Tujuan

Program My Health "kesedaran kebersihan & kesihatan diri" ini menjadi platform terbaik untuk komuniti memahami lebih mendalam budaya menjaga kebersihan dan kesihatan diri yang berkaitan dengan isu semasa Novel Corona Virus. Program ini juga bertujuan memberi pengetahuan dan memupuk kesedaran tentang penjagaan kesihatan dan cara hidup sihat dalam kehidupan seharian untuk mencegah sebarang penyakit. Selain itu, aplikasi dashboard komuniti my health dapat dimanfaatkan oleh ahli komuniti secara langsung.

Aktiviti

Para peserta diberi taklimat kesihatan terlebih dahulu tentang isu semasa Novel Corona Virus dan kemudian petugas PI menerangkan aplikasi Dashboard MyHealth kepada peserta untuk memudahkan mereka memasukan data kesihatan dalam aplikasi ini. Petugas menerangkan langkah-langkah penjagaan kebersihan dan kesihatan diri. Kemudian, petugas PI melakukan Pemeriksaan Kesihatan ( BMI dan pemeriksaan tekanan darah ) kepada setiap peserta. Program My Health diteruskan dengan aktiviti Kuiz Online kategori kanak-kanak Jom Sihat. Seterusnya aktiviti terapi tari yang melibatkan senamrobik di kendalikan oleh Petugas Pi turut dijalankan supaya warga komuniti tahu bagaimana mengendali stress melalui terapi tarian. Secara keseluruhannya,  mereka sangat berbesar hati dan menyokong akan aktiviti kemasyarakatan seperti ini sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama PI dan juga komuniti dan mendekatkan mereka dengan PI. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk menarik perhatian mereka untuk melakukan aktiviti secara atas talian yang  dapat menjana minda dan aktiviti yang berfeadah iaitu sebuah permainan pendidikan yang menarik dan menyeronokkan di PI Kg Ranau.  Selain itu juga, program e-learning dapat membantu meningkatkan potensi kreativiti kanak-kanak  dalam kombinasi warna yang digunakan. Disamping itu juga, aktiviti ini menyampaikan mesej betapa pentingnya komputer pada masa kini dan seterusnya dapat mendekatkan ahli PI dengan PI Kg Ranau.

Aktiviti

Aktiviti ini dijalankan melalui laman web www.hellokids.com . Petugas memberikan penerangan kepada peserta cara-cara menggunakan laman web ini. Kemudian peserta diberikan  masa untuk mewarna secara atas talian berdasarkan lukisan yang telah mereka pilih. Petugas turut membantu peserta dalam pemilihan warna yang bersesuaian  Melalui aktiviti ini juga dapat membantu mengisi masa lapang peserta dan meningkatkan tumpuan kepada aktiviti yang dilakukan dalam menyiapkan karya mereka.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas Advokasi KDB Menjadi mata-mata gelap di internet ini bertujuan mengajar pelajar sekolah rendah bagaimana hendak mengendalikan pencarian pintar di internet dan belajar bagaimana mengenal pasti garis panduan bagi menilai kredibiliti kandungan di internet.  Seterusnya memberi kesedaran betapa pentingnya untuk sentiasa berwaspada dan menyemak sumber maklumat semasa melayari internet.

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan sesi penerangan daripada Petugas PI Kg Ranau tentang topik pembelajaran Advokasi KDB menjadi mata-mata gelap di internet.  Para pelajar diedarkan buku panduan pelajar supaya mereka boleh merujuk nota-nota penting yang disampaikan oleh Petugas PI Kg Ranau.  Penayangan Video dan sesi soal jawab diadakan supaya mereka lebih memahami dan mengingati sesi pembelajaran ini. Melalui aktiviti ini pelajar dapat memahami perbezaan diantara pembohongan dan kebenaran serta fakta dan pendapat dari sumber yang berbeza.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk menguji minda ahli PI . Aktiviti ini juga bertujuan untuk menarik perhatian mereka untuk melakukan aktiviti yang menjana minda iaitu sebuah permainan pendidikan yang menarik dan menyeronokkan di PI Kg Ranau. Disamping itu juga, aktiviti ini menyampaikan mesej betapa pentingnya komputer pada masa kini dan seterusnya dapat mendekatakan ahli PI dengan PI Kg Ranau.

Aktiviti 

Aktiviti ini dijalankan melalui laman web www.jigsawexplorer.com dan www.abcya.com

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas Asas Adobe Photoshop cs6 ini adalah bertujuan untuk memberi kemahiran menyunting gambar secara berterusan kepada para pelajar sekolah menengah dengan mempelajari asas penggunaan perisian ini. Disamping itu, pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran yang mereka telah pelajari dalam menghasilkan sebuah grafik atau imej yang menarik untuk hasil kerja mereka. 

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan penerangan cara-cara mengedit grafik atau imej daripada Petugas PI Kg Ranau. Selain itu Petugas memberikan peserta menonton Video untuk mengajar tentang pengenalan kepada perisian adobe photoshop cs6 dan memberi pengenalan tentang fungsi-fungsi peralatan suntingan yang terdapat didalam adobe photoshop cs6. Kemudian peserta belajar secara praktikal menggunakan adobe photoshop cs6 yang dibimbing oleh petugas PI. Petugas Pi memberikan satu tugasan untuk menghasilkan sebuah imej menarik yang dihasilkan sendiri oleh para peserta dengan menggunakan sumber gambar yang berbeza.

Gambar Disini