Tujuan

Cik Farahain menggunakan perkhidmatan komputer dan internet bagi tujuan menyiapkan resume yang menggunakan Microsoft word 2021. Selain itu, komuniti boleh menggunakan pelbagai jenis perkhidmatan yang ada di PEDi Kg Ranau seperti menjadikan PEDi sebagai one-stop center. Oleh hal yang demikian, aktiviti ini dapat memudahkan urusan komuniti untuk mendapatkan perkhidmatan ICT untuk membuat tugasan mereka.

Aktiviti

Cik Farahain membuat resume untuk tujuan mencari perkerjaan bagi melengkapkan maklumat-maklumat yang perlu diisi. Seterusnya, Cik Farahain menggunakan komputer bagi mengakses Microsoft word untuk menyiapkan resume yang diperlukan. Petugas juga menjelaskan sedikit contoh resume terbaik yang boleh digunakan untuk memohon pekerjaan.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Pelajar sekolah menengah telah menggunakan perkhidmatan perisian komputer seperti Google Classroom untuk membuat tugasan mereka. Selain itu, mereka juga merupakan ahli PEDi Kg Ranau yang sentiasa menggunakan perkhidmatan komputer seperti penggunaan internet. Aktiviti ini juga dapat memudahkan mereka untuk menyiapkan tugasan sekolah mereka dengan menggunakan kemudahan yang ada di PEDi Kg Ranau.

Aktiviti

Para pelajar menggunakan perkhidmatan komputer untuk mengakses laman web classroom yang diberikan oleh guru sekolah mereka. Seterusnya, pelajar sekolah menengah juga menggunakan perkhidmatan internet untuk mencari maklumat tambahan mengenai kerja sekolah mereka. Di samping itu, petugas juga telah membantu dari segi penyediaan komputer untuk para pelajar.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti kuiz Klik Dengan Bijak yang dijalankan di PEDi Kg Ranau yang melibatkan para pelajar kategori Sekolah Menengah juga merupakan ahli PEDi. Selain itu, tujuan kuiz ini diadakan untuk menguji minda pelajar mengenai klik dengan bijak yang dapat membudayakan penggunaan internet secara positif yang berteraskan tiga aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penggunaan internet dalam media sosial.

Aktiviti

Petugas telah menyediakan kuiz KDB untuk para pelajar sekolah menengah. Seramai 8 orang peserta yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan kuiz KDB ini. Aktiviti ini juga dapat menarik minat mereka untuk menyertai kuiz yang diadakan untuk melahirkan pengguna yang celik teknologi dan kandungan media baru yang semakin berkembang maju.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Pertandingan kuiz KDB bagi pelajar sekolah rendah dijalankan agar pelajar lebih memahami tentang program-program KDB yang sering diadakan. Selain itu, pelajar juga dapat melibatkan diri secara langsung dengan mengikuti pertandingan yang dianjurkan oleh PEDi Kg Ranau bagi mengisi masa lapang mereka sempena cuti sekolah. Di samping itu, aktiviti ini juga mendapat sokongan daripada ibu bapa dengan membawa anak mereka untuk hadir ke PEDi Kg Ranau.

Aktiviti

Aktiviti ini melibatkan pelajar sekolah rendah tahap 1 dan tahap 2. Petugas juga telah menyediakan kuiz KDB untuk para pelajar. Seterusnya, aktiviti kuiz KDB ini juga dapat meningkatkan pengetahuan para pelajar tentang program KDB serta menarik minat mereka untuk terus terlibat dalam program yang dianjurkan oleh PEDi Kg Ranau.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Cik Sayidatul menggunakan perkhidmatan perisian komputer seperti Ms Word 2022 dan google untuk menyelesaikan tugasan kerja beliau. Selain itu, Cik Sayidatul juga merupakan ahli PEDi Kg Ranau yang sentiasa menggunakan perkhidmatan komputer dan lain-lain perkhidmatan seperti cetakan, fotokopi serta penggunaan internet. Oleh itu, aktiviti ini dapat mencapai objektif penubuhan PEDi dengan memberi fokus kepada perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan dikawasan luar bandar.

Aktiviti

Ahli PEDi Kg Ranau menggunakan perkhidmatan komputer dan internet untuk membuat kertas kerja dan mencari maklumat yang diperlukan. Selain itu, petugas juga membantu dari segi penggunaan komputer bagi mereka yang tidak mempunyai kemahiran asas.

Gambar Disini