Tarikh : 07 April 2021 Masa : 2.00Pm- 3.00Pm Lokasi : PIK Kg Ranau Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk menarik perhatian mereka untuk melakukan aktiviti secara atas talian yang dapat menjana minda dan aktiviti yang berfeadah iaitu sebuah permainan pendidikan yang menarik dan menyeronokkan di PIK Kg Ranau. Selain itu juga, aktiviti mewarna dapat membantu meningkatkan potensi kreativiti kanak-kanak dalam kombinasi warna yang digunakan. Disamping itu juga, aktiviti ini menyampaikan mesej betapa pentingnya komputer pada masa kini dan seterusnya dapat mendekatkan ahli PI dengan PIK Kg Ranau.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan melalui laman web www.hellokids.com . Petugas memberikan penerangan kepada peserta cara-cara menggunakan laman web ini. Kemudian peserta diberikan masa untuk mewarna secara atas talian berdasarkan lukisan yang telah mereka pilih. Petugas turut membantu peserta dalam pemilihan warna yang bersesuaian Melalui aktiviti ini juga dapat membantu mengisi masa lapang peserta dan meningkatkan tumpuan kepada aktiviti yang dilakukan dalam menyiapkan karya mereka. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.
Tarikh : 04 April 2021 Masa : 3.00Pm- 4.00Pm Lokasi : PIK Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Aktiviti advokasi Youtube Norma Baharu pelajar sekolah dalam Pencegahan Covid 19 ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat terutamanya golongan pelajar dalam menjalankan kehidupan norma baharu. Program ini memberi tumpuan kepada langkah-langkah kawalan dan pencegahan jangkitan kepada golongan kanak-kanak. Pembukaan sekolah mempunyai norma baharu dalam sistem pendidikan apabila pelajar dan guru perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Melalui aktiviti tayangan video ini serba sedikit dapat membantu kanak-kanak untuk belajar dan mempraktikkan garis panduan dalam pencegahan covid 19. Kebaikan penggunaan Youtube dalam pengajaran dapat diperluaskan kerana kandungan video dari Youtube seperti warna, muzik, grafik animasi dapat menarik perhatian para pelajar untuk menonton dan mengingati maklumat yang mereka terima.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulai dengan sesi menerokai youtube maklumat dan informasi tentang langkah-langkah pencegahan covid19. Petugas menerangkan beberapa cara yang harus diamalkan oleh setiap orang dalam mengamalkan norma baharu. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi. Secara keseluruhannya, para pelajar dapat memahami pembelajaran yang dibuat oleh petugas Pusat Internet dan dapat menarik minat mereka untuk menggunakan Pusat Internet sebagai One Stop centre.
Tarikh : 22 Mac 2021 Masa : 2.00Pm - 4.00Pm Lokasi : PIK Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Latihan Keusahawanan rakaman dan suntingan video bersama usahawan pusat internet Pn. Keltinah Sinun ini dapat membantu Pn.Keltinah mempromosikan produk kecantikan yang beliau jual menggunakan pemasaran teknik video. Pn. Keltinah juga dapat mempelajari beberapa teknik suntingan video menggunakan perisian Filmora. Hal ini kerana, video yang mengandungi animasi merupakan penyampaian yang efektif dalam pemasaran pada masa kini. Aktiviti ini juga dapat membantu meningkatkan kemahiran usahawan dalam mempromosikan produk mereka secara atas talian dengan menggunakan media sosial seperti Facebook dan Youtube.
Aktiviti
Aktiviti dimulakan dengan sesi penerangan daripada petugas cara untuk menggunakan aplikasi filmora editing video dan kepentingan menyunting video untuk kegunaan dalam pemasaran produk. Pn. Keltinah mula merakam video menggunakan telefon untuk mempromosikan produk kecantikan yang beliau jual. Petugas membantu beliau membuat video secara satu persatu dan Pn Keltinah mula menerokai komponen-komponen yang terdapat didalam aplikasi video animasi tersebut. Peserta dapat menggunakan hasil suntingan mereka dalam mempromosikan produk kecantikan beliau. Sepanjang aktiviti ini dijalankan, petugas memastikan SOP PKPB dipatuhi.
Tarikh : 30 Mac 2021 Masa : 9.00Am - 1.00Pm Lokasi : Menggunakan Aplikasi Zoom & Live FB Klik Dengan Bijak Peserta : Terbuka kepada orang awam |
Tujuan
Program MCMC-UNICEF SEMINAR ON CHILD ONLINE PROTECTION 2021 yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama pihak Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF). Seminar ini yang akan diadakan secara dalam talian dan penyertaan adalah percuma. Seminar ini adalah lanjutan daripada Persidangan Rantau ASEAN Mengenai Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Talian yang telah diadakan pada bulan Februari 2020. Ia adalah sebuah platform perkongsian bagi pelbagai pihak berkepentingan dari Malaysia dan negara-negara lain untuk bertukar pandangan, pengalaman, serta amalan terbaik. Isu-isu yang akan dibincangkan berfokus kepada perkara-perkara seperti berikut. Situasi dan cabaran terkini yang dihadapi di Malaysia selaras dengan hasil perbincangan dan cadangan daripada persidangan ASEAN dan perkembangan isu sedia ada dan baru muncul, termasuk keutamaan baru yang disebabkan oleh pandemik COVID-19.
Aktiviti
Peserta boleh mengikuti seminar ini dimana-mana, sama ada di PIK atau di rumah dan lain-lain tempat yang ada capaian internet. Seminar ini akan diadakan dalam dua sesi berdasarkan fokus dan sasaran audiens seperti berikut. Sesi sebelah pagi akan membincangkan topik umum seperti buli siber, keibubapaan digital, dan kesan COVID-19 terhadap perlindungan kanak-kanak dalam talian. Sasaran audiens untuk sesi ini adalah para pendidik, ibu bapa, kanak-kanak, remaja, belia, dan ahli komuniti yang lain. Sesi sebelah petang pula dikhususkan untuk pembentangan dan perkongsian oleh para penggubal dasar dan pakar perlindungan kanak-kanak dalam talian termasuk kajian semula Polisi dan Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Talian. Para pemimpin dan pakar antarabangsa dan serantau ini akan berkongsi pandangan dan pengalaman bagi membantu Malaysia membentuk suatu hala tuju; mereka juga akan membuat perkongsian mengenai program-program di peringkat antarabangsa, pengumpulan data, dan perkongsian maklumat serantau. Sesi ini akan turut mengutarakan hasil perbincangan di persidangan ASEAN pada tahun lepas dan panduan kepada negara-negara dalam membangunkan hala tuju atau pelan tindakan perlindungan kanak-kanak dalam talian.
Tarikh : 13 Mac 2021 Masa : 9.00Am - 12.30Pm Lokasi : PIK Kg Ranau & Menggunakan Peserta : 80 Orang |
Tujuan
Kelas Online Pasca Covid 19 "From Zero to Shopee Hero" bersama Pengasas by Mamamegats iaitu Raja Nur Zalikha anjuran Pihak Innovative Learning Network (ILN) bagi memberi kemudahan kepada komuniti setempat untuk mendapatkan dan meningkatkan kemahiran secara atas talian bagi peserta dari seluruh negeri dengan kerjasama Pusat Internet. Kelas Online ini menggunakan aplikasi Zoom. Para peserta akan dapat belajar cara menjana pendapatan melalui aplikasi Shopee, asas ilmu menjual di Shopee dan peralatan yang perlu digunakan.
Aktiviti
Peserta boleh mengikuti program ini dimana-mana, sama ada di PIK atau di rumah dan lain-lain tempat yang ada capaian internet. Bagi peserta yang menggunakan kemudahan komputer di pusat internet, petugas memastikan setiap peserta tetap mematuhi SOP semasa berada di Pusat Internet. Dalam sesi kelas online menggunakan aplikasi Zoom, penceramah mengadakan sesi soal jawab bersama peserta.