Tarikh : 18 November 2022 Masa : 3.00Pm - 4.00Pm Lokasi : Google Meet Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Bertujuan untuk memberi kemahiran keusahawanan tempatan yang ingin memulakan perniagaan di platform tiktok shop dan seterusnya mempelajari cara link website didalam akaun tiktok untuk mempelbagaikan lagi teknik pemasaran dan menarik ramai pelanggan secara meluas.Memberi latihan asas website di Tiktok Akaun.Membimbing para usahawan PEDi Kg Ranau dalam meluaskan perniagaan dan meningkatkan peningkatan jualan melalui pelbagai platform digital seperti tiktok shop yang kini menjadi platform utama didalam memasarkan perniagaan secara digital. Bertujuan agar para pelanggan dapat dekat dengan usahawan melalui pelbagai teknik pendekatan pemasaran menggunakan link website seperti google site dan linktree.
Aktiviti
Penerangan dimulai dengan secara teori dan juga praktikal. Petugas memberi penerangan secara terperinci cara untuk membuat link website didalam akaun tiktok setiap usahawan.
Tarikh : 18 November 2022 Masa : 2.00Pm - 3.00Pm Lokasi : Google Meet Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Bertujuan untuk memberi kemahiran keusahawanan tempatan yang ingin memulakan perniagaan di platform tiktok shop. Memberi latihan asas keusahawanan agar mahir dalam pemasaran digital iaitu atas talian. Membimbing para usahawan PEDi Kg Ranau dalam meluaskan perniagaan dan meningkatkan peningkatan jualan melalui pelbagai platform digital seperti tiktok shop yang kini menjadi platform utama didalam memasarkan perniagaan secara digital.
Aktiviti
Petugas dan juga Rakan Digital memberi penerangan cara membuat akaun tiktok shop melalui website tiktok. Tutorial cara masukkan produk dan sebagainya.
Tarikh : 13 November 2022 Masa : 3.00Pm - 4.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
PEDi Kg Ranau memberi kemudahan Wifi Komuniti untuk memudahkan para komuniti atau ahli PEDi akses internet didalam PEDi atau luar kawasan PEDi. Adik Iqbal merupakan pelajar Sekolah Menengah sedar akan manfaat sebagai ahli PEDi mengambil peluang tersebut untuk membantu beliau mengakses internet dan mencari maklumat dalam menyiapkan tugasan kerja sekolah beliau. Memberi kesedaran tentang fungsi kewujudan PEDi didalam komuniti luar bandar dan menjadikan PEDi Kg Ranau sebagai One-Stop Center.
Aktiviti
Adik Iqbal menggunakan kemudahan Wifi iaitu menggunakan wifi AP outdoor untuk mencari pelbagai maklumat dan melayari internet. Petugas memberi penerangan tentang cara akses serta login portal wifi komuniti.
Tarikh : 17 November 2022 Masa : 2.30Pm - 4.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Kelas editing poster ini diadakan di PEDi Kg Ranau dengan menggunakan Microsoft word 2021. Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk memberi asas pengenalan kepada para pelajar tentang fungsi-fungsi microsoft word yang akan digunakan dalam membuat poster. Seterusnya, kelas ini bertujuan agar para pelajar dapat menguasai kemahiran ICT yang penting untuk mereka pada masa akan datang.
Aktiviti
Para pelajar diberikan tugasan untuk membuat poster SPR sempena pilihan raya ke 15 dengan menggunakan Microsoft Word 2021. Hal ini demikian, pelajar dapat meningkatkan kemahiran penggunakan komputer mereka dan menghasilkan poster-poster yang lebih menarik.
Tarikh : 13 November 2022 Masa : 2.00Pm - 3.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 7 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini dapat memberi kesedaran betapa pentingnya ICT dan komputer pada masa kini. Selain itu, banyak manfaat dan kebaikan sekiranya digunakan secara betul terutamanya medium platform media baru atau laman web seperti youtube dan tiktok. Aktiviti ini juga bertujuan agar PEDi Kg Ranau menjadi One Stop Center kepada komuniti setempat.
Aktiviti
Para pelajar menggunakan perkhidmatan komputer untuk melayari laman web youtube dan tiktok. Di samping itu, para pelajar juga dapat mengetahui tentang penggunaan media baru seperti tiktok yang kini menjadi tarikan kepada pelajar. Petugas sentiasa memberi bimbingan sebagai pengguna digital yang betul dan tidak disalahgunakan oleh para pelajar.