Tarikh : 16 Februari 2021 Masa : 11.00Am- 12.00Pm Lokasi : PIK Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk memberi kemahiran menaip surat kepada para peserta iaitu guru Kafa Pn. Norazilah dengan menggunakan medium Ms Word 2016 yang terdapat didalam perisian komputer. Tujuan lain adalah agar para peserta mahir dalam menggunakan perisian Ms Word 2016 dan mengetahui dengan lebih asas tentang fungsi-fungsi komponen yang terdapat didalamnya.
Aktiviti
Petugas PIK memberi tunjuk ajar kepada peserta cara menaip surat secara asas dengan mengikuti SOP yang telah ditetapkan. Kemudian Pn. Norazilah membuat surat untuk urusan kerja beliau menggunakan Ms Word 2016. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP PKP dipatuhi.
Tarikh : 14 Februari 2021 Masa : 2.30Pm - 5.30Pm Lokasi : PIK Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Seminar Gempur SPM 2021 Bahasa English merupakan anjuran MSD Digital Intelligence dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti. Seminar Gempur SPM ini diadakan secara atas talian menggunakan Zoom Meeting. Seminar ini dilakukan bertujuan untuk membantu serta memberi tips kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2021 ini. Seminar ini juga dapat membantu pelajar SPM dalam persediaan menghadapi peperiksaan dengan menyediakan tenaga bantu pengajar yang berpengalaman bagi setiap setiap subjek yang diikuti oleh pelajar.
Aktiviti
Kehadiran pelajar yang sudah mendaftar untuk menyertai Seminar Gempur SPM 2021 ini. Petugas PIK menyediakan setiap bahan-bahan yang digunakan oleh pelajar dalam talian melalui Zoom Meeting dan pelajar mendengar tips yang diberi dari tenaga pengajar bagi setiap subjek. Petugas memastikan setiap pelajar tetap mematuhi SOP semasa berada di Pusat Internet.
Tarikh : 06 Februari 2021 Masa : 11.00Am - 5.00Pm Lokasi : Group WhatsApp Pi Kg Ranau Peserta : 15 Orang |
Tujuan
Aktiviti Kuiz Advokasi Asas Komputer ini dijalankan secara online bagi memastikan para komuniti masih boleh mengikuti aktiviti semasa Pik Kg Ranau sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKP). Kuiz advokasi asas komputer ini bertujuan untuk memberi asas pengenalan komponen-komponen komputer dan memberi kesedaran betapa pentingnya penggunaan gadjet seperti komputer didalam kehidupan masyarakat pada masa kini. Kelas ini juga adalah bertujuan bagi memenuhi modul pembelajaran para peserta kelas Ict Pik Kg Ranau.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan dengan mengabungkan topik mengenai asas-asas komponen-komponen komputer. Aktiviti ini disiarkan di Group WhatsApp Pusat Internet Kg Ranau dengan link aktiviti permainan pendidikan iaitu https://wordwall.net/play/10499/788/374. Melalui aktiviti ini para komuniti boleh menyertai aktiviti secara online walaupun berada di rumah tanpa ke Pusat Internet dan sentiasa peka dengan kesedaran Klik Dengan Bijak semasa menggunakan gadjet.
Tarikh : 14 Februari 2021 Masa : 9.30Am - 12.30Pm Lokasi : PIK Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Seminar Gempur SPM 2021 Bahasa Melayu merupakan anjuran MSD Digital Intelligence dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti. Seminar Gempur SPM ini diadakan secara atas talian menggunakan Zoom Meeting. Seminar ini dilakukan bertujuan untuk membantu serta memberi tips kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2021 ini. Seminar ini juga dapat membantu pelajar SPM dalam persediaan menghadapi peperiksaan dengan menyediakan tenaga bantu pengajar yang berpengalaman bagi setiap setiap subjek yang diikuti oleh pelajar.
Aktiviti
Kehadiran pelajar yang sudah mendaftar untuk menyertai Seminar Gempur SPM 2021 ini. Petugas PIK menyediakan setiap bahan-bahan yang digunakan oleh pelajar dalam talian melalui Zoom Meeting dan pelajar mendengar tips yang diberi dari tenaga pengajar bagi setiap subjek. Petugas memastikan setiap pelajar tetap mematuhi SOP semasa berada di Pusat Internet.
Tarikh : 16 Januari 2021 Masa : 10.30Am- 11.30Am Lokasi : Pik Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan bagi membantu para komuniti yang menghadapi masalah capaian internet untuk mengemaskini maklumat pelajar dan ibubapa dalam sistem pengurusan sekolah di Pusat Internet Komuniti. Aktiviti ini juga bertujuan bagi menjadikan Pusat Internet Komuniti sebagai One Stop Center di kawasan komuniti dan menyampaikan fungsi PIK kepada Komuniti setempat pada masa Pandemik Covid19 ini.
Aktiviti
Ahli PIK membuat temujanji dengan petugas untuk hadir ke PIK dan petugas telah membantu ahli bagaimana untuk mengemaskini maklumat pelajar dan ibubapa menggunakan laman web https://public.moe.gov.my/. Perkhidmatan dalam talian ini bertujuan untuk melaksanakan transaksi berkaitan pengurusan murid dibawah KPM. Secara keseluruhannya, petugas tetap memastikan para ahli yang hadir ke PIK untuk mematuhi SOP sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.