memastikan para usahawan lebih memahami objektif kelas ini.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk membantu meningkatkan ilmu kemahiran dan pengunaan peribahasa dalam bahasa melayu dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Selain itu, tujuan kuiz online ini diadakan bagi menggalakkan para pelajar yang juga merupakan ahli PEDi Kg Ranau untuk terus terlibat aktif dalam penggunaan komputer dan internet secara fizikal. 

Aktiviti

Para pelajar diberikan penerangan tentang e-learning bahasa melayu terlebih dahulu oleh petugas PEDi Kg Ranau. Seterusnya, para pelajar akan menggunakan laman web https://wordwall.net/ms/resource/9825236/bm-tahun-4-peribahasa-1 untuk menjawab kuiz online bahasa melayu tahun 4. Di samping itu, aktiviti sebeini amat baik kepada pelajar kerana mereka dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang bermanfaat serta dapat mendedahkan mereka dengan sistem pembelajaran secara online yang amat menyeronokkan. Justeru itu, aktiviti ini juga dapat menarik minat mereka untuk lebih fokus kepada subjek-subjek pembelajaran yang lebih mencabar minda pada masa kini.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti advokasi klik dengan bijak ini bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang keselamatan komputer yang dilaksanakan oleh SKMM kepada para pelajar sekolah. Selain itu, aktiviti ini juga dapat memberikan peringatan dan tip-tip keselamatan (akaun peribadi penting) kepada para pelajar sebagai pengguna siber di era masa kini semasa melayari internet dengan menggunakan komputer awam. Di samping itu, program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar pentingnya ilmu pengetahuan ICT pada masa kini.

Aktiviti

Para pelajar diberikan penerangan mengenai keselamatan komputer yang perlu diketahui oleh mereka. Seterusnya, pelajar telah menonton youtube klik dengan bijak untuk memudahkan mereka lebih memahami mengenai advokasi klik dengan bijak keselamatan komputer. Petugas juga memastikan para pelajar dapat mengetahui tip-tip keselamatan komputer yang mudah untuk memastikan mereka menjadi pengguna yang bijak.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Pelajar sekolah rendah dan menengah telah menggunakan perkhidmatan perisian komputer seperti Ms Word dan Google untuk menyelesaikan tugasan mereka. Selain itu, mereka juga menjadikan PEDi sebagai tempat untuk menyiapkan tugasan sekolah kerana kemudahan ICT yang terdapat di PEDi sangat membantu para pelajar sekolah seperti mendapatkan maklumat tambahan. Aktiviti ini juga dapat mencapai objektif penubuhan PEDi yang memberi fokus kepada perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

Aktiviti

Para pelajar menggunakan perkhidmatan komputer untuk mencari maklumat tentang tugasan sekolah yang diberikan oleh guru mereka. Seterusnya, mereka juga merupakan ahli PEDi Kg Ranau yang sentiasa menggunakan perkhidmatan ICT dan mengikuti kelas yang diadakan di PEDi Kg Ranau. Selain itu, petugas juga membantu penggunaan komputer bagi mereka yang tidak mempunyai kemahiran asas.

Gambar Disini