Tarikh : 15 Februari 2020 Masa : 9.00Am- 12.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Latihan keusahawanan ini adalah bertujuan untuk memberi latihan dan kemahiran kepada para usahawan dan ahli Pusat Internet Kg Ranau yang mempunyai perniagaan sendiri untuk mempelajari bagaimana hendak menghasilkan sebuah logo yang menarik untuk kegunaan produk mereka. Kewujudan teknologi yang digunakan dapat memberi manfaat terhadap pekerjaan mereka. Disamping dapat menimba ilmu akan penggunaan ICT, latihan keusahawanan ini juga adalah untuk mendekatkan mereka dengan Pusat Internet Kampung Ranau.
Aktiviti
Latihan keusahawanan membuat logo ini dilakukan secara teori dan praktikal iaitu dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop CS6 daripada petugas PI Kg Ranau. Disini para peserta diajar secara asas bagaimana hendak mencipta sebuah logo. Secara keseluruhannya, aktiviti ini dapat menjadikan usahawan luar bandar terutamanya golongan wanita yang berpotensi tinggi dengan mentransformasikan konsep perniagaan konvensional kepada konsep atas talian sepenuhnya.
Tarikh : 14 Februari 2020 Masa : 2.00Pm- 5.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 16 Orang |
Tujuan
Advokasi KDB Oversharing ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kesan terlebih kongsi maklumat peribadi di media sosial. Mendidik pelajar supaya bertindak lebih bijak semasa berkongsi maklumat di laman rangkaian sosial dan pelajar juga dapat mempelajari cara menangani sikap 'overshare". Selain itu, memberi kesedaran tentang tanggungjawab sebagi seorang pengguna perlu mewujudkan keseimbangan di antara privasi dan tabiat suka berkongsi.
Aktiviti
Aktiviti bermula dengan sesi tayangan video overshare dilaman youtube. Kemudian petugas pi memberi penerangan tentang apa itu 'overshare', risiko sekiranya terlebih kongsi di laman rangkaian sosial dan langkah menangani sikap 'overshare'. Pelajar juga diajar cara-cara menetapkan privasi di media sosial mereka. Seterusnya petugas juga menjalankan aktiviti soal jawab untuk menguji kefahaman para ahli pi yang hadir. Oversharing ini melibatkan isu keselamatan dan privasi setiap individu, oleh itu bijaklah berkongsi.
Tarikh : 11 Februari 2020 Masa : 2.00Pm- 5.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 8 Orang |
Kelas ICT Ms Publisher 2016 diteruskan supaya para pelajar sekolah dapat belajar kemahiran asas perisian ini dengan teknik-teknik yang mudah dan hebat dalam menghasilkan sesuatu kerja. Para pelajar juga akan diberikan pendedahan dan pengetahuan cara menggunakan perisian ini. Melalui aktiviti ini, para pelajar yang sudah pernah dan baru mengikuti kelas ict ini akan membuat kad ucapan terima kasih dan ucapan hari jadi. Disamping itu juga, dapat memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini. Sekaligus, mendedahkan mereka bagaimana menggunakan komputer dengan baik.
Aktiviti
Para pelajar di beri penerangan tentang fungsi dan cara-cara menggunakan Ms Publisher untuk membuat kad ucapan terima kasih dan harijadi. Kemudian, para pelajar meneruskan tugasan mereka dan Petugas PI juga membantu pelajar sekiranya mereka memerlukan bantuan. Secara keseluruhannya, para peserta dapat memahami fungsi serta kegunaan komponen yang ada didalam Ms Publisher 2016 dengan lebih terperinci dengan adanya aktiviti ini.
Tarikh : 12 Februari 2020 Masa : 2.00Pm- 5.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 9 Orang |
Tujuan
Kelas ICT Microsoft Paint3D ini bertujuan untuk memberi kemahiran melakar lukisan berbentuk 3D kepada para pelajar dengan menggunakan komputer. Kelas ini juga bertujuan untuk mengasah bakat para pelajar dalam bidang lukisan digital melalui komputer selain daripada menjadikannya sebagai satu pengalaman ilmu baru dan juga hobi mereka. Kelas ini juga bertujuan agar mereka tahu fungsi-fungsi peralatan yang terdapat didalam Ms Paint 3D yang lebih menarik dan menyeronokkan dengan hasil lukisan gambar berbentuk model animasi 3D.
Aktiviti
Kelas dimulai dengan memberi penerangan tentang fungsi-fungsi peralatan yang ada didalam microsoft paint 3D dengan memberi tayangan video youtube tutorial kepada para pelajar kemudian memberi tunjuk ajar bagaimana untuk melakar lukisan dengan menggunakan peralatan yang disediakan didalam ms paint 3D tersebut. Kemudian para pelajar diberi tugasan untuk menghasilkan sebuah lukisan yang menarik berdasarkan hasil kreativiti sendiri.
Tarikh : 09 Februari 2020 Masa : 9.00Am- 11.00Am Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 12 Orang |
Tujuan
Aktiviti Advokasi ini bertujuan untuk menerapkan amalan "tidak pasti , jangan kongsi" dalam kalangan masyarakat apabila menerima sesuatu maklumat dan seharusnya dilihat daripada perspektif yang positif. Hal ini kerana masih ada dalam kalangan masyarakat ketika ini cenderung untuk berkongsi apa sahaja maklumat yang diterima tanpa membuat tapisan terlebih dahulu. Disamping itu, aktiviti ini dapat memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu ICT dan keselamatan penggunaan internet dengan "Klik Dengan Bijak" sebagai pengguna internet pada masa kini. Sebagai pengguna media sosial yang bijak perlulah memilih untuk tidak menyebarkan atau menghebakan berita-berita palsu.
Aktiviti
Aktiviti bermula dengan sesi tayangan video "tidak pasti , jangan kongsi" dilaman youtube. Kemudian petugas PI memberi penerangan tentang maksud "tidak pasti , jangan kongsi" serta langkah-langkah yang boleh dilakukan sebelum berkongsi maklumat untuk memastikan sebaran berita adalah benar dan daripada sumber yang sahih. Seterusnya aktiviti soal jawab diadakan untuk menguji kefahaman para ahli pi yang hadir.