Tujuan

Aktiviti advokasi KDB Digital Native ini bertujuan memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai kemajuan teknologi digital dalam masyarakat masa kini mengikut generasi digital native. Melalui aktiviti ini juga dapat mendidik para pelajar untuk memanfaatkan informasi digital dengan baik dalam pembelajaran maupun memberi impak dalam kehidupan masyarakat.

Aktiviti

Aktiviti ini bermula dengan sesi penayangan video mengenai Digital Native, kemudian petugas memberi penerangan mengenai Generasi Z kepada peserta supaya mereka lebih memahami konsep ini. Sesi soal jawab turut diadakan bagi menyelesaikan setiap persoalan daripada peserta. Akhir daripada aktiviti ini, peserta dapat menyedari betapa pentingnya kesedaran kepada pengguna tentang etika penggunaan media sosial, ancaman adan cabaran dihadapi ICT semasa  dalam pembentukan sebuah masyarakat Malaysia yang maju.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk menguji minda para ahli PI. Aktiviti ini juga bertujuan untuk menarik perhatian mereka untuk melakukan aktiviti secara atas talian yang  dapat menjana minda dan aktiviti yang berfeadah iaitu sebuah permainan pendidikan yang menarik dan menyeronokkan di PI Kg Ranau. Disamping itu juga, aktiviti ini menyampaikan mesej betapa pentingnya komputer pada masa kini dan seterusnya dapat mendekatkan ahli PI dengan PI Kg Ranau.

Aktiviti

Aktiviti ini dijalankan melalui laman web www.jigsawplanet.com  dan www.hellokids.com . Peserta diberikan masa untuk menyiapkan puzzle supaya mereka dapat mengatur masa bagi puzzle yang seterusnya dan aktiviti mewarna bagi kanak-kanak dibawah 7 tahun. Peserta yang pantas menyiapkan puzzle dianggap sebagai pemenang. Melalui aktiviti ini juga dapat membantu mengisi masa lapang peserta.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ICT ini adalah bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran berkaitan Microsoft Office publisher 2016 kepada belia yang ingin mempelajari untuk membuat penerbitan  seperti calender, brosure, banner dan kad nama yang boleh dihasilkan oleh perisian ini. Objektif kelas ini juga bertujuan untuk memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini.  Selain daripada itu, Modul ini juga bertujuan membantu pelajar untuk menyiapkan tugasan mereka dalam Microsoft Office Publisher 2016.

Aktiviti

Terlebih dahulu, peserta diajar secara teori dan praktikal menggunakan perisian ini daripada Petugas PI dengan mengetahui setiap komponen-komponen yang terdapat didalam Ms Publisher 2016. Para peserta diajar untuk menerokai setiap penggunaan didalam Ms Publisher 2016 serta fungsinya. Peserta juga diberikan tugasan untuk membuat brosure supaya peserta lebih mahir menggunakan perisian ini. Secara keseluruhannya, para pelajar dapat memahami fungsi serta kegunaan komponen yang ada didalam Ms Publisher 2016 dengan lebih terperinci dengan adanya kelas ICT ini. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Program My Health ini bertujuan untuk mewujudkan komuniti yang lebih celik kesihatan dan berinisiatif tinggi dalam meningkatkan tahap kesihatan mereka sepertimana menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Program ini juga bertujuan memberi pengetahuan dan memupuk kesedaran tentang penjagaan kesihatan dan cara hidup sihat dalam kehidupan seharian. 

Aktiviti

Para peserta diberi taklimat terlebih dahulu tentang objektif program dan kemudian petugas PI menerangkan aplikasi Dashboard MyHealth kepada peserta untuk memudahkan mereka memasukan data kesihatan dalam aplikasi ini. Petugas PI melakukan Pemeriksaan Kesihatan ( BMI dan pemeriksaan tekanan darah ) kepada setiap peserta. Program My Health diteruskan dengan aktiviti Kuiz Online kategori dewasa Jom Sihat. Seterusnya aktiviti terapi tari yang melibatkan senamrobik di kendalikan oleh Petugas Pi turut dijalankan supaya warga komuniti tahu bagaimana mengendali stress melalui terapi tarian. Secara keseluruhannya,  mereka sangat berbesar hati dan menyokong akan aktiviti kemasyarakatan seperti ini sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama PI dan juga komuniti dan mendekatkan mereka dengan PI. 

Gambar Disini



 

 

 

 

 

 

Tujuan

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan pendidikan secara online kepada pelajar ahli PI Kg Ranau. Program e-learning Sejarah ini sangat membantu meningkatkan ilmu dan memperolehi banyak pengajaran berdasarkan tajuk-tajuk sejarah.  Program e-learning ini juga dapat memupuk minat pelajar dalam mempelajari subjek ini . Disamping itu, tujuan program ini diadakan adalah agar para pelajar PI Kg Ranau memanfaatkan keahlian mereka dengan baik dan berguna. Program ini juga bertujuan untuk mendekatkan ahli PI dengan PI Kg Ranau. 

 Aktiviti

Para pelajar diberi penerangan tentang e-learning sejarah terlebih dahulu oleh petugas PI. Kemudian mereka akan belajar menggunakan laman web tersebut iaitu https://quizizz.com/admin/quiz/kuiz-kemerdekaan-tahun-2018 dan menjawab kesemua soalan kuiz berkaitan sejarah Malaysia. Secara keseluruhannya, program sebegini amat baik kepada pelajar kerana dapat mendedahkan mereka dengan sistem pembelajaran secara online yang amat menyeronokkan dan boleh menarik minat mereka untuk lebih fokus kepada subjek-subjek pembelajaran yang lebih mencabar minda pada masa kini. 

Gambar Disini