Tarikh : 12 September 2021 Masa : 9.30Am - 10.30Am Lokasi : Zoom Meeting Peserta : 1 Orang |
Tujuan
PIK E-Tuisyen 2021 merupakan anjuran MSD Digital Intelligence dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti. Kelas E-Tuisyen ini merupakan pembelajaran atas talian menggunakan Zoom Meeting. Kelas Subjek Matematik Tingkatan 3 bersama pengajar Cikgu Najiha yang dijalankan dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran pengetahuan untuk subjek ini. Pendidikan alaf baru, bukan perkara baru,cuma diperkasakan dengan datangnya norma baharu, sehubungan dengan itu Pusat Internet Komuniti juga bergerak seiring dengan tuntutan baru dengan menyediakan Kelas Tuisyen online dengan harga yang berpatutan. Kelas ini juga dapat membantu pelajar tingkatan 3 dalam persediaan menghadapi peperiksaan dengan menyediakan tenaga bantu pengajar yang berpengalaman bagi setiap setiap subjek yang diikuti oleh pelajar.
Aktiviti
Kelas Kuiz tingkatan 3 yang diajar oleh Cikgu Najiha mengambil masa selama 1 jam sahaja melalui zoom meeting. Petugas membantu para pelajar tuisyen yang mendaftar dari segi persediaan e-nota dan juga memberi link kelas.
Tarikh : 11 September 2021 Masa : 10.00 Am- 12.00 Pm Lokasi : Aplikasi Google Meet Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Kelas tutorial asas fotografi dan suntingan secara online yang dianjurkan Pusat Internet Komuniti Pekan Kinabatangan dan fasilitator merupakan pengurus PIK Pekan Kinabatangan Cik Norazia Abd Aziz. Kelas ini bertujuan membantu para usahawan mengambil gambar produk dengan teknik asas fotografi menggunakan smartphone dan mempelajari suntingan imej. Kelas ini turut disertai oleh ahli komuniti PIK Kg Ranau.
Aktiviti
Kelas ini menggunakan aplikasi Google Meet sebagai medium pembelajaran secara atas talian. Kelas ini dimulakan dengan sesi pengenalan daripada pengurus PIK Pekan Kinabatangan Cik Norazia Abd Aziz. Beliau menerangkan teknik-teknik fotografi dan suntingan imej kepada para peserta. Melalui kelas ini, para usahawan masih dapat menimba ilmu melalui pembelajaran secara atas talian.
Tarikh : 08 September 2021 Masa : 3.30 Pm- 4.30 Pm Lokasi : Live FB Pik Kg Ranau Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Latihan Keusahawanan secara atas talian ini bertujuan untuk memberi kemahiran keusahawanan secara berterusan menggunakan Live Facebook PIK Kg Ranau kepada ahli usahawan dengan mempelajari suntingan imej produk menggunakan Microsoft Power Point 2016. Petugas PIK menggunakan live di Facebook untuk latihan keusahawanan dapat membantu peserta mempromosikan dan mempelajari bagaimana untuk menyunting imej terutamanya poster iklan dan kad bisnes dalam pemasaran produk mereka di media sosial.
Aktiviti
Menggunakan Live video Facebook dan StreamYard petugas PIK memberi penerangan tentang kepentingan internet dalam kemahiran keusahawanan pada masa kini kepada peserta. Kemudian kemahiran keusahawanan untuk suntingan imej diteruskan, Petugas PI mengajar cara-cara menyunting gambar menggunakan Power Point 2016. Siaran kelas video ini mendapat jumlah tontonan atau views sebanyak 32 orang dilaman page facebook Pik Kampung Ranau. Melalui latihan ini, para usahawan masih dapat menimba ilmu melalui pembelajaran secara atas talian.
Tarikh : 10 September 2021 Masa : 10.00 Am- 11.00 Am Lokasi : Menggunakan aplikasi StreamYard dan Live Facebook Peserta : Terbuka |
Tujuan
Program sembang santai Usahawan Digital PIK 2021 diadakan secara live di Facebook PIK Kg Ranau. Panel jemputan untuk program ini adalah Cik Nurul Syuhada. Cik Syuhada menjalankan perniagaan produk kesihatan( Shaklee) . Cik Syuhada merupakan seorang Guru Sekolah KAFA di Kampung Langkun Kota Marudu. Program ini bertujuan untuk membantu usahawan PIK Kg Ranau untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan yang mereka jalankan. Selain itu, usahawan dapat menyampaikan maklumat tentang pengenalan dan kebaikan produk shaklee ini kepada masyarakat mengenai penjagaan kesihatan.
Aktiviti
Aktiviti bermula dengan sesi pengenalan latar belakang panel jemputan iaitu Cik Nurul Syuhada. Beliau memberi pengenalan dan kebaikan produk shaklee ini kepada masyarakat mengenai penjagaan kesihatan. Akhir daripada aktiviti ini sesi soal jawab turut diadakan. Siaran sembang santai video ini mendapat jumlah tontonan atau views sebanyak 34 orang dilaman page facebook Pik Kampung Ranau. Walaupun masih dalam tempoh PKP perkongsian mengenai ilmu usahawan masih dapat disampaikan kepada masyarakat secara atas talian.
Tarikh : 07 September 2021 Masa : 10.00Am - 11.00Am Lokasi : Page FB Klik dengan Bijak Peserta : 91 Orang (Terbuka) |
Tujuan
Program Bicara KDB "Lindungi Identiti Digital anda" bersama moderator Encik Ts. Md Tahir Musa dan panel penceramah Cik Evonne Leonara Simon diadakan secara atas talian menggunakan page FB Klik dengan Bijak. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya melindungi identiti digital. Identiti Digital (ID Digital) yang diperkenalkan oleh MCMC adalah suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri secara digital dengan merujuk kepada sumber tunggal yang sahih berdasarkan ciri-ciri biometrik seperti cap jari, pengecaman wajah, iris dan maklumat demografik seperti nama dan lain-lain bagi digunakan untuk mendapatkan perkhidmatan digital yang selamat, terjamin dan terlindung.
Program Bicara KDB "Lindungi Identiti Digital anda" dimulakan dengan sesi penerangan maksud identiti digital anda. Panel turut menerangkan beberapa langkah yang harus masyarakat ambil tahu dalam melindungi data idenditi digital mereka. Inisiatif kerajaan memperkenalkan ID Digital ini sebagai proses pengesahan identiti seseorang boleh dilakukan melalui medium seperti telefon pintar, peranti elektronik, kad pintar dan lain-lain teknologi di masa hadapan. Sesi soal jawab turut diadakan supaya masyarakat lebih memahami topik ini.