Tarikh :11 Januari 2020 Masa : 8.30 Am - 12.30 Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 16 Orang |
Tujuan
Pendaftaran Ahli Baru 2020 Kelab Silat Olahraga Warisan Kota Marudu dengan kerjasama Pusat Internet Kg Ranau telah diadakan bagi memperkenalkan kepada penduduk setempat tentang Kelab Silat Olahraga Warisan dan pencarian atlet sukan pencak silat diteruskan. Melalui kerjasama ini sekaligus dapat memperkenalkan fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh PI Kg Ranau serta membina hubungan yang baik di antara penduduk setempat dengan petugas PI. Selain itu juga, tujuan aktiviti ini diadakan bagi meningkatkan bilangan keahlian baru PI Kg Ranau dan menjadikan PI sebagai pusat tumpuan ICT.
Aktiviti
Aktiviti dimulakan dengan sesi pendaftaran ahli baru untuk Kelab Silat Olahraga Warisan dan Pusat Internet Kg Ranau. Sesi penerangan daripada Presiden Kelab Silat Olahraga Warisan iaitu Mohd Zulkairi Bin Md Daud mengenai kelab ini. Kemudian sesi latihan untuk ahli baru dijalankan bersama pelatih kelab silat olahraga warisan. Melalui aktiviti ini dapat meningkatkan hubungan silaturahim antara warga komuniti dengan Petugas PI serta dapat membentuk displin melalui pencak silat, hindari jenayah dan gejala negatif.
Tarikh : 10 Januari 2020 Masa : 9.00Am- 12.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Latihan ini bertujuan untuk memberi kemahiran keusahawanan secara berterusan kepada ahli PI melalui suntingan imej menggunakan Microsoft Power Point 2016. Latihan ini dapat membantu peserta mempromosikan dan mempelajari bagaimana untuk menyunting imej terutamanya poster iklan dan kad bisnes dalam pemasaran produk mereka di media sosial. Kesedaran pentingnya internet pada masa kini dan kesedaran kemahiran keusahawanan yang luas melalui penggunaan internet (Online Marketing).
Aktiviti
Petugas PI memberi penerangan tentang kepentingan internet dalam kemahiran keusahawanan pada masa kini kepada peserta. Kemudian kemahiran keusahawanan untuk suntingan imej diteruskan, Petugas PI mengajar cara-cara menyunting gambar menggunakan Power Point 2016. Peserta diberikan tugasan untuk menyunting imej dan akan dinilai oleh petugas PI Kg Ranau. Melalui aktiviti ini peserta akan lebih mengingati cara-cara menyunting imej untuk membuat poster dan kad bisnes untuk kegunaan kerja mereka.
Tarikh : 08 Januari 2020 Masa : 2.00Pm- 4.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 9 Orang |
Tujuan
Kelas Advokasi kepentingan internet kepada masyarakat ini dijalankan untuk memberi panduan kepada pengguna untuk mengaplikasikan konsep Klik Dengan Bijak ketika melayari internet dan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan tentang definisi Teknologi. Hal ini disebabkan internet memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang aliran generasi berdasarkan kemajuan teknologi yang semakin berkembang maju.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan tentang KDB Kepentingan Internet kepada masyarakat daripada Petugas PI . Sesi soal jawab dan penayangan video berkaitan kepentingan internet dapat membantu peserta supaya lebih memahami dan mengingati konsep ini. Peserta yang menjawab soalan dengan betul akan mendapat hadiah. Secara keseluruhannya, aktiviti ini berjalan dengan lancar.
Tarikh : 09 Januari 2020 Masa : 2.00Pm- 5.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 13 Orang |
Tujuan
Aktiviti advokasi Youtube Penyampaian Komunikasi ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak dan belia. Komunikasi merupakan suatu asas yang penting bagi meningkatkan pengetahuan individu berdasarkan maklumat dan informasi yang mereka terima dalam persekitaran mereka. Selain itu, aktiviti ini juga dapat membantu menerapkan nilai-nilai murni dalam masyarakat kerana penyampaian komunikasi sangat penting dalam proses menghasilkan, membentuk dan mengekalkan perhubungan dan nilai-nilai murni dalam setiap aspek kehidupan bermasyarakat. Peserta dapat mengetahui kepentingan dan tujuan penyampaian komunikasi yang dapat membantu memberi pemahaman yang baik.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulai dengan sesi menerokai youtube dimana petugas mengarahkan para pelajar untuk mencari maklumat dan informasi tentang maksud Penyampaian Komunikasi. Petugas menerangkan beberapa cara penyampaian komunikasi yang sering digunakan oleh masyarakat iaitu komunikasi verbal dan non-verbal. Sesi soal jawab dan penayangan video turut diadakan supaya peserta memahami konsep penyampaian yang betul. Secara keseluruhannya, para pelajar dapat memahami pembelajaran yang dibuat oleh petugas Pusat Internet dan dapat menarik minat mereka untuk menggunakan Pusat Internet sebagai One Stop centre.
Tarikh : 07 Januari 2020 Masa : 8.30Am - 11.30Am Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk memberi kemahiran dan bimbingan kepada belia dalam membuat resume. Kelas ini dijalankan dengan menggunakan perisian microsoft publisher 2016. Bertujuan agar para belia pada menguasai penggunaan media publisher yang mudah dan cepat. Kelas ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran betapa pentingnya komputer pada masa kini.
Aktiviti
Kelas dimulai dengan memberi penerangan secara teori dan kemudian petugas memberi latihan praktikal atau tugasan kepada para belia agar dapat menguasai komponen-komponen media yang terdapat didalam Publisher 2016.