Tarikh : 11 November 2021 Masa : 10.00Am- 11.00Am Lokasi : Menggunakan aplikasi StreamYard dan Live Facebook Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Program Live Pusat Internet Komuniti Kg Ranau dengan tajuk Perkongsian Cara Pembungkusan Barang J&T dan PosLaju diadakan secara live di Facebook PIK Kg Ranau. Panel jemputan usahawan untuk program ini adalah En. Mohd Ardhani bin Mohd Zaini merupakan pengurus Zhas Studio. Beliau merupakan bekas peserta Tube 6.0 serta penerima geran SME Corp Malaysia tahun 2019 dan penerima geran BAIKS DIDR Sabah tahun 2020. Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada para usahawan yang menggunakan perkhidmatan penghantaran barang J&T dan Poslaju. Terdapat beberapa terma dan syarat perkhidmatan yang menjadi kontrak yang dipersetujui di antara pengirim dan J&T dserta Poslaju apabila pengirim menggunakan perkhidmatan mereka.
Aktiviti
Aktiviti bermula dengan sesi pengenalan latar belakang panel jemputan iaitu En. Mohd Ardhani bin Mohd Zaini dan dibantu oleh Pengurus PIK Kg Ranau sebagai moderator. Kemudian sesi penerangan tentang Perkongsian Cara Pembungkusan Barang J&T dan PosLaju daripada panel jemputan. Akhir daripada aktiviti ini sesi soal jawab bersama panel jemputan turut dibuat. Perkongsian mengenai ilmu usahawan masih dapat disampaikan kepada masyarakat secara atas talian.
Tarikh : 10 November 2021 Masa : 3.00Pm- 4.00Pm Lokasi : PIK Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Kelas ICT Microsoft Word 2013 untuk pelajar sekolah dijalankan untuk memperkenalkan kepada mereka tentang asas pengenalan kemahiran berkaitan Microsoft Office Word 2013. Untuk menerajui pendidikan pada masa hadapan, setiap pelajar perlu memahirkan diri dengan ICT. Selain itu, objektif kelas ini memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini.
Aktiviti
Kelas ICT ini dijalankan di PIK dengan mematuhi standard SOP yang telah ditetapkan. Para peserta diajar untuk mengenali setiap komponen-komponen serta fungsi yang terdapat didalam Ms Word 2013. Petugas juga mengajar cara-cara memasukkan gambar dan menyunting teks. Secara keseluruhannya, para peserta dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka 2013 dengan adanya kelas ini.
Tarikh : 09 November 2021 Masa : 2.30Pm - 3.00Pm Lokasi : PIK Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Kelas Advokasi KDB & Kuiz ini dijalankan supaya pelajar lebih memahami dan dapat membudayakan penggunaan internet secara positif yang berteraskan tiga aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penggunaan internet dalam media sosial seperti facebook dan whatsapp. Selain itu juga, aktiviti ini dapat melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru yang semakin berkembang maju. Melalui aktiviti ini juga dapat mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet ketika melayari internet menggunakan media sosial.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan sesi penerangan daripada Petugas PIK Kg Ranau tentang topik pembelajaran Advokasi KDB & Media Sosial dengan menggunakan laman web www.klikdenganbijak.my dan sumber maklumat daripada google mengenai Pengenalan Media Sosial. Sesi menjawab kuiz secara atas talian https://quizizz.com/admin/quiz//kuiz-kdb. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP dipatuhi.
Tarikh : 10 November 2021 Masa : 10.00Am - 11.00Am Lokasi : PIK Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Perbadanan Baitumal Negeri Sabah telah menjalankan peperiksaan secara online iaitu Peperiksaan memasuki Perkhidmatan Pembantu Tadbir N19 pada 10hb November 2021. Pusat Internet Komuniti Kampung Ranau menjadi Pusat tumpuan kepada pemohon pekerjaan SPA9 dan kerajaan negeri untuk menghadiri peperiksaan secara atas talian tersebut dengan kemudahan kelajuan capaian internet dan juga perkhidmatan komputer kepada ahli pengguna PIK. Bertujuan sebagai pusat kemudahan komuniti yang dekat dan mudah untuk dikunjungi.
Aktiviti
Petugas membantu dari segi persediaan Komputer serta alat bantu peperiksaan seperti alat tulis, buku catatan dan juga mesin kira-kira (saintifik kalkulator). Sepanjang peperiksaan dijalankan petugas memastikan SOP dipatuhi oleh setiap pengguna.
Tarikh : 18 Oktober 2021 Masa : 4.00 Pm- 4.30 Pm Lokasi : FB Pik Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Kelas ICT secara atas talian belajar membuat poster menggunakan Microsoft Word. Kelas ini bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran berkaitan Microsoft Office Word kepada para peserta seperti cara-cara membuat poster. Selain itu, objektif kelas ini memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini.
Aktiviti
Kelas ICT ini dijalankan secara atas talian menggunakan Facebook PIK Kg Ranau dan Streamyard. Petugas menerangkan setiap komponen-komponen serta fungsi yang terdapat didalam Ms Word 2013. Secara keseluruhannya, para peserta dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka dengan adanya kelas ini.