Tujuan

Program Pembangunan E-Dagang Komuniti Sabah (Shopee E-Pasar Sabah) ini merupakan kerjasama MCMC Sabah dan Kluster PIK Kudat dan Kota Marudu untuk membantu para usahawan menggunakan platform e-Dagang Shopee untuk mempromosikan dan menjual produk serta perkhidmatan mereka. Penceramah program ini adalah En. Azlee Bin Okee merupakan founder E-Pasar Sabah. Setiap PIK menghantar 4 usahawan untuk menyertai program ini. Program ini berfungsi untuk memberi peluang dan ruang kepada para usahawan  untuk mengasah kemahiran dalam perniagaan edagang serta membolehkan mereka menggunakan pelbagai aplikasi dan peralatan digital untuk memperkembangkan dan membaiki kecekapan perniagaan mereka. 

Aktiviti

Program ini dimulakan dengan sesi pengenalan mengenai program ini. Penceramah program ini adalah En. Azlee Bin Okee. Platform E-Shopee diajar kepada para peserta untuk membantu mereka membuka akaun kedai di Shopee. Sesi soal jawab turut diadakan supaya petugas PIK lebih memahami objektif taklimat ini.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

PIK E-Tuisyen 2021 merupakan anjuran MSD Digital Intelligence dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti. Kelas E-Tuisyen ini merupakan pembelajaran atas talian menggunakan Zoom Meeting. Kelas Bahasa Mandarin bersama pengajar Cikgu Zazah yang dijalankan dapat  membantu peserta meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan bangsa lain mempelajari ayat-ayat simple mandarin. Kelas ini mendapat sambutan pendaftaran yang ramai dari setiap komuniti. Kelas-kelas ini menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium pengajaran dan bagi memenuhi kehendak peserta yang mahu belajar bahasa itu atas sebab tersendiri. Tujuan belajar Mandarin kerana ia bukan saja antara bahasa yang paling banyak digunakan di dunia, tetapi kerana kita boleh mengeratkan hubungan melaluinya, memandangkan Malaysia adalah negara majmuk. Bagi sesetengah peserta mengikuti kelas mandarin ini dapat membantu meningkatkan keyakinan diri ketika berkomunikasi dengan orang cina dalam hal perniagaan. 

Aktiviti

Kelas bahasa Mandarin yang diajar oleh Cikgu Zazah mengambil masa selama 1 jam sahaja melalui zoom meeting. Petugas membantu para pelajar tuisyen yang mendaftar dari segi persediaan e-nota dan juga memberi link kelas. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

PIK E-Tuisyen 2021 merupakan anjuran MSD Digital Intelligence dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti. Kelas E-Tuisyen ini merupakan pembelajaran atas talian menggunakan Zoom Meeting. Kelas Subjek Matematik Tingkatan 3 bersama pengajar Cikgu Najihah yang dijalankan dapat  membantu pelajar meningkatkan kemahiran pengetahuan untuk subjek ini. Adik Amalina Izzati mengikuti e-tuisyen matematik sebanyak 2 kali untuk membantu beliau lebih memahami subjek ini. Kelas ini juga dapat membantu pelajar tingkatan 3 dalam persediaan menghadapi peperiksaan dengan menyediakan tenaga bantu pengajar yang berpengalaman bagi setiap setiap subjek yang diikuti oleh pelajar.

Aktiviti

Kelas Kuiz tingkatan 3 yang diajar oleh Cikgu Najihah mengambil masa selama 1 jam sahaja melalui zoom meeting. Petugas membantu para pelajar tuisyen yang mendaftar dari segi persediaan e-nota dan juga memberi link kelas. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Puan Siti Rohayu Ismail seorang guru Kafa menghadiri kursus dan peperikasan akhir secara atas talian dengan menggunakan kemudahan kelajuan capaian internet  dan juga perkhidmatan komputer di  PIK Kg Ranau sempena Kursus Guru Kafa Siri 2 2021. Bertujuan sebagai pusat kemudahan komuniti yang dekat dan mudah untuk dikunjungi.

Aktiviti

Petugas membantu dari segi persediaan Komputer serta alat bantu peperiksaan seperti alat tulis, buku catatan.  Sepanjang peperiksaan dijalankan petugas memastikan SOP dipatuhi oleh setiap pengguna.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Talimat ringkas kepada PIK daripada Jabatan Bantuan Guaman ini merupakan kerjasama MCMC dan Jabatan Bantuan Guaman Sabah untuk membantu komuniti yang berada diluar bandar Kota Kinabalu untuk mendapatkan perkhidmatan khidmat nasihat dan bantuan guaman dari jabatan mereka. Memandangkan pejabat Jabatan Bantuan Guaman ini hanya terletak di Kota Kinabalu, mereka ingin menggunakan kemudahan PIK setempat yang mempunyai kemudahan bilik latihan untuk memudahkan urusan komuniti. Sejak pandamik covid 19 ini menyebabkan komuniti untuk sukar datang ke Kota Kinabalu. 

Aktiviti

Taklimat ini menggunakan Microsoft Team, dan Puan Suhaila binti Jaffar wakil MCMC Sabah memberi penerangan kepada petugas mengenai objektif taklimat ini. Dan diteruskan penerangan dari Jabatan Bantuan Guaman mengenai kerjasama ini untuk membantu komuniti yang memerlukan perkhidmatan khidmat nasihat dan bantuan guaman dari jabatan mereka. Sesi soal jawab turut diadakan supaya petugas PIK lebih memahami objektif taklimat ini.

Gambar Disini