Tarikh : 18 Januari 2021 Masa : 12.00Pm- 5.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk menarik perhatian mereka untuk melakukan aktiviti secara atas talian yang dapat menjana minda dan aktiviti yang berfeadah iaitu sebuah permainan pendidikan yang menarik dan menyeronokkan . Selain itu juga, program e-learning dapat membantu meningkatkan potensi kreativiti kanak-kanak dalam kombinasi warna yang digunakan.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan melalui laman web www.supercoloring.com . Petugas memberikan link aktiviti iaitu untuk kategori tahap 1 umur 5 hingga 8 tahun http://www.supercoloring.com/coloring-pages/back-to-school-bus?colore=online dan kategori tahap 2 umur 9 hingga 12 tahun http://www.supercoloring.com/coloring-pages/high-school-teacher?colore=online. Pelajar yang berjaya mewarna dengan memenuhi kreteria yang dipilih akan mendapat hadiah. Walaupun dalam musim PKP di Sabah, aktiviti secara atas talian untuk kanak-kanak tetap berjaya dijalankan.
Tarikh : 21 Januari 2021 Masa : 2.00Pm- 5.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 9 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan bagi memastikan para komuniti terutama golongan belia dan ibubapa sentiasa peka dengan kempen Klik Dengan Bijak. Aktiviti ini juga bertujuan bagi menguji minda dan pemahaman kalangan komuniti tentang tanggungjawab sebagai pengguna internet dan peka akan jenis-jenis jenayah siber yang ada pada zaman teknologi kini. Seterusnya aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan PIK dengan para ahli dan komuniti setempat.
Aktiviti
Aktiviti dijalankan secara online sahaja. Petugas memberi link aktiviti melalui worldwall iaitu https://wordwall.net/play/9736/853/716 dan petugas memberikan hadiah kepada ahli yang mendapat score tertinggi. Secara keseluruhannya, aktiviti sebegini mendapat sambutan yang baik kerana dapat mendekatkan lagi PIK dengan komuniti setempat dengan aktiviti kuiz yang menarik dan menawarkan hadiah kepada setiap pemenang.
Tarikh : 20 Januari 2021 Masa : 10.00Am- 12.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan bagi membantu para komuniti yang menghadapi masalah capaian internet untuk mengisi permohonan secara online Bantuan Prihatin Rakyat bagi tahun 2021 di Pusat Internet Komuniti. Aktiviti ini juga bertujuan bagi menjadikan Pusat Internet Komuniti sebagai One Stop Center di kawasan komuniti dan menyampaikan fungsi PIK kepada Komuniti setempat pada masa Pandemik Covid19 ini.
Aktiviti
Ahli PIK membuat temujanji dengan petugas untuk hadir ke PIK dan petugas telah membantu ahli bagaimana untuk mengisi secara online bagi permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2012) tersebut. Secara keseluruhannya, petugas tetap memastikan para ahli yang hadir ke PIK untuk mematuhi SOP sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.
Tarikh : 20 Januari 2021 Masa : 2.30Pm- 4.30Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan bagi membantu para komuniti yang menghadapi masalah capaian internet untuk mengisi permohonan secara online Bantuan Prihatin Rakyat bagi tahun 2021 di Pusat Internet Komuniti. Aktiviti ini juga bertujuan bagi menjadikan Pusat Internet Komuniti sebagai One Stop Center di kawasan komuniti dan menyampaikan fungsi PIK kepada Komuniti setempat pada masa Pandemik Covid19 ini.
Aktiviti
Ahli PIK membuat temujanji dengan petugas untuk hadir ke PIK dan petugas telah membantu ahli bagaimana untuk mengisi secara online bagi permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2012) tersebut. Secara keseluruhannya, petugas tetap memastikan para ahli yang hadir ke PIK untuk mematuhi SOP sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.
Tarikh : 14 Disember 2020 Masa : 2.00Pm- 5.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 12 Orang |
Tujuan
Aktiviti Kuiz Kempen Kesedaran Covid 19 ini bertujuan untuk menerapkan budaya normal baharu dan kawalan kendiri dalam kalangan masyarakat bagi mengekang penularan wabak itu. Aktiviti kuiz ini menguji tahap pemahaman masyarakat mengenai langkah mencegah penularan covid 19. Selain itu, aktiviti ini juga dapat meningkatkan kesedaran melalui info-info yang terdapat dalam soalan kuiz dan masyarakat mempratikkan norma baharu pada masa sekarang.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan dengan soalan kuiz berkaitan info-info dan langkah pencegahan covid 19. Aktiviti ini disiarkan di Group WhatsApp Pusat Internet Kg Ranau dengan membuat link aktiviti permainan pendidikan iaitu https://wordwall.net/play/8507/805/760. Melalui aktiviti ini para komuniti boleh menyertai aktiviti secara online walaupun berada di rumah tanpa ke Pusat Internet.