Tujuan

Kelas Membuat poster ini bertujuan untuk memberi kemahiran multimedia kepada para peserta dengan menggunakan Ms Power Point iaitu menggunakan perisian yang sedia ada didalam komputer untuk membuat poster. Pelajar akan dapat mengetahui setiap fungsi-fungsi tool yang akan digunakan dalam membuat poster. Selain daripada itu, kelas ini bertujuan agar para pelajar dapat menguasai kemahiran ICT sebegini di PEDi tanpa membayar yuran yang mahal.

Aktiviti

Para pelajar diberi tugasan untuk membuat Poster bertemakan pengurusan kebersihan diri sepanjang pencegahan penularan penyakit virus Covid-19 ini di Ms Power Point. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP dipatuhi. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas Advokasi Menilai Sumber di Internet ini dijalankan supaya pelajar lebih sentiasa berwaspada dengan maklumat yang diperolehi di Internet dan membudayakan penggunaan internet secara positif yang berteraskan tiga aspek iaitu  keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikbertkan kawal selia kendiri . Selain itu, pelajar diajar supaya harus sentiasa berfikir mengenai apa yang tidak lengkap atau tidak kena di sesebuah laman web.  Aktiviti ini juga bertujuan bagi mempromosikan kempen daripada SKMM tentang kebenaran bersuara "Kebebasan Bersuara bukan kebebasan berbohong".

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan sesi penerangan daripada Petugas tentang topik pembelajaran Advokasi KDB menilai sumber di internet dengan menggunakan medium Youtube . Melalui aktiviti ini juga dapat mewujudkan rasa  tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet ketika melayari internet menggunakan media sosial. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP dipatuhi.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

Tujuan

Program pembangunan E Dagang Komuniti Sabah ( E Pasar Shopee Sabah) Anjuran MCMC Sabah mengadakan Kursus Modul Pertengahan Marketing Shopee bersama Usahawan Kluster PIK Kudat dan Kota Marudu. Penceramah untuk kursus ini adalah En. Azlee merupakan pengasas E-Pasar Sabah. Beliau memberi penerangan cara-cara menggunakan seller center yang terdapat dalam akaun menjual di Shoppe . Kelas ini dapat membantu peserta dengan lebih yakin membina kedai online menggunakan aplikasi Shopee untuk menjual produk sekaligus dapat merapatkan jurang digital kepada para usahawan di luar bandar.

Aktiviti

En. Azlee memberi tunjuk ajar kepada setiap usahawan cara-cara menggunakan Shopee Ads. Kelas ini dibuat secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet. Hal ini bertujuan agar para peserta lebih memahami secara telus melalui kelas pembelajaran yang dibuat secara atas talian ini. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

Tujuan

Latihan keusahawanan dengan tajuk cara menaikkan sales dengan shopee ads bertujuan membantu para usahawan untuk mempelajari cara menggunakan marketing tools yang telah disediakan oleh shopee. Tenaga pengajar iaitu Pn. Wanrifah merupakan pengurus PIK Kg Ranau. Kelas ini juga bertujuan membantu usahawan melariskan jualan mereka di shopee. Antara yang boleh dipelajari adalah cara-cara menaikkan follower.

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar kepada setiap usahawan cara-cara menggunakan Shopee Ads. Kelas ini dibuat secara atas talian menggunakan aplikasi StreamYard dan live facebook. Dengan adanya kelas ini serba sedikit dapat membantu meningkatkan kemahiran usahawan dalam menggunakan aplikasi shopee untuk berniaga dengan mempelajari strategi marketing. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan menggalakkan pelajar terus aktif terlibat dengan Pusat Internet dan mewujudkan aktiviti kreatif untuk mereka . Para peserta mempelajari  kemahiran menyunting poster secara online melalui suntingan imej menggunakan Online Photo Editor www.canva.com dan hasil poster mereka  yang boleh digunakan.

Aktiviti

Kelas Software atau aplikasi turut diterangkan oleh petugas untuk menghasilkan poster. Kemudian para peserta diberikan tugasan untuk menghasilkan poster mengikut hasil kteativiti mereka. Melalui aktiviti ini peserta akan lebih mengingati cara-cara menyunting imej untuk membuat poster secara online dan menggunakan aplikasi lain seperti Microsoft Word, Adobe Photoshop. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP dipatuhi.

Gambar Disini