Tarikh : 02 Mac 2021 Masa : 3.00Pm - 4.00Pm Lokasi : PIK Kg Ranau Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Aktiviti Penyampaian Hadiah untuk para pemenang Usahawan Baru Online Pusat Internet 2020 ini bertujuan untuk meraihkan usaha dan kemenangan para peserta usahawan dari PIK Kg Ranau yang mendapat tempat pertama, ketiga dan keempat bagi negeri sabah. Pemenang adalah dipilih berdasarkan keuntungan tertinggi terlebih dahulu dan kemudian jumlah jualan.
Aktiviti
Para petugas menyerahkan cetakan Mock Up kepada setiap pemenang dan sesi bergambar. Petugas memastikan setiap peserta tetap mematuhi SOP semasa berada di Pusat Internet.
Tarikh : 18 Februari 2021 Masa : 2.00Pm - 5.00Pm Lokasi : Group WhatsApp Pi Kg Ranau Peserta : 9 Orang |
Tujuan
Aktiviti Advokasi KDB ini dijalankan secara online bagi memastikan para komuniti masih boleh mengikuti dengan aktiviti semasa Pi Kg Ranau sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Aktiviti ini dijalankan supaya pelajar lebih memahami dan dapat membudayakan penggunaan internet secara positif yang berteraskan tiga aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri. Kuiz KDB secara online ini dapat membantu komuniti terutama golongan ibubapa dan remaja menerapkan konsep Klik Dengan Bijak dalam mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna internet. Selain itu juga, aktiviti ini dapat melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru yang semakin berkembang maju.
Aktiviti
Aktiviti dijalankan melalui Google form dan berbentuk soalan subjektif iaitu https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScB2zmNA6Dp-A9wapgwfyX-dUziZcQr7hkqUP_m-PtsE0378A/viewform?usp=sf_link. Melalui aktiviti ini para komuniti boleh menyertai aktiviti secara online walaupun berada di rumah tanpa ke Pusat Internet dan sentiasa peka dengan kesedaran Klik Dengan Bijak.
Tarikh : 20 Februari 2021 Masa : 9.30Am - 12.30Pm Lokasi : PIK Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Seminar Gempur SPM 2021 Matematik merupakan anjuran MSD Digital Intelligence dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti. Seminar Gempur SPM ini diadakan secara atas talian menggunakan Zoom Meeting. Seminar ini dilakukan bertujuan untuk membantu serta memberi tips kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2021 ini. Seminar ini juga dapat membantu pelajar SPM dalam persediaan menghadapi peperiksaan dengan menyediakan tenaga bantu pengajar yang berpengalaman bagi setiap setiap subjek yang diikuti oleh pelajar.
Aktiviti
Kehadiran pelajar yang sudah mendaftar untuk menyertai Seminar Gempur SPM 2021 ini. Petugas PIK menyediakan setiap bahan-bahan yang digunakan oleh pelajar dalam talian melalui Zoom Meeting dan pelajar mendengar tips yang diberi dari tenaga pengajar bagi setiap subjek. Petugas memastikan setiap pelajar tetap mematuhi SOP semasa berada di Pusat Internet.
Tarikh : 17 Februari 2021 Masa : 2.00Pm - 5.00Pm Lokasi : Group Whatsaap Pik Kg Ranau Peserta : 7 Orang |
Tujuan
Kelas ini dijalankan secara online dengan menggunakan google form. Aktiviti kelas secara online ini bertujuan bagi menyampaikan topik penggunaan internet dalam kehidupan masyarakat kini. Kelas online ini juga bertujuan agar masyarakat setempat peka akan kepentingan internet serta mengetahui kesan baik buruknya dalam kehidupan kini.
Aktiviti
Aktiviti dijalankan melalui link google form berikut:-
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfamfnBv11W_4WQ0oNAhjC4HIzkxVWw5DxVFIvDyMNzFOnd6Q/viewform?usp=sf_link
Tarikh : 19 Februari 2021 Masa : 2.30Pm - 5.30Pm Lokasi : PIK Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Seminar Gempur SPM 2021 Sejarah merupakan anjuran MSD Digital Intelligence dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti. Seminar Gempur SPM ini diadakan secara atas talian menggunakan Zoom Meeting. Seminar ini dilakukan bertujuan untuk membantu serta memberi tips kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2021 ini. Seminar ini juga dapat membantu pelajar SPM dalam persediaan menghadapi peperiksaan dengan menyediakan tenaga bantu pengajar yang berpengalaman bagi setiap setiap subjek yang diikuti oleh pelajar.
Aktiviti
Kehadiran pelajar yang sudah mendaftar untuk menyertai Seminar Gempur SPM 2021 ini. Petugas PIK menyediakan setiap bahan-bahan yang digunakan oleh pelajar dalam talian melalui Zoom Meeting dan pelajar mendengar tips yang diberi dari tenaga pengajar bagi setiap subjek. Petugas memastikan setiap pelajar tetap mematuhi SOP semasa berada di Pusat Internet.