Tujuan

Program ini merupakan kelas terakhir bersama dengan Penceramah jemputan daripada Pengurus Shopee E-Pasar Sabah iaitu Encik Azlee Bin Okee. Kelas terakhir ini dijalankan bagi melatih kepada peserta usahawan cara meningkatkan lagi jualan di Shopee serta beberapa lagi kelas kemahiran berkaitan e-commerce. Program ini bertujuan bagi membantu para usahawan terutama diluar bandar meningkatkan taraf sosio-ekonomi dan berdaya saing secara digital.

Aktiviti

Aktiviti diimulai dengan sesi latihan bersama Encik Azlee dan menerangkan secara terperinci dan teknikal berkenaan modul Shopee.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi latihan kemahiran ICT secara berterusan kepada para pelajara sekolah. Para pelajar juga dapat mengetahui lebih mendalam mengenai setiap fungsi -fungsi didalam microsoft power point. Disamping itu juga, kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas animasi dan paparan dengan menggunakan aplikasi ini sekaligus membantu dan membimbing mereka untuk membuat kerja-kerja harian atau tugasan pada masa akan datang.

Aktiviti

Petugas memberi tugasan dengan tema "Jom Sihat" kepada pelajar dan mereka di dedahkan mengenai asas presentasi dalam bentuk slide yang dilengkapi dengan image, video, audio, clipart dan sebagainya yang terdapat di dalam aplikasi ini.   Secara keseluruhan kelas ini dapat mencapai objektif Pusat Internet Komuniti Kg Ranau iaitu menggalakkan penggunaan ICT untuk membina sebuah masyarakat berpengetahuan. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP  dipatuhi.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Pn. Norazilah merupakan seorang guru kafa menggunakan perkhidmatan perisian komputer seperti Ms Word 2016 dan Google untuk menyelesaikan tugasan kerja beliau. Disamping itu, beliau turut menggunakan perkhidmatan cetakan yang terdapat di Pusat Internet. Aktiviti ini dapat mencapai objektif penubuhan PEDi  adalah memberi fokus kepada perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan dikawasan luar bandar.

Aktiviti

Pn. Norazilah membuat surat untuk urusan kerja beliau menggunakan Ms Word 2016. Petugas memastikan komuniti mematuhi setiap SOP semasa berada di PEDi.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

Tujuan

Majlis Penutupan Program Pembangunan E-Dagang Komuniti Sabah Kluster Kudat & Kota Marudu (Shopee E-Pasar Sabah) anjuran MCMC Sabah bertujuan untuk memberi penghargaan kepada para usahawan daripada setiap wakil PEDi Kluster Kudat dan Kota Marudu yang mendapat hasil jualan terbanyak sepanjang menyertai program ini. Majlis penutupan program ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Dr Ruddy Bin Awah merupakan Pembantu menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan seperti Perasmian PEDi dan sesi Tandatangan 6 Plak PEDi Kudat & PEDi Kota Marudu serta Penyampaian hadiah kepada setiap pemenang. Sepanjang majlis ini berlangsung, petugas memastikan setiap SOP dipatuhi. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk memberi kemahiran ICT secara asas berkenaan dengan microsoft Office. Bertujuan agar para peserta mendapat ilmu asas cara  penggunaan perisian komputer iaitu ms office word. Disamping itu menjadikan PEDi sebagai pusat ilmu pembelajaran bagi mendapatkan sijil komputer bagi keperluan pekerjaan dan sebagainya. 

Aktiviti

Kelas kemahiran asas microsoft office word ini hanya dijalankan secara atas talian sahaja iaitu melalui aplikasi google meet.

Gambar disini