Tarikh : 22 Disember 2021 Masa : 4.00 Pm- 5.00 Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Latihan keusahawanan ini bertujuan bagi meningkatkan lagi kemahiran keusahawanan dalam teori pemahaman berkenaan dengan Customer Service didalam sesebuah bisnes. Bertujuan membantu para usahawan diberikan latihan asas keusahawanan secara asas melalui Program PEDi Kampung Ranau yang dilaksanakan oleh para petugas. Bertujuan agar dapat membantu para usahawanan dalam meningkatkan lagi kemahiran seterusnya dipraktikkan untuk perniagaan mereka masing-masing bagi meningkatkan lagi jualan.
Aktiviti
Kelas atau latihan ini dijalankan secara atas talian iaitu siaran Langsung menggunakan Facebook Akaun PEDi Kampung Ranau.
Tarikh : 19 Disember 2021 Masa : 3.30 Pm- 4.30 Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Latihan keusahawanan ini bertujuan bagi meningkatkan lagi kemahiran keusahawanan dalam teori pemahaman dalam sesebuah teknik pemasaran dan jualan dalam sesebuah perniagaan. Bertujuan membantu para usahawan diberikan latihan asas keusahawanan secara asas melalui Program PEDi Kampung Ranau yang dilaksanakan oleh para petugas. Bertujuan agar dapat membantu para usahawanan dalam meningkatkan lagi kemahiran seterusnya dipraktikkan untuk perniagaan mereka masing-masing bagi meningkatkan lagi jualan.
Aktiviti
Kelas atau latihan ini dijalankan secara atas talian menggunakan platform google meeting.
Tarikh : 12 Disember 2021 Masa : 2.30 Pm- 3.00 Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Aktiviti advokasi Kepentingan & kekurangan Youtube bertujuan memberi pengetahuan kepada pelajar tentang topik ini. Hal ini kerana laman web Youtube kini semakin popular dan diguna pakai dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, pemasaran, komedi, muzik dan banyak lagi. Antara kebaikan laman web Youtube ialah boleh didaftar dan digunakan secara percuma seumur hidup. Tiada bayaran pendaftaran mahupun lain-lain bayaran yang dikenakan.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulai dengan sesi menerokai laman sesawang youtube dimana petugas mengarahkan para pelajar untuk mencari maklumat dan informasi tentang Kepentingan dan Kekurangan Youtube. Penayangan video menggunakan youtube dapat memberi pengetahuan lebih kepada pelajar kerana aplikasi ini mempunyai interaktif yang menarik. Petugas juga memberikan penerangan dan membuat sesi soal jawab kepada pelajar. Secara keseluruhannya, para pelajar dapat memahami pembelajaran yang dibuat oleh petugas Pusat Internet dan dapat menarik minat mereka untuk menggunakan Pusat Internet sebagai One Stop centre.
Tarikh : 18 Disember 2021 Masa : 3.00 Pm- 4.00 Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Kelas Latihan menaip ini bertujuan untuk memberi kemahiran menaip kepada para peserta dengan menggunakan Ms word 2016. Bertujuan agar menjadikan PEDi sebagai tempat pusat pembelajaran ICT untuk berlatih sehingga mahir dalam Microsoft Office. Aktiviti kemahiran yang menguji bakat dan kecekapan pelajar dalam penggunaan komputer iaitu keyboard dalam kemahiran menaip yang pantas. Bertujuan mendekatkan lagi komuniti dengan PEDi Kampung Ranau dengan aktiviti latihan pembelajaran seperti ini. Disamping itu, bertujuan agar para komuniti khususnya para pelajar dapat mempelajari secara terus akan penggunaan ICT walapun masih didalam keadaan Pandemik covid19 dan menjaga SOP sepanjang latihan berjalan.
Aktiviti
Para pelajar diberi tugasan untuk membuat latihan menaip seperti membuat karangan dengan menggunakan Ms Word 2016. Sepanjang latihan ini berjalan, petugas memastikan SOP dipatuhi.
Tarikh : 09 Disember 2021 Masa : 3.00 Pm- 4.00 Pm Lokasi : FB Pedi Kg Ranau Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Kelas cara daftar Google My Business diadakan secara atas talian bertujuan membantu para usahawan dalam memaparkan maklumat bisnes mereka. Google my Business merupakan salah satu fungsi yang disediakan khas oleh Google untuk para usahawan memasarkan bisnes mereka secara atas talian dengan lebih mudah. Setiap bisnes yang telah didaftarkan dapat ditemui oleh pelanggan dengan lebih mudah melalui Google My Business kerana ia dapat memaparkan maklumat bisnes anda seperti lokasi, waktu operasi, pautan laman web, alamat emel, nombor telefon untuk dihubungi dan lain-lain.
Aktiviti
Petugas PEDi memberi penerangan ringkas menggunakan slide yang telah disediakan. Setiap usahawan mengikuti kelas ini dengan melihat FB Live PEDi Kg Ranau. Latihan keusahawanan daripada PEDi Kg Ranau tetap diteruskan secara atas talian, supaya para usahawan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka.