Tarikh : 13 Mac 2021 Masa : 3.00Pm- 4.00Pm Lokasi : Live FB Pik Kg Ranau Peserta : 22 Views |
Tujuan
Latihan Keusahawanan secara atas talian ini bertujuan untuk memberi kemahiran keusahawanan secara berterusan menggunakan Live Facebook PIK Kg Ranau kepada ahli PI dengan memfokuskan suntingan imej produk menggunakan Microsoft Power Point 2016. Petugas PIK menggunakan live di Facebook untuk latihan keusahawanan dapat membantu peserta mempromosikan dan mempelajari bagaimana untuk menyunting imej terutamanya poster iklan dan kad bisnes dalam pemasaran produk mereka di media sosial.
Aktiviti
Menggunakan Live video Facebook dan StreamYard petugas PIK memberi penerangan tentang kepentingan internet dalam kemahiran keusahawanan pada masa kini kepada peserta. Kemudian kemahiran keusahawanan untuk suntingan imej diteruskan, Petugas PI mengajar cara-cara menyunting gambar menggunakan Power Point 2016. Melalui latihan ini, para usahawan masih dapat menimba ilmu melalui pembelajaran secara atas talian.
Tarikh : 05 Mac 2021 Masa : 3.00Pm - 4.00Pm Lokasi : PIK Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Adik Firdaus Abdullah merupakan pelajar STPM yang akan mengambil peperiksaan pada bulan Mac ini. Beliau telah mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet serta menggunakan kemudahan di PI sebagai tempat mengulangkaji untuk persediaan yang cukup dalam menghadapi peperiksaan STPM nanti. Disamping itu, tujuan program ini diadakan adalah agar para pelajar PIK Kg Ranau memanfaatkan keahlian dalam penggunaan capaian wifi komuniti serta perkhidmatan komputer.
Aktiviti
Sepanjang aktiviti ini dijalankan, petugas memastikan SOP PKPB dipatuhi.
Tarikh : 05 Mac 2021 Masa : 10.00Am - 12.00Pm Lokasi : PIK Kg Ranau & Menggunakan Peserta : Petugas PIK |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada petugas Pusat Internet Komuniti bagi menjana pendapatan sampingan melalui Produk Aurora health co yang dijalankan khas untuk petugas melalui MSD. Program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan kepada komuniti tentang produk kesihatan dan kecantikan yang dijalankan oleh Remdi Health and Skincare iaitu Produk Aurora.
Aktiviti
Program ini dijalankan secara langsung atas talian menggunakan aplikasi zoom dan dihadiri oleh dua orang petugas disetiap Pusat Internet Komuniti iaitu pengurus dan juga penolong pengurus. Program diseliakan oleh Madam Laurel Tan Bee Hiong.
Tarikh : 10 Mac 2021 Masa : 10.00Am- 12.00Pm Lokasi : PIK Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi kemahiran menaip surat secara berterusan kepada para peserta iaitu guru Kafa Pn. Norazilah dengan menggunakan medium Ms Word 2016 yang terdapat didalam perisian komputer. Pn. Norazilah menggunakan kemahiran menaip yang beliau belajar untuk menyelesaikan tugasan kerja. Disamping itu, beliau turut menggunakan perkhidmatan cetakan yang terdapat di Pusat Internet.
Aktiviti
Petugas PIK memberi tunjuk ajar kepada peserta cara menaip surat secara asas dengan mengikuti SOP yang telah ditetapkan. Kemudian Pn. Norazilah membuat surat untuk urusan kerja beliau menggunakan Ms Word 2016. Sepanjang aktiviti ini dijalankan, petugas memastikan SOP PKPB dipatuhi.
Tarikh : 06 Mac 2021 Masa : 9.00Am - 12.00Pm Lokasi : PIK Kg Ranau & Menggunakan Peserta : 39 Orang |
Tujuan
Kelas Online berbayar "Career as Content Creator" bersama Youtuber terkenal Che Kam anjuran Pihak Innovative Learning Network (ILN) bagi memberi kemudahan kepada komuniti setempat untuk mendapatkan dan meningkatkan kemahiran secara atas talian bagi peserta dari seluruh negeri dengan kerjasama Pusat Internet. Kelas Online ini menggunakan aplikasi Zoom. Youtuber terkenal Che Kam atau nama sebenar En. Kamarul Arifin merupakan penceramah jemputan untuk kelas ini. Para peserta akan dapat belajar cara menjana pendapatan melalui media sosial, tip kandungan menarik sebagai content creator, petua kerjaya dan peralatan yang perlu digunakan.
Aktiviti
Peserta boleh mengikuti program ini dimana-mana, sama ada di PIK atau di rumah dan lain-lain tempat yang ada capaian internet. Bagi peserta yang menggunakan kemudahan komputer di pusat internet, petugas memastikan setiap peserta tetap mematuhi SOP semasa berada di Pusat Internet. Dalam sesi kelas online menggunakan aplikasi Zoom, penceramah mengadakan sesi soal jawab bersama peserta.