Tarikh : 09 Mac 2022 Masa : 9.00 Am - 11.00 Am Lokasi : Aplikasi Google Meet Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Kelas ICT Microsoft Word Level 2 bersama pelajar sekolah menengah ini dijalankan bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran berkaitan Microsoft Office Word 2016. Selain itu, objektif kelas ini memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini.
Aktiviti
Para peserta diajar untuk mengenali setiap komponen-komponen serta fungsi yang terdapat didalam Ms Word 2016. Petugas menyediakan nota latihan dan mengajar peserta akan setiap fungsi komponen-komponen yang terdapat didalam Ms Word 2016. Secara keseluruhannya, para peserta dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka dengan adanya kelas ini. Sepanjang kelas ini berlangsung, diharap dapat banyak membantu para pelajar khususnya di peringkat Sekolah Menengah mahir dalam penggunaan ICT.
Tarikh : 08 Mac 2022 Masa : 2.00 Pm - 4.00 Pm Lokasi : Aplikasi Google Meet Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Kelas ICT Microsoft Word Level 1 bersama pelajar sekolah menengah ini dijalankan bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran berkaitan Microsoft Office Word 2016. Selain itu, objektif kelas ini memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini.
Aktiviti
Para peserta diajar untuk mengenali setiap komponen-komponen serta fungsi yang terdapat didalam Ms Word 2016. Petugas menyediakan nota latihan dan mengajar peserta akan setiap fungsi komponen-komponen yang terdapat didalam Ms Word 2016 . Secara keseluruhannya, para peserta dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka dengan adanya kelas ini. Sepanjang kelas ini berlangsung ,diharap dapat banyak membantu para pelajar khususnya di peringkat Sekolah Menengah mahir dalam penggunaan ICT.
Tarikh : 20 Februari 2022 Masa : 9.00 Am- 11.00 Am Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 4 Orang |
Kelas ICT Microsoft Power Point bersama ahli PEDi kampung Ranau dijalankan bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran berkaitan Microsoft Office Power Point 2016. Selain itu, objektif kelas ini memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini. Bertujuan bagi memberi latihan yang lebih praktikal kepada peserta agar lebih memahami penggunaan Ms Power Point 2016.
Aktiviti
Para peserta diajar untuk mengenali setiap komponen-komponen serta fungsi yang terdapat didalam Ms Power Point 2016. Petugas menyediakan nota latihan dan mengajar peserta akan setiap fungsi komponen-komponen yang terdapat didalam Ms Power Point 2016 . Secara keseluruhannya, para peserta dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka dengan adanya kelas ini. Sepanjang kelas ini berlangsung , petugas memastikan SOP dipatuhi.
Tarikh : 07 Mac 2022 Masa : 2.00 Pm - 4.00 Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 4 Orang |
Kelas ICT Microsoft Excel bersama ahli PEDi kampung Ranau dijalankan bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran berkaitan dengan Microsoft Excel. Selain itu, objektif kelas ini memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini. Bertujuan bagi memberi latihan yang lebih praktikal kepada peserta agar lebih memahami penggunaan serta perangkaan data didalam Ms Excel 2016.
Aktiviti
Para peserta diajar untuk mengenali setiap komponen-komponen serta fungsi yang terdapat didalam Ms Excel 2016. Petugas menyediakan nota latihan dan mengajar peserta akan setiap fungsi komponen-komponen yang terdapat didalam Ms Excel 2016 . Secara keseluruhannya, para peserta dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka dengan adanya kelas ini. Sepanjang kelas ini berlangsung , petugas memastikan SOP dipatuhi.
Tarikh : 10 Februari 2022 Masa : 2.00 Pm- 3.00 Pm Lokasi : Google Meet Peserta : 10 Orang |
Taklimat Advokasi ini dijalankan secara atas talian melalui platform Google Meet. Bertujuan bagi memberi kesedaran kepada para peserta pelajar sekolah akan kebertanggungjawaban dalam menggunakan platfrom digital dan juga dalam mensahihkan sesebuah informasi atau berita secara alam maya. Memberi kesedaran agar sentiasa berhati-hati dalam mempercayai sesuatu sumber berita dan tidak menyebarkan tanpa membuat kesahihan.
Aktiviti
Taklimat dimulai dengan sesi pengenalan bersama petugas-petugas PEDi Kluster KM dan juga Kudat. Taklimat ini hasil kerjasama dengan PEDi Matunggong. PEDi Kg Ranau mengambil kesempatan bekerjasama dengan pelajar di PEDi Matunggong untuk menyampaikan taklimat advokasi kepada mereka. Sesi penerangan dijalankan dan secara keseluruhannya, para pelajar sudah mempunyai asas pengetahuan tentang Klik Dengan Bijak.