Tarikh : 17 Februari 2022 Masa : 2.00 Pm- 4.00 Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 4 Orang |
Kelas ICT Microsoft Word Level 2 bersama ahli PEDi kampung Ranau dijalankan bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran berkaitan Microsoft Office Word 2016. Selain itu, objektif kelas ini memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini. Bertujuan bagi memberi latihan yang lebih praktikal kepada peserta agar lebih memahami penggunaan Ms Word 2016.
Aktiviti
Para peserta diajar untuk mengenali setiap komponen-komponen serta fungsi yang terdapat didalam Ms Word 2016. Petugas menyediakan nota latihan dan mengajar peserta akan setiap fungsi komponen-komponen yang terdapat didalam Ms Word 2016 . Secara keseluruhannya, para peserta dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka dengan adanya kelas ini. Sepanjang kelas ini berlangsung , petugas memastikan SOP dipatuhi.
Tarikh : 17 Februari 2022 Masa : 10.00 Am- 12.00 Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Kelas ICT Microsoft Word Level 1 bersama ahli PEDi kampung Ranau dijalankan bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran berkaitan Microsoft Office Word 2016. Selain itu, objektif kelas ini memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini.
Aktiviti
Para peserta diajar untuk mengenali setiap komponen-komponen serta fungsi yang terdapat didalam Ms Word 2016. Petugas menyediakan nota latihan dan mengajar peserta akan setiap fungsi komponen-komponen yang terdapat didalam Ms Word 2016 . Secara keseluruhannya, para peserta dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka dengan adanya kelas ini. Sepanjang kelas ini berlangsung , petugas memastikan SOP dipatuhi.
Tarikh : 12 Februari 2022 Masa : 3.00 Pm- 4.00 Pm Lokasi : Google Meet Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Latihan Keusahawanan dengan tajuk Pengenalan Perniagaan kepada usahawan baru PEDi Kg Ranau merupakan sesi kelas pertama bertujuan untuk memberi pengenalan definisi perniagaan seterusnya petugas menerangkan beberapa kelas yang akan dijalankan sepanjang mengikuti Latihan Keusahawanan. Latihan Keusahawanan merupakan satu usaha untuk membantu para peserta menjana pendapatan menerusi platform digital dimana mereka akan mempelajari teknik-teknik asas perniagaan secara online. Selain itu ia juga bertujuan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital dalam kalangan para usahawan mikro perusahaan kecil dan sederhana.
Aktiviti
Kelas ini dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet dan dimulai dengan sesi pengenalan tentang latihan keusahawanan tentang pengenalan perniagaan daripada petugas PEDi. Secara keseluruhannya, latihan keusahawan ini mendapat sambutan yang baik dan sangat bermanfaat kepada para usahawan yang berminat didalam dunia perniagaan secara online.
Tarikh : 16 Februari 2022 Masa : 9.00 Am- 4.00 Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Persatuan Guru-Guru KAFA Kota Marudu, Sabah menggunakan perkhidmatan komputer PEDi Kg Ranau untuk mengemaskini SIMPENI data maklumat kemasukan pelajar baru . Mereka menggunakan laman web Portal Sistem Maklumat Pendidikan Islam SIMPENI . Selain itu, tujuan lain program ini ialah bagi menyampaikan objektif PEDi kepada komuniti kepada guru-guru Kafa Kota Marudu.
Aktiviti
Program ini dimulakan dengan sesi pendaftaran ahli baru PEDi Kg Ranau dalam kalangan guru-guru kafa kota marudu. Selepas itu, petugas menerangkan secara ringkas tentang Kemudahan yang terdapat dalam PEDi ini. Setiap sesi hanya 5 orang guru yang dibenarkan masuk untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Guru-guru Kafa meneruskan tugasan mereka dengan menggunakan komputer dan kemudahan WIFI yang disediakan dalam PEDi Kg Ranau.
Tarikh : 11 Februari 2022 Masa : 2.30 Pm - 3.30Pm Lokasi : Google Meet Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Program Atas talian Mesyuarat Bil 1 Bersama Ahli Panel Penasihat PEDi Kg Ranau menggunakan aplikasi Google Meet bertujuan untuk membentangkan Pengenalan objektif PEDi dan pemberitahuan Panel Penasihat PEDi Kg Ranau.
Aktiviti
Pengurus menerangkan kepada ahli panel penasihat senarai aktiviti dan program yang telah terlaksana. Setiap panel penasihat yang hadir memberi cadangan dan kerjasama yang baik sepanjang mesyuarat ini berjalan.