Tujuan

Aktiviti Advokasi Social Media can be harm to you diadakan bertujuan untuk mendidik generasi muda tentang penggunaan media sosial secara sihat. Penggunaan media sosial dan teknologi  telah mengubah cara manusia berinteraksi dan persekitaran perkembangan generasi muda. Peserta juga dapat mengetahui kesan buruk penggunaan media sosial jika digunakan secara berlebihan. Terdapat statistik menunjukan peningkatan dalam kemerosotan psikologi remaja selari dengan peningkatan penggunaan media sosial seperti masalah kekurangan tidur dan kemurungan Facebook. Oleh itu, melalui aktiviti ini dapat meningkatkan kesedaran  berhati-hati dan menetapkan had penggunaan  teknologi.

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan sesi penerangan daripada Petugas PI Kg Ranau tentang topik pembelajaran Advokasi Social Media can be harm to you . Penayangan Video dan sesi soal jawab diadakan supaya mereka lebih memahami dan mengingati sesi pembelajaran ini. Melalui aktiviti ini juga dapat mewujudkan rasa  tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet ketika melayari internet menggunakan media sosial.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran betapa pentingnya komputer dan internet pada masa kini. Selain itu, aktiviti ini untuk bagi merapatkan jurang digital kepada komuniti setempat dan memberi kesedaran tentang kemudahan digital pada masa kini. Aktiviti juga bertujuan untuk memberi pengenalan tentang aplikasi dashboard komuniti kepada peserta serta fungsinya kepada mereka. Disamping itu juga, aktiviti ini bagi mendekatkan lagi ahli PI kepada Pusat Internet Kampung Ranau. 

Aktiviti

Aktiviti dimulai dengan memberi penerangan ringkas tentang sejarah teknologi dulu dan kini kepada peserta dengan carian maklumat daripada google dan juga youtube. Kemudian para peserta diberi pendedahan dengan penggunaan mydahsboard komuniti aplikasi.

Gambar Disini 

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas Advokasi KDB & Kuiz ini dijalankan supaya pelajar lebih memahami dan dapat membudayakan penggunaan internet secara positif yang berteraskan tiga aspek iaitu  keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikbertkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penggunaan internet dalam media sosial seperti facebook dan whatsapp. Selain itu juga, aktiviti ini dapat melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru yang semakin berkembang maju.

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan sesi penerangan daripada Petugas PI Kg Ranau tentang topik pembelajaran Advokasi KDB & Media Sosial dengan menggunakan laman web www.klikdenganbijak.my dan sumber maklumat daripada google mengenai Pengenalan Media Sosial.  Penayangan video dan sesi menjawab kuiz  yang telah disediakan oleh Petugas PI  supaya pelajar lebih mengingati tajuk ini. Melalui aktiviti ini juga dapat mewujudkan rasa  tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet ketika melayari internet menggunakan media sosial.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Peperiksaan online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menjalankan beberapa peperiksaan seperti jawatan Pembantu Pendaftaran KP 19 . Oleh itu, Pusat Internet Kg Ranau telah menjadi tumpuan komuniti untuk menjalankan peperiksaan online tersebut. Ini kerana kemudahan internet serta capaian yang pantas boleh didapati di Pusat Internet  ini.  

Aktiviti

Petugas PI Kg Ranau memberi laluan kepada calon peperiksaan online yang turut merupakan ahli komuniti untuk datang awal ke Pusat Internet untuk membuat persediaan.  Sepanjang peperiksaan online sedang berlangsung calon sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Petugas PI Kg Ranau

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk membentuk keyakinan pelajar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan menyokong mereka melalui setiap peringkat perkembangan utama. Terdapat keseimbangan antara tatabahasa, bahasa , perkembangan peribadi sosial dan emosi dalam pembelajaran asas bahasa Inggeris ini. Aktiviti ini mampu membangkitkan minat pelajar untuk menguasai bahasa ini. Disamping itu, pelajar juga dapat membaiki kebolehan membaca, menulis dan bercakap dengan mengikuti aktiviti yang interaktif dan ceria. 

 Aktiviti

Para pelajar diberi penerangan tentang e-learning bahasa inggeris terlebih dahulu oleh petugas PI menggunakan laman web iaitu https://www.lingohut.com/ms/l1/belajar-bahasa-inggeris untuk latihan tatabahasa, perbendaharaan kata.  Penayangan video dari Youtube turut diadakan supaya aktiviti ini lebih ceria.  Secara keseluruhannya, program sebegini amat baik kepada pelajar kerana dapat mendedahkan mereka dengan sistem pembelajaran secara online yang amat menyeronokkan dan boleh menarik minat mereka untuk lebih fokus kepada subjek-subjek pembelajaran yang lebih mencabar minda pada masa kini. 

Gambar Disini