Tujuan

Kelas Shopee sesi praktikal buka akaun Kedai di Shopee ini diteruskan supaya  para usahawan dapat mempelajari asas pemasaran e-commerce melalui platform ini. Petugas memberi penerangan cara-cara membuka akaun menjual di Shoppe dengan menunjukkan contoh akaun yang telah berjaya dibuat menggunakan aplikasi zoom bersama peserta yang ingin belajar membuka akaun menjual di Shopee. Kelas ini dapat membantu peserta dengan lebih yakin membina kedai online menggunakan aplikasi Shopee untuk menjual produk sekaligus dapat merapatkan jurang digital kepada para usahawan di luar bandar.

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar kepada ahli PIK untuk membuka akaun Shopee. Kelas ini dibuat secara atas talian menggunakan aplikasi zoom. Petugas mengajar secara praktikal kepada peserta secara terperinci agar peserta dapat menyiapkan secara total akaun kedai di Shopee. Hal ini bertujuan agar para peserta lebih memahami secara telus melalui kelas pembelajaran yang dibuat secara atas talian ini.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas Logo dan Stiker ini merupakan sambungan kelas fotografi yang dianjurkan oleh petugas PIK Kg Ranau untuk Program Pembangunan E-Dagang Komuniti Sabah. Kelas ini juga dijalankan secara atas talian menggunakan Google Meet bagi peserta yang tidak dapat hadir di PIK.  Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi latihan dan kemahiran kepada para usahawan dan ahli Pik Kg Ranau yang mempunyai perniagaan sendiri untuk mempelajari bagaimana hendak menghasilkan sebuah logo yang menarik untuk kegunaan produk dan perkhidmatan mereka. Kewujudan teknologi yang digunakan dapat memberi manfaat terhadap pekerjaan mereka. Disamping dapat menimba ilmu akan penggunaan ICT, kelas ini juga adalah untuk mendekatkan mereka dengan PIK Kg Ranau. 

Aktiviti

Kelas membuat logo dan stiker ini dilakukan secara teori dan praktikal iaitu dengan menggunakan perisian Logo Maker dan Canva daripada petugas PIK Kg Ranau. Disini para peserta diajar secara asas bagaimana hendak mencipta sebuah logo dan stiker. Logo berkait rapat dengan jenama. Sekiranya logo itu baik dan berkesan, orang akan ingat dengan mudah logo itu. Logo yang baik boleh diletak di mana saja terutama dalam pengiklanan, ia akan serlahkan di mata orang yang melihatnya. Sepanjang kelas ini berlangsung, petugas memastikan setiap peserta mengikuti SOP yang telang ditetapkan.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Program Bicara KDB "Online Scam, Apa yang kita perlu tahu"  bersama moderator Encik Ts. Md Tahir Musa dan panel penceramah En. Mohamad Saleh Hamsah merupakan Penolong Pengarah MCMC Sabah cawangan Tawau diadakan secara atas talian menggunakan page FB Klik dengan Bijak. Scam merupakan salah satu penipuan di Internet. Biasanya pemangsa akan mendapatkan kepercayaan dari mangsa dengan janji-janji manis, hingga menyebabkan mangsa kerugian wang ringgit. Program ini bertujuan memberi kesedaran kendiri terhadap penipuan yang semakin berleluasa di laman sesawang. Internet itu mesra pengguna, bersifat global dan dibuka setiap waktu. 

Aktiviti

Program Bicara KDB "Online Scam, Apa yang kita perlu tahu" dimulakan dengan sesi penerangan maksud apakah itu Online Scammer. Panel turut menerangkan beberapa langkah yang harus masyarakat ambil tahu mengenai kesedaran kendiri dalam penggunaan internet. MCMC mengingatkan semua pengguna supaya sentiasa berwaspada apabila menerima SMS atau mana-mana aplikasi pesanan ringkas yang menyerupai pesanan daripada pihak bank.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas Asas Fotografi untuk gambar produk di Shopee dianjurkan oleh petugas PIK Kg Ranau bertujuan untuk membantu para usahawan mengambil gambar produk dengan teknik asas fotografi menggunakan smartphone dan mempelajari suntingan imej. Kelas ini disertai oleh usahawan PIK Kg Ranau. Para usahawan dapat menimba ilmu melalui pembelajaran asas fotografi untuk meningkatkan kemahiran dan mempromosikan hasil produk dan perkhidmatan mereka. Kelas ini juga dijalankan secara atas talian menggunakan Google Meet bagi peserta yang tidak dapat hadir di PIK.

Aktiviti

Kelas ini dimulakan dengan sesi pengenalan daripada pengurus PIK Kg Ranau. Beliau menerangkan teknik-teknik fotografi dan suntingan imej kepada para peserta. Latihan secara praktikal menggunakan peralatan asas untuk mengambil gambar menggunakan latar putih. Semasa kelas ini berlangsung, petugas memastikan setiap usahawan mengikuti SOP yang telah ditetapkan. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Latihan Keusahawanan dengan tajuk Kelas Cipta Profil Kedai di Shopee ini diteruskan supaya  para usahawan dapat mempelajari asas pemasaran e-commerce melalui platform ini. Petugas memberi penerangan cara-cara membuka akaun menjual di Shoppe dengan menunjukkan contoh akaun yang telah berjaya dibuat . Latihan keusahawan ini dapat membantu peserta dengan lebih yakin membina kedai online menggunakan aplikasi Shopee untuk menjual produk sekaligus dapat merapatkan jurang digital kepada para usahawan di luar bandar.

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar kepada ahli usahawan PIK untuk membuka akaun Shopee. Sepanjang kelas ini berjalan, petugas memastikan peserta mengikuti SOP yang telah ditetapkan semasa berada di PIK.

Gambar Disini