Tarikh : 21 Jun 2019 Masa : 9.00AM- 11.00AM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada asas penggunaan komputer dan meningkatkan kemahiran menaip dengan cara yang betul. Peserta akan dapat belajar bagaimana cara menggunakan papan kekunci untuk menaip melalui Microsoft Word dan mengenali komponen-komponen yang terdapat didalam Microsoft Office Word 2016. Tujuan aktiviti ini diadakan juga adalah untuk memberi pendedahan kepada penulisan surat kiriman rasmi kepada pelajar sekolah. Disamping itu aktiviti ini adalah untuk menyampaikan betapa pentingnya komputer pada masa kini dan seterusnya adalah untuk mendekatkan mereka dengan PI Kg Ranau.
Aktiviti
Aktiviti bermula dengan sesi penerangan ringkas daripada Petugas PI mengenai kepentingan latihan asas menaip dan juga memberi penerangan format surat kiriman rasmi kepada pelajar yang terlibat. Selepas itu, peserta akan mengikuti arahan yang diberikan bagaimana untuk membuat surat kiriman rasmi dan mengajar cara-cara mengunakan papan kekunci untuk menaip melalui Ms Word 2016 .Secara keseluruhannya, para peserta memahami akan cara penggunaan papan kekunci dan kemahiran menaip dengan betul dan dapat mempelajari cara membuat surat kiriman rasmi secara bertaip.
Tarikh : 16 Jun 2019 Masa : 2.00PM- 4.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada asas penggunaan komputer dan meningkatkan kemahiran menaip dengan cara yang betul. Peserta akan dapat belajar bagaimana cara menggunakan papan kekunci untuk menaip melalui Microsoft Word . Disamping itu aktiviti ini adalah untuk menyampaikan betapa pentingnya komputer pada masa kini dan seterusnya adalah untuk mendekatkan mereka dengan PI Kg Ranau.
Aktiviti
Aktiviti bermula dengan sesi penerangan ringkas daripada Petugas PI mengenai kepentingan latihan asas menaip. Selepas itu, peserta akan mengikuti latihan yang diberikan cara-cara mengunakan papan kekunci untuk meniap menggunakan Ms Word 2016 .Secara keseluruhannya, para peserta memahami akan cara penggunaan papan kekunci dan kemahiran menaip dengan betul.
Tarikh : 14 Jun 2019 Masa : 2.00 PM - 5.00 PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 10 Orang |
Tujuan
Kelas ICT Microsoft Paint ini diteruskan lagi untuk memberi kemahiran melukis kepada para pelajar dengan menggunakan komputer. Kelas ini juga bertujuan untuk mengasah bakat para pelajar dalam bidang lukisan digital melalui komputer selain daripada menjadikannya sebagai satu pengalaman ilmu baru dan juga hobi mereka.
Aktiviti
Kelas dimulai dengan memberi penerangan tentang fungsi-fungsi peralatan yang ada didalam Microsoft Paint kepada para pelajar kemudian memberi tunjuk ajar bagaimana untuk melakar lukisan dengan menggunakan perisian ini. Kemudian para pelajar diberi tugasan untuk menghasilkan sebuah lukisan yang menarik berdasarkan hasil kreativiti sendiri.
Tarikh :15 Jun 2019 Masa : 9.00 AM- 12.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Kelas Keusahawanan Muda diteruskan lagi dengan pelajaran Pengenalan Ilmu Pemasaran & Idola kanak-kanak bergelar jutawan kepada pelajar bertujuan memberi pengetahuan asas tentang cara-cara memasarkan produk dan perkhidmatan. Selain itu, objektif kelas ini juga supaya para pelajar dapat mengetahui dan menjadikan inspirasi usahawan kanak-kanak yang telah berjaya dan bergelar usahawan muda. Kelas ini dapat membantu melahirkan usahawan muda khusus untuk warga komuniti di sekitar kampung Ranau ini.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan Pengenalan ringkas daripada Petugas PI tentang maksud Usahawan Muda dan ilmu pemasaran kepada pelajar. Mereka dikehendaki mencari maklumat -maklumat yang berkaitan dengan usahawan muda dan contoh ilmu pemasaran untuk rujukan mereka. Petugas Pi juga menunjukkan beberapa Usahawan Kanak-kanak yang bergelar jutawan dalam usia yang muda supaya kanak-kanak mendapat inspirasi dalam menjadi usahawan muda. Sesi soal jawab diadakan bagi memberi pemahaman dan penerangan kepada pelajar supaya mereka mengingati maklumat yg mereka telah belajar. Melalui aktiviti ini dapat memupuk semangat Keusahawanan Muda untuk ahli Pi Kg Ranau.
Tarikh :11 Jun 2019 Masa : 2.00 PM- 5.00 PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Kelas Advokasi KDB "Mengurus jejak Digital anda" merupakan sambungan modul pelajaran daripada menjadi mata-mata gelap di internet. Objektif kelas ini adalah pemerkasaan pelajar-pelajar untuk membuat keputusan yang selamat dan wajar di ruangan internet dengan mempelajari beberapa topik yang terdapat dalam modul ini. Dalam sesi pembelajaran ini, para pelajar akan dapat mengetahui betapa pentingnya untuk melindungi kata laluan dan dapat belajar cara untuk membuat kata laluan yang kukuh dan sukar diteka.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan sesi penerangan daripada Petugas PI Kg Ranau tentang topik pembelajaran Advokasi KDB "Mengurus jejak Digital anda". Para pelajar diedarkan buku panduan pelajar supaya mereka boleh merujuk nota-nota penting yang disampaikan oleh Petugas PI Kg Ranau. Penayangan Video dan sesi soal jawab diadakan supaya mereka lebih memahami dan mengingati sesi pembelajaran ini. Melalui aktiviti ini pelajar dapat mengetahui dan mempelajari kepentingan kewarganegaraan dunia internet pada masa kini.