Tujuan

Kelas ICT asas pengenalan komputer ini bertujuan untuk memberi asas kemahiran komputer kepada belia PEDi Kg Ranau. Sekaligus, memperkenalkan kepada mereka tentang kepentingan penggunaan komputer pada masa kini. Pengenalan komputer kepada para belia dapat membantu mereka menyiapkan tugasan dengan cepat dan mudah. Selain itu, kepentingan penggunaan komputer dapat menghilangkan tekanan dengan menggunakan komputer kerana kita boleh mendengar lagu, bermain permainan komputer, melayari internet dan sebagainya. 

Aktiviti

Para peserta diajar satu demi satu tentang perkakasan komputer secara teori dan praktikal. Para peserta diajar untuk menerokai perisian yang terdapat dalam komputer. Selain itu, peserta juga diajar cara-cara menggunakan komputer. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP  dipatuhi.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas  ini bertujuan untuk memberi kemahiran menaip secara berterusan kepada para peserta dengan menggunakan medium Microsoft Word 2016 yang terdapat didalam perisian komputer. Selain daripada itu, aktiviti ini dapat membantu pelajar untuk menguasai kemahiran dan ilmu yang bersesuaian dengan minat , bakat dan potensi pelajar sekaligus dapat menanam rasa cinta akan ilmu pengetahuan dalam bidang ICT.

Aktiviti

Para pelajar diberi tugasan untuk menyiapkan teks yang telah diberikan oleh petugas dengan menggunakan perisian Microsoft Word 2016 ini. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP  dipatuhi. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas Asas Adobe Photoshop cs6 ini adalah bertujuan untuk memberi kemahiran menyunting gambar secara berterusan kepada para pelajar sekolah dengan mempelajari asas penggunaan perisian ini untuk membuat poster sempena pertandingan poster pusat internet. Disamping itu, pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran yang mereka telah pelajari dalam menghasilkan sebuah grafik atau imej yang menarik untuk hasil kerja mereka. 

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan penerangan cara-cara mengedit grafik atau imej daripada Petugas PEDi Kg Ranau. Selain itu Petugas memberikan peserta menonton Video untuk mengajar tentang pengenalan kepada perisian adobe photoshop cs6 dan memberi pengenalan tentang fungsi-fungsi peralatan suntingan yang terdapat didalam adobe photoshop cs6. Kemudian peserta belajar secara praktikal menggunakan adobe photoshop cs6 yang dibimbing oleh petugas untuk menyiapkan tugasan poster mereka. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP dipatuhi.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan membantu komuniti dalam melengkapkan butiran resume bagi keperluan permohonan pekerjaan. Bertujuan agar PEDi menjadi One-Stop center sebagai Pusat rujukan dan pusat informasi bagi keperluan bantuan ICT dan sebagainya. 

Aktiviti

Dijalankan secara bersemuka dan bantuan melalui aplikasi telefon sahaja. Petugas membantu komuniti menyiapkan resume dan memberi tunjuk ajar cara-cara penggunaan aplikasi serta memberi pandangan dan berkongsi idea dalam mencipta hasil resume yang menarik dan lengkap. Sepanjang aktiviti dijalankan, petugas memastikan para komuniti yang hadir menjaga SOP.

Gambar Disini