Tujuan

Kursus Pengendalian Makanan merupakan kerjasama Akademi Intan Bandaraaya, Perdiks Tuaran dan PEDi. Tujuan kursus ini untuk membantu para peserta memahami isu-isu dan punca keracunan makanan.  Setiap PEDi menghantar wakil peserta untuk menyertai kursus ini. Peserta akan didedahkan dengan pencemaran makanan oleh kuman dan bahan kimia. Pengusaha makanan dan pekerja yang terlibat dengan pengurusan makanan wajib mengikuti kursus ini. 

 

Aktiviti

Kursus ini dimulakan dengan sesi pengenalan mengenai program ini. Penceramah Kursus ini adalah En. Jeffrey Rodius Timbuong. Sesi soal jawab turut diadakan supaya peserta lebih memahami objektif taklimat ini.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas Editing Poster menggunakan Canva dan Adobe Photoshop bertujuan untuk memberi kemahiran menyunting gambar secara berterusan kepada para pelajar sekolah dengan mempelajari asas penggunaan perisian ini untuk membuat poster . Disamping itu, pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran yang mereka telah pelajari dalam menghasilkan sebuah grafik atau imej yang menarik untuk hasil kerja mereka dan sekaligus mewujudkan aktiviti kreatif untuk mereka . 

Aktiviti

Kelas Software atau aplikasi turut diterangkan oleh petugas untuk menghasilkan poster. Kemudian para peserta diberikan tugasan untuk menghasilkan poster mengikut hasil kreativiti mereka. Melalui aktiviti ini peserta akan lebih mengingati cara-cara menyunting imej untuk membuat poster secara online dan menggunakan aplikasi lain seperti Microsoft Word, Adobe Photoshop. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP dipatuhi.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada asas pengenalan perkakasan komputer termasuk komponen luaran PC seperti papan kekunci. Aktiviti ini dapat  meningkatkan pengetahuan tentang tips penggunaan singkatan pada papan kekunci. Perkakasan komputer  merujuk kepada bahagian-bahagian fizikal membentuk suatu unit komputer yang lengkap berbanding dengan perisian yang berupa arahan atau maklumat yang dilaksanakan untuk menjanakan kerja.

Aktiviti

Kelas ini dijalankan secara atas talian sahaja iaitu melalui Aplikasi Google Meet.

Gambar disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ICT kelebihan dan kekurangan komputer ini dibuat untuk membantu meningkatkan pengetahuan ICT dalam kalangan belia PEDi Kg Ranau. Hal ini kerana, Malaysia yang semakin membangun penggunaan ICT semakin meluas untuk semua golongan. Komputer adalah sumber yang penting untuk sesetengah kerja-kerja manusia. Namun penggunaan komputer yang berlebihan mempunyai keburukan kepada pengguna. 

Aktiviti

Kelas ini dijalankan secara atas talian sahaja iaitu melalui aplikasi Google meet. 

Gambar disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas asas penjagaan komputer ini bertujuan untuk memberi asas  menjaga komputer dengan cara yang betul kepada para peserta. Sekaligus, memperkenalkan kepada mereka tentang kepentingan penggunaan komputer pada masa kini.  Tujuan kelas ini juga agar dapat membantu dan membimbing mereka dengan lebih terperinci tentang penggunaan komputer dan komponen-komponen yang terdapat dalam komputer.

Aktiviti

Para peserta diajar satu demi satu tentang perkakasan komputer secara teori dan praktikal. Para peserta diajar untuk menerokai perisian yang terdapat dalam komputer. Selain itu, peserta juga diajar cara-cara menggunakan komputer. Disamping itu, para peserta diajar bagaimana hendak membersihkan virus di dalam komputer dan bagaimana untuk mengelakkan komputer daripada terkena virus. 

Gambar disini